Friday, December 11, 2009

Mi No Spik Inglis


Kenal tak siapa wanita ini ? Kali terakhir dilihat bersama Dr Asri di Pejabat Agama Gombak Timur semasa kecoh Mufti mengajar agama tanpa tauliah. Beliau menjadi kolumnis dalam sebuah akhbar Malaysia. Aku jarang membeli akhbar ini maka tidak pernah aku baca tentang penulisan beliau. Malam tadi aku ke kedai roti tempayan dengan isteri. Setelah makan, aku ternampak akhbar ini dan terus dibaca sambil minum air. Sambil membelek-belek, tertarik dengan tajuk yang terpampang. Apa tulisannya?




'Oh, the shame of it all'. Mi No Spik Inglis. Aku tak berapa tahu apa yang ditulis dengan tepat. Ia cuma berkisar rakyat Malaysia yang berkahwin di England. Apa hal nak bising ni? OO rupanya lelaki Malaysia kahwin lelaki Mat Salleh. Beliau marah kita bising-bising dan berpendapat ia memalukan negara kerana banyak perkara lain yang dilakukan dengan banyak oleh rakyat negara tidak dihebuhkan demikian rupa. Beliau memberikan contoh, rakyat kita tinggal melebihi masa di sana tidak menjadi kecoh. Banyak lagi yang dibincangkan termasuk cerita di bawah. Ada sesiapa boleh terjemahkan. Mi No Spik Inglis



3 comments:

Jubah hitam said...

Ambe tak leh nak terjemah jugak sebab ambe pun "mi no spik inglish" juga.

Yati Wahab said...

bila seorang lelaki sarawak yang bertukar menjadil wanita dan berkahwin ...kita tidak hairan sangat..

la ni org melayu islam lelaki tukar jantina dan nak kahwin dgn lelaki kita patut kecoh lebih, kerana pasti ada lagi lelaki tiruan yang nak kahwin dan jangan terkejut jika hanya berlaku dalam negara dan di bangsar...

Marina sering menulis dan memperjuangkan mengenai Aids....kalau baca tulisannya memang liberal sangat...sometimes kita pun mengeleng kepala...

itula...islam melayu hari ini...satu hari islam hanya dalam ic dan bukan pada amalan..

norhayatirahman said...

dunia akhir zaman