Thursday, December 17, 2009

Menjelang sesi persekolahan 2010

 Some words from Tan Sri Ainuddin Wahid, Naib Canselor UTM

1. Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan tugas. Sebaliknya jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapapun yang mengorak langkah memulakanya.

2. Tugas seorang guru / pendidik adalah pekerjaan mental yang tidak dimulai waktu ia tiba di sekolah dan berhenti waktu ia pulang.

3. Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang yang bodoh sahaja akan mengulanginya.

4. Membiarkan diri dengan kesilapan-kesilapan kecil akan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar lagi

5.Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi teletak pada kesanggupan tegak kembali setiap kali jatuh.

6. Kita tidak dapat mengambil hati orang kecuali kita sanggup memberi hati kita.

7. Guru / pendidik yang lemah dan cuai dalam menjalankan tugas ialah mereka yang lewat datang dan balik cepat..


10 Word from Eimiza Qamal..

1. Guru yang hebat ialah guru yang ilmu dan kata-katanya menjadi pedoman dan panduan hidup anak muridnya

2. Guru yang berjaya ialah guru menjadikan anak muridnya seorang insan yang seimbang dan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri dan orang lain

3. Guru yang biasa ialah guru yang hadir tepat pada waktunya dan balik tepat pada waktunya

4. Guru yang baik ialah guru yang mengajar tetapi tidak menambah ilmu pengetahuannya

5. Guru yang tidak baik hanya bekerja bukan berkhidmat

6. Guru yang lemah ialah guru yang tidak sanggup berkhidmat lebih masa untuk anak muridnya

7. Guru yang tidak berguna ialah guru yang tidak mencurahkan ilmu pengetahuan dan tidak menegur anak muridnya melakukan kesalahan

8. Guru yang kolot ialah guru yang hanya mengajar anak muridnya untuk mendapat banyak 'A" semata mata

9. Guru yang tidak memberi makna adalah guru yang mengejar prestasi diri sendiri tanpa memikirkan perkembangan anak muridnya

10. Guru yang langsung tidak berguna ialah guru yang berkhidmat hanya kerana wang....
  dipetik daripada

http://eimizaqamal.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

2 comments:

Yati Wahab said...

Jika semua guru dapat mengamalkannya saya percaya NKRA akan dapat dicapai dengan mudah...

Jubah hitam said...

Dewasa ini, jika seseorang guru itu dapat melahirkan ramai A dikalangan anak muridnya maka guru tersebut dikira guru berprestasi tinggi. Sekolah ambe guru seperti ini akan diberi marit prestasi cemerlang dan mendapat anugerah "guru unggul" yang dianjurkan oleh JPNT dengan kerjasama syarikat ESSO. Ada juga guru berprestasi tinggi tapi mendapat kategori 2,2 dalam keputusan PTK. So what..,