Thursday, December 17, 2009

Memahat batu, melukis di air

Semasa menghadiri kuliah Al Quran di Masjid Desa Darul Naim, Pasir Tumbuh, saya telah mendapat satu perkara yang berharga melalui syair arab yang berbunyi " kanak-kanak yang belajar umpama memahat batu, arca akan terbentuk dan kekal untuk tempoh yang lama, apabila orang dewasa belajar, ia umpama melukis di air, hilang sebaik sahaja terbentuk'. Itulah kekuatan belajar di usia muda/kecil. Jika kita melihat masyarakat hari ini, kebanyakannya akan mula belajar apabila pencen sedangkan pada masa itu ingatan dan tenaga sudah berkurangan. Apabila bertongkat baru bersusah-payah ke masjid untuk mengikuti kuliah.
Hari ini juga, kanak-kanak meluangkan masa cuti sekolah di depan komputer, televisyen dsb yang akan kekal lama dalam ingatan mereka. Sangat sedikit ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke pondok-pondok untuk belajar agama. Bagi kita yang telah dewasa, kita mungkin tidak mampu lagi untuk memahat batu tetapi, biarlah lukisan itu dilukis di gigi air, biarpun tiada arcanya namun kita tahu apa yang telah kita lukis, insyallah.

No comments: