Tuesday, November 4, 2008

Sekolah Sebagai Satu Sistem Sosial

Scott(1992) telah melihat sekolah sebagai satu sistem sosial kepada 3 perspektif iaitu sistem-rasional, sistem-natural dan sistem terbuka. Di dalam sistem-rasional, beliau telah menggunakan asas teori pengurusan saintifik oleh frederick taylor. Apa yang penting dalam pengurusan saintifik ialah organisasi adalah merupakan alat untuk mencapai tujuan. Di dalam teori tersebut taylor telah menyatakan bahawa terdapat 3 prinsip asas yang penting dalam organisasi iaitu pertama, division of labour (pembahagian tugas) kepada komponen2 supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Kedua, span of control (ruang lingkup kawalan) di mana menurut beliau apabila penyelia hanya menjaga ahli yang kecil maka matlamat organisasi boleh dicapai. Ketiga, prinsip homogeneity iaitu memilih ahli yang mempunyai minat yang sama atau kemahiran yang sama untuk bekerja dalam kumpulan yang sama. Pengurusan saintifik ini juga bersandarkan kepada teori gelagat manusia McGregor iaitu teori X yang menganggap manusia adalah malas dan perlu diarah untuk menjalankan kerja. Oleh itu taylor menganggap manusia sebagai mesin yang perlu digerakkan untuk menjalankan kerja. Scott mengaitkan pengurusan saintifik ini dengan perspektif sistem-rasional dengan mengaitkan 10 konsep yang diubahsuai daripada 3 prinsip asas saintifik iaitu matlamat, pembahagian tugas, standardisasi, formalisasi, hirarki, ruanglingkup kawalan, prinsip pengecualian, koordinasi dan organisasi formal. Kesemua konsep ini adalah untuk memastikan struktur organisasi adalah jelas dan membawa kepada pencapaian matlamat.
Apabila melihat kepada pengurusan secara saintifik yang tidak memberikan perhatian kepada manusia di dalam organisasi maka fullet, mayo dan beberapa orang perintis telah mengkaji manusia di dalam organisasi seperti kesan hawthorn dan menghasilkan teori human relations, yang menyatakan keperluan manusia mesti dipenuhi bukannya matlamat. 10 konsep sistem-natural iaitu survival, keperluan, individu, struktur sosial, norma informal, pengupayaan(empowerment), kawalan ringkup kuasa yang luas, budaya, teamwork dan organisasi informal. Semua konsep ini menunjukkan perkaitan bagaimana individu di dalam organisasi yang diutamakan berbanding matlamat organisasi.

Saya melihat sekolah sebagai sistem terbuka di mana ia merupakan integrasi di antara sistem-rasional dan sistem-natural. Ini adalah kerana sistem-rasional tidak memberikan perhatian kepada individu di dalam sekolah. Manakala sistem-natural adalah terlalu mementingkan manusia di dalamnya tanpa melihat kepada matlamat organisasi. Sistem terbuka yang menggabungkan kedua-dua sistem yang akan menjadi satu sistem yang lengkap. Sistem terbuka mempunyai struktur formal untuk memastikan matlamat sekolah tercapai dan tidak meninggalkan keperluan individu yang menjadi ahli di dalam organisasi.
Sistem terbuka melibatkan input yang diperolehi daripada luar sekolah (environment) seperti manusia, bahan asas, maklumat, mandat dan apa sahaja yang berkaitan yang akan dilakukan proses transformasi untuk menghasilkan hasilan (output). Secara ringkasnya, ia boleh ditunjukkan sebagai input-proses transformasi-output. Komuniti, PIBG dan sebagainya boleh memberikan maklumbalas kepada organisasi.
Sistem terbuka tidak mempunyai sempadan yang jelas kerana sekolah bergantung kepada persekitaran untuk bergerak. Oleh itu komuniti diluar sekolah sangat berkait rapat dengan sekolah menyebabkan sempadan sekolah akan menjadi lebih luas kerana persekitaran turut dilihat sebagai mempunyai hubungan dengan sekolah.
Secara ringkasnya, terdapat 4 elemen di dalam sistem terbuka iaitu structural, individual,cultural dan political. Elemen structural melibatkan bagaimana matlamat sekolah boleh dicapai dengan merujuk kepada beberapa konsep yang ditunjukkan di dalam sistem-rasional. Ia melibatkan jangkaan birokratik yang mana kesemuanya adalah menjurus kepada pencapaian matlamat organisasi. Di dalam elemen individual pula, proses transformasi yang berlaku adalah melibatkan kepada kognitif dan motivasi yang dikaitkan dengan membina individu yang mempunyai kemampuan dari segi iq, eq, sq dan miq. Teori2 motivasi juga digunakan untuk melihat bagaimana individu tersebut boleh ditingkatkan kualiti diri. Elemen budaya dikaitkan kepada perkongsian orientasi dimana watak atau etos sekolah dikemukakan dan dikongsi dengan semua pihak di dalam organisasi dan juga persekitaran yang melibatkan komuniti. Elemen politik tidak dapat dielakkan dalam sistem terbuka kerana persekitaran sentiasa mempunyai pihak-pihak yang mempunyai kuasa tidak formal tetapi ingin campur tangan di sekolah seperti PIBG atau orang mempunyai pengaruh politik diluar sekolah. Keempat-empat elemen ini yang bergantung kepada persekitaran untuk memberikan input akan menghasilkan input. Itulah sekolah sebagai sistem terbuka. Jika kesemua gabungan ini berfungsi dengan baik dan memainkan peranan maka hasilannya ialah pencapaian tinggi, kepuasan kerja tinggi, kadar ponteng kecil, keciciran pelajar tidak berlaku dan akhirnya menghasilkan kemenjadian (outcomes) dimana hasilan yang keluar akan menjadi orang yang berperanan dalam masayarakat.

2 comments:

Jubah hitam said...

Jubah Hitam hanya menawarkan diri utk tengok wayang bukan melalui jemputan pakwar.Oleh itu tidak timbul jubah hitam membatalkan perjanjian

ainna norbazilah said...

terima kasih atas maklumat yang diberikan