Saturday, November 1, 2008

Kembara lagi


Perjalanan ke Kuala Lumpur hari ini berjalan lancar dan dalam masa tiga jam perjalanan sejauh 250 km telah dilalui dengan lancar. Bila tiba di Kuala Lipis hati berbelah bahagi di antara meneruskan perjalanan melalui Jalan Raub-Bentong ataupun memilih laluan alternatif sebagai menambah pengetahuan dan pengalaman. Tekad untuk menjejak kaki ke bandar Jerantut maka waktu yang agak lapang ini membuatkan saya meneruskan niat di hati kerana jarak K.Lipis ke Jerantut hanyalah 60km sahaja. Selepas 42 km perjalanan, tanpa disangka saya telah tiba di kawasan SMKKT (Sekolah Menengah Kebangsaan Kelantan Terengganu) menurut kata seorang pensyarah IAB. SMK Kuala Tembeling, wow! rupa-rupanya saya telah tiba di Kuala Tembeling for the first time in my life.
Menggunakan self timer untuk memahat kenangan dan Insyaallah suatu hari jeti ini akan dikunjungi lagi.
Dari Jerantut , dua pilihan jalan yang boleh dilalui samada ke Maran atau ke Temerluh, memandangkan perjalanan asal hendak ke KL , maka pilihan ke Temerluh adalah paling tepat, dalam perjalanan ke LPT, sekali lagi terjawab pertanyaan di mana letaknya kg lipat kajang, rupanya di kuala kurau. (sempat juga membeli berus gigi dan ubat gigi HPA serta Radix Cola) di perhimpunan unit amal Kerdau.

Marilah kita meluangkan masa berjalan makan angin di negara sendiri kerana banyak yang kita belum terokai. Mengapa sibuk ke Medan, Tanjung Balai dsb , lebih baik kita sama-sama berbelanja di dalam negara sambil membantu ekonomi rakyat negara kita sendiri.

No comments: