Monday, November 10, 2008

Those Who Laughs Last... Laughs Best



Ketawa sentiasa bertukar tuan di sepanjang hidup menjadi pelajar... bermula daripada proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan aktiviti ketawa dan ditertawa. Siapa yang membuat jenaka, maka rakan yang lain akan ketawa dan siapa yang buat silap pulak terkadang ditertawakan oleh orang lain. Itulah lumrahnya di dalam kelas orang dewasa, tidak ada pengukuran personnel untuk menghalang dan semua orang sepatutnya akan ketawa kerana kadang-kadang telatah cikgu amat lucu dan membuat muridnya ketawa dan ada juga masanya respon murid menjadikan guru ketawa. Itulah senarionya YXGA 6108 yang berakhirnya hari ini dengan peperiksaan dan tinggallah aplikasinya pada masa depan yang menggamit kami untuk memberikan sumbangan.
Kalau hari ini, tiada siapa yang ketawa , hanya senyuman kelat dan kadang-kadang manis menggambarkan satu interpretasi kepada kita bahawa itulah hebatnya dunia sains sosial yang luas dan pelbagai disiplin didalamnya diintegrasikan oleh murid mengikut kefahaman dan andaian masing-masing. Lima muka surat atau enam muka surat bukan tandanya, menurut arman (08), kalau setakat tahu ramuan untuk nasi beriani tidak cukup untuk menjadi chef yang hebat, potongan bawang perlu selari dan jumlah ketulan minyak sapi perlu berada di paras interval barulah nasi beriani akan enak dan lazat.

Apakah hari ini selepas peperiksaan , maka ketawalah sang murid kerana buku jawapan 20 telah penuh dan ditambah dengan buku jawapan 8 menunjukkan banyaknya yang ditulis namun ketawa sang gurulah yang terkemudian setelah menyemaknya. Maka ketawa siapa yang paling baik, sang guru atau sang murid? JIKA SELEPAS GURU KETAWA MASIH ADA MURID YANG KETAWA MAKA DIALAH YANG TERBAIK.... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

3 comments:

Vivian Woo said...

saya tak pasti saya boleh laugh atau tidak pada akhirnya, tapi saya pasti saya telah cuba sedaya upaya memandangkan saya telah sakit selama 2 hari, dan masih pening pada hari peperiksaan. Apa yang saya tulis adalah yang terbaik buat saya, yang menyakitkan hati bila En BD kata saya tulisa "sikit je", kawan-kawan ramai dah dua buah buku dan penuh, tak pa la saya dah capai self acualization, bagi saya yang penting kualiti bukan kuantiti. Tapi for sure yang tulis banyak tu isi mesti banyak juga. semoga semua capai kejayaan.

Pakwar said...

you are right, we do something becoz we want and we think it is worth for doing. Jadi. jgn sekali2 biarkan kata2 orang menjadi gangguan kepada apa yang kita ingini

Jubah hitam said...

Menurut Chua(2008), Siapa suruh tulis panjang2, siapa mau baca"