Sunday, November 23, 2008

Apa Cikgu Buat?

Sebelum cuti sekolah bermula minggu lalu maka berceritalah guru kepada anak murid yang sedang menunggu untuk pulang pada hari terakhir sesi 2008. Anda semua hendaklah menjaga kesihatan masing-masing dan buatlah persiapan untuk tahun hadapan dengan mencari bahan bacaan yang diperlukan supaya masa 5 minggu percutian ini tidak membazir begitu sahaja. Maka mengangguklah kesemua yang ada di depan cikgu samada bersetuju ataupun tidak.
Lalu cikgu bertanya kepada anak muridnya, ada apa-apa pertanyaan sebelum kita semua beredar dan berjumpa semula pada tahun depan? Seorang pelajar bangun dan bertanya, cikgu A, apa cikgu buat untuk persiapan mengajar kami pada tahun depan ?

1. Adakah cikgu akan membaca buku setiap hari untuk memastikan apa yang hendak dikongsi dengan kami adalah ilmu yang mutakhir;
2. Adakah cikgu akan menghabiskan masa cuti ini dengan memikirkan kajian-kajian tindakan untuk membaiki kelemahan berdasarkan kepada apa yang telah dikenalpasti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun ini supaya kami semua dapat meningkatkan kemahiran kami;
3. Adakah cikgu akan melakukan senaman 3 kali seminggu supaya badan cikgu sentiasa sihat dan tidak memerlukan cuti sakit pada tahun depan;
4. Adakah cikgu akan meluangkan masa memikirkan setiap orang daripada kami dan bagaimana kaedah-kaedah sesuai untuk digunakan supaya kami dapat belajar dengan lebih baik;
5. Adakah cikgu akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan supaya kami akan dididik mengikut acuan yang sepatutnya kerana kami akan bersama cikgu selama 8 jam setiap hari.

atau

1. Tidak ada walau sebuah bukupun yang cikgu baca kerana cikgu akan mengulang balik apa yang telah dilakukan sejak tahun pertama mengajar dulu kerana cikgu sangat berpengalaman dan ilmu tidak lagi bertambah
2. cikgu menganggap yamg bodoh tetap bodoh dan yang pandai akan lebih pandai walaupun dengan adanya cikgu di dalam kelas
3. cikgu menganggap bersenam adalah untuk remaja dan cikgu akan menggunakan masa petang dengan bersembang di kedai kopi bersama rakan guru yang lain
4. cikgu menganggap hubungan guru-murid hanya di waktu persekolahan dan menutup buku itu ketika cuti

Cikgu..... renungkanlah sejenak dan ingatlah bahwa kami semua ingin berjaya cuma didikan kami berbeza di rumah masing-masing. Jika cikgu sudah menganggap kami tidak boleh berjaya maka siapa lagi yang akan memberikan inspirasi kepada kami semua.

3 comments:

Unknown said...

alangkah seronoknya mengingatkan zaman persekolahan saya dulu, cikgu M yang begitu memahami anak muridnya. Terima Kasih Cikgu

Jubah hitam said...

Cikgu sudah menjadi "Sang Mahatahu" maka tidak perlu membaca lagi, ini kerana dalam keadaan tidak membaca pun, murid2 tetap melopong mendengar celoteh gurunya. Heheee

ARIN said...

amboi cik rossa,sape cgu M tu?secret admire ke?