Friday, November 28, 2008

Ronda-Ronda Hari 3 (Muar-Tg Piai)

Hotel Riverview Muar, lokasi penginapan yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati mee bandung dan asam pedas yang tersohor. Kami menikmati asam pedas di warung berdekatan stesen bas. Alhamdulillah, ikan pari dihidangkan enak sekali tanda kenangan.
Sungai Muar
Dari Muar menghala ke Pontian memberikan satu pengalaman baru. Baru mendapat jawapan kenapa PAS boleh menang dua kerusi di Muar. PASTI berada dalam lingkungan lima minit perjalanan yang menjanjikan generasi muda yang akan menyokong kuat perjuangan Islam.
Singgah solat jumaat di Rengit dan tiba di Ayer Baloi, Pontian. Teringan kawan lama di SMACH , Hassan Mazelan, budak Ayer Baloi yang katanya sekarang menjadi SU Politik Menteri.


Tanjung Piai, siapa sangka akhirnya aku berada di sini di Restoran Alif bersebelahan Hotel Pontian. Di depan, laut membiru indah dan damai sebelum perjalanan ke JB diteruskan. Kukup sudah tidak jauh daripada sini, terfikir pula projek Tanjung Balai yang belum menjadi kenyataan.

3 comments:

Jubah hitam said...

Nampaknya anda meronda-ronda untuk melihat kenikmatan( pemandangan n makanan)di negeri yang dibangunkan oleh united malay national organization. Mungkin anda dapat buat perbandingan. Esok jenama jeans "Boss n BMW" milik Jubah Hitam akan ke KL n singgah di Putramas pada Ahad-30.11.2008 -2.12.2008.

ARIN said...

Al-Faatihah di atas kepulangan Allahyarham Dato Razali Ismail ke Rahmatullah,takziah kepada keluarga beliau dan seluruh warga pendidik kerana telah kehilangan tokoh pendidikan yg banyak berjasa.

Pakwar said...

Kita sedang mencari calon yg akan bertanding menentang Makcik sekali lagi di Parlimen Kuala Terengganu. Berminat sila hubungi SPR