Thursday, November 20, 2008

Parcel E Putrajaya

Berada di Parcel C di penghujung tahun adalah merupakan satu pengalaman bagi guru-guru yang ingin merayu untuk berpindah tempat bertugas. Mengapa saban tahun ada saja guru yang memohon terutamanya untuk pulang bertugas ditepi pagar rumah masing-masing. Harapan mereka semua sangat tinggi untuk melaporkan diri di sekolah yang jaraknya sepelaung dari rumah dan dengan penuh iltizam untuk mencurahkan ilmu kepada anak kampung yang bakal menjadi pewaris kegemilangan.

Tapi sayang seribu kali sayang, apabila berada di kampung, menjadi guru sudah menjadi sebahagian kecil daripada kehidupan kerana terlampau banyak aktiviti lain yang sudah diutamakan kerana ini kampungku, aku tahu apa yang baik dan buruk, anak murid aku semua bukan boleh dibentuk, semuanya malas, itulah alasan guru kerana setiap muka di dalam kelas sudah diketahui nasab keturunan sehingga si anak murid tidak boleh berubah lagi. Itulah guru kita, mengajar sudah menjadi makan gaji, bukan lagi mendidik kerana banyak hal lain yang perlu diselesaikan. Usah disuruh lagi aku untuk berada di sekolah pada waktu petang kerana aku sibuk.

Masa dulu selalu ada kata-kata begini, kalau mengajar kat kampung sendiri lebih baik sebab anak kampung semua saudara mara tapi bila dah berada di kampung, bermacam bisnes dan kerja lain yang difikirkan kerana kerja rajin pun bukan tambah gaji, itulah luahan mereka.

Apa-apa pun, selamat pulang guru perantauan jika anda boleh bertukar dan jangan abaikan anak kampung kita sendiri yang memerlukan guru anak kampung sendiri untuk membantu mereka untuk berjaya.

3 comments:

Jubah hitam said...

Mengajar dikampung jika kena latih budak bersukan pd waktu petang, maknanya sempat balik tido sekejap lepas tu sembahyang asar dan ajak anak naik motor, beli goreng pisang lepas tu ke padang sekolah tengok budak bermain sambil makan goreng pisang dengan anak. Tengok budak bermain bukannya latih budak, cukup tempoh guru ini akan naik DG yang "sikit atas"

ARIN said...

maka berkatalah para pesara guru agar dibina sekolah di atas ibu jari kaki supaya senang dibawa kemana2 dan dimana hendak mengajar...mengapa guru tidak diberi peluang mendidik anak tempatan?

Jubah hitam said...

Anak tempatan sabah,sarawak, johor dan lain2 kurang kemahiran untuk menjadi guru maka sebab itulah terpaksa ambil anak tempatan pasir puteh yang ramai berkemahiran menjadi guru untuk mencurahkan bakti disana