Monday, May 11, 2020

Selamat Hari Lahir Ayahandaku Anuar Mohamad Zain

11 Mei 1943 ayah ku dilahirkan ke dunia di sebuah daerah berhampiran Ipoh, Perak. Sebuah kampung yang bernama Pengkalan Baru, Gopeng. Kampung yang berada ke dalam sedikit daripada Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.

Sejak kecil kami selalu ke Ipoh dan bermalam di Sungai Rokam, Ipoh. Kami jarang balik ke Pengkalan Baru kerana ayah adalah anak yatim piatu sejak berumur 12 tahun kalau tidak silap. Kisah ayah ku tidak banyak aku ketahui kerana beliau jarang bercerita. Kalau kami bercuti ketika masih kecil pun, kami akan ke rumah 2 orang kakak ayah , iaitu Mak Long di Keramat, Jalan Enggang no 88 atau ke Subang Jaya , rumah Mak Lang. Itulah 2 orang kakak ayah yang kami kenali sejak kecil. Ayah mempunyai 6 orang adik beradik tetapi telah meninggal dunia dan aku tidak sempat mengenali mereka. Al fatihah untuk Mak Long, Pak Long , Pak Lang dan semua yang telah meningal dunia.

Ayah pernah tinggal di merata-rata rumah saudara seperti di Tronoh mengikut apa yang diceritakan oleh ayah dan saudara yang lain. Sejarah itu tidak banyak aku tahu kecuali ayah pernah mengajar sebagai guru sementara di Perak dan seterusnya ke DTC Kuantan, Ini aku dapat lihat daripada album termasuk sebagai guru praktikal di SK Tanjung Lumpur. Disinilah ayah dan ibu ku bertemu, seorang dari Perak dan seorang dari Kelantan.
Mereka mengajar di Parit Sonto pada tahun mungkin 1967 dan kakak ku dilahirkan di sana. Selepas itu, mereka berpindah dan menetap di Kelantan. Disinilah baru aku boleh mengingati tentang ayah ku. Ketika kecil, ayah dan ibu ku sentiasa ingin meningkatkan diri dengan mengambil peperiksaan STPM. Aku ingat lagi kerana ketika itu, mereka akan mengharungi air bah untuk menduduki peperiksaan.

Ayah seorang pemain badminton. Aku sering mengikut ayah ke dewan MDPP kerana aku suka naik motor vespa ayah dan kami akan menikmati air selepas bermain, Aku akan minum air laici dan ayah pula akan minum air coke di tepi panggung rama iaitu sebuah kedai yang turut menjual nasi air.

Aku memang sering dimarahi ayah semasa kecil. Aku adalah anak yang akan dirotan jika balik lewat selepas maghrib atau pun buat kesalahan yang patut dirotan. Ayah akan rotan ku sehingga kesannya boleh dilihat di punggung. Ayah akan suruh aku mandi dan solat. Selepas itu, ayah akan sapukan ubat dan aku akan terlena diatas peha ayah. Itulah ayah ku.

Ayah pandai juga bertukang, Aku akan selalu bersama ayah untuk membaiki pagar rumah kami. Aku ingat ayah suka memakai seluar berwarna putih.

Ayah jarang ke kedai kopi bersama-sama kawan atau melepak selepas isyak. Dia sentiasa ada di rumah untuk membantu kerja - kerja bersama ibu ku.

Sejak kecil, ayah akan mencuci baju kami yang aku kira dia telah menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga yang sangat cemerlang.

Ayah mempunyai sebuah kereta Volkwagen AK7172 yang dibeli dari bapa saudara ku,ayah su. Kereta itulah yang membawa kami ke mana-mana semasa cuti sekolah, Semasa mereka mengajar di SK Telosan, pasti ayah akan tumpangkan seorang pelajar yang kurang sempurna ke sekolah.

Ayah mempunyai satu sikap yang sangat penyayang. Dia akan balik dengan membawa sesuatu jke rumah seperti makanan jika keluar. Aku biasanya akan menangis dengan mencium kain pelikat ayah jika aku rindu kan ayah semasa kecil.

Apabila aku bersekolah di Machang, ayah akan selalu bersama ibuku datang melawatku pada hari Jumaat. Aku sering berkelakuan nakal di sekolah tetapi ayah sabar dengan tingkah laku ku. Ayah tidak pernah lupa harijadi ku, Biasanya dia akan hulurkan wang kepada ku. Mungkin dulu jarang majlis harijadi diadakan.

Sukar aku nak tulis tentang hubungan ayah dan aku kerana beliau adalah istimewa. Ayah yang istimewa sehingga aku rasa tidak mampu untuk aku catatkan disini. Aku sebak, Selepas ayah mendapat stroke kecil, percakapannya kurang jelas tetapi ayah tetap ayah yang hebat,

Sekarang ramadan, ayah akan telefon aku untuk kejutkan sahur jika aku berada di tempat lain, Kalau aku berada di rumah, dia lah yang sediakan air teh yang sedap setiap pagi sahur ataupun sarapan pagi.

Hari ini 11 Mei 2020, genap lah umur ayah 77 tahun, masih boleh memandu kereta ke masjid, masih membantu menjemur kain, masih boleh membancuh teh dan masih akan membantu kami semua setiap masa.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH KU


Thursday, May 7, 2020

Perjalanan

Perjalanan di pagi yang indah 
Di kala mentari ingin bersinar 
Awan mendung turut mengiringi
Membawa kedamaian di hati

Destinasi hidup penuh pancaroba
Rintangan dan halangan adalah cabaran
Setiap jalan dengan persimpangan
Setiap arah ada petunjuknya


Monday, May 4, 2020

Lirik lagu raya 1441 oleh Zehwar

Am                   Dm
Hari ini hari raya
G.                             Am
Mari kita bergembira
Am.                            E
Sebulan kita berpuasa
E.                                   Am
Syukurlah bersama sama

Walau tidak dapat bersama
Ibu bapa serta  keluarga
Raya tetap disambut juga
Dengan serba sederhana
C.                                         G
Paling indah beraya di desa
F.                        C 
Tapi apakan daya
C.                               G
Maaflah teman semua
F.                         E
Kali ini tiada sama

Walau bukan yang dipinta
Sama samalah kita berdoa
Agar kita selamat sejahtera
Di pagi Syawal yang mulia

Hari ini hari raya
Mari kita bergembira
Sebulan kita berpuasa 
Syukur lah bersama sama


Dunia Kelam Kabut

Bangun dari tidur terkejut melihat jam
Aduh sudah pukul lima setengah pagi
Nasi belum masak untuk aku bersahur
Wo wo wo makan buah kurma sahaja

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Berehat sekejap sambil menanti
Hari ini baru bemula hidup baru
Kena bekerja selepas covid 19
Wo wo wo dah jam sebelas pagi

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Masuk pejabat buat muka tak malu
Ambil kerusi tak buat apa apa
45 hari asyik tidur dirumah saja
Wo wo wo serba tak kena 

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Ini baru kelam kabut dunia
Manusia meraba raba
Kesana kemari tiada upaya
Hanya mampu berdoa sahaja

Hari ini lebih bebas ke merata rata
Tapi hendaklah berjaga jaga
Tidak kira siapa depan Kita
Wo wo wo  mencari mangsa

Dunia kelam kabut
Apa dibuat serba tak kena

Dunia kelam kabut
Apa dibuat serba tak kena

Sunday, May 3, 2020

Lesen kelas D

1985- semua ahli keluarga berkumpul di berandah rumah nenek ku Hjh Wan Mek , semasa tu di tingkatan 3. Aku dah lama geram nak gohid kereta VW ayahanda. Kunci ada di kereta , aku pun buat buat la start enjin dan matikan. Kali ini aku nak cuba lah pandu kereta. Aku hidupkan enjin dan perlahan lahan masukkan gear yang dah lama aku perhatikan. Alhamdulillah bergerak dan menghala ke jalan besar yang kira kira 50 meter.
Aku cuba hentikan kereta tapi tak jumpa breknya. Adoi, ia terus bergerak dan sampai ke depan jalan besar.
Aku terbongkok² tanpa menyedari kereta yang ku pandu telah menjejak jalan besar. Oleh kerana ia sedikit tinggi maka kereta VW ayah ku terhenti dan enjin nya mati.
Alhamdulillah , tiada kecelakaan berlaku pada diri atau kereta. Lori yang sedang berada di jalan besar berhenti kerana menyedari aku tidak membrek kereta. 

Sejak itu, aku mula berani mencuba memandu dalam kampung ku bersama rakan2 ketika cuti persekolahan. 
Ada sekali, kami pergi jauh ke jalan jelor dan tiba2 ada polis mengadakan sekatan jalan raya. Kawan ku Ajik suruh aku baca doa ghaib hahaha wajaalna min .... Surah Yaseen. Aku pula tidak yakin, maka kami berpatah balik dan dikejar polis berkereta peronda. Aku lalu masuk ke jakan tanah merah dan memecut hingga mereka berhenti. Sekarang jalan itulah yang menuju ke baloh negara semasa Pak Lah menjadi PM dulu.
Semasa tingkatan 5 , aku sering memandu untuk ke sekolah di Machang dengan ayah ku di sebelah. Makin lama makin cekap hinggalah mendapat lesen B semasa menunggu keputusan SPM.

Hari ini, aku ajar anak pula memandu. Kami guna padang di depan rumah. 1 jam dia kuajar dan akhirnya berjaya juga mula memandu.

Semoga dia akan lulus ujian dan mendapat lesen B. 

Friday, May 1, 2020

SAAT YANG DITUNGGU oleh ZEHWAR


C                                     Dm
Bila kau bawa perkhabaran
G                                                        C
Untuk hidup bersama dengan ku
C                                     Dm
Gembira rasa di hatiku
         G                                            C
Kerna itulah saat yang ku tunggu

Sungguh aku tak menyangka
Seolah bulan jadi ke riba
Ku menyediri sekian lama
Akhirnya kau yang datang menjelma
F                              G                            C
Hu                          Hu                        Hu

Dm                          G                F      C
Hidup ku yang sepi di malam hari
Dm                 F                    G                      Em
Telah bertukar menjadi mimpi yang indah
Cuaca yang mendung di langit kelam
Telah menjadi sinaran di hati ku


Terimalah diriku seadanya
Agar kau berasa bahagia
Mari membina kenangan  indah
Inilah lagu kita bersama
Hu  Hu Hu

ZEHWAR

Wednesday, April 29, 2020

Ketam dan rumah tangga

Ini post tentang gambar masakan ketam bukannya jenis ketam. Ia juga bukan resipi kerana dah banyak resipi ketam dalam dunia maya.
Ia sekadar satu proses kerukunan dalam rumah tangga. Suami ke kedai lalu membeli ketam beberapa ekor dan sampai di dapur, tugas isteri pula menyiangkannya.

Suami pula cari dalam blog tentang resipi dan berbincang sesama.
Petang nya, sama sama memasak dan suami post la dalam blog
Apa masakan ini, ia adalah ketam goreng telur masin.

Selamat mencuba

Tuesday, April 28, 2020

Kuarantin

Bermula 19 Mac hingga hari ini ,kita telah selesai 3 pusingan PKP. Kali ini ia bermula 28 April hinggga 13 Mei. 
Ini kali ketiga aku alami situasi bertahan di kubu. 
Kali pertama pada tahun 1989, selepas kemalangan di Padang Kota, aku berada di hospital selama 1 1/2 bulan. Di katil wad 9 hospital Kota Bharu lah aku tidak bergerak atau turun dari katil.
Kali kedua, 2017 ketika menjalani pembedahan pintasan jantung. 12 minggu berada di IJN dan persekitaran rumah. 
Kali ini PKP pula. 

Saturday, April 25, 2020

Ramadan 1441 A new normal

Alhamdulillah, akhirnya kita telah menjejak ke bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. 
Hari pertama bermula dalam keadaan masyarakat telah berada di rumah sejak 19 Mac bagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Covid 19 masih lagi berkeliaran dan kita juga tidak tahu siapa yang sedang membawa wabak itu dalam tubuh masing2. 

I Ramadan ibarat tahun baharu kerana banyak azam dibuat oleh individu Muslim. Ada yang ingin khatam Quran , ada yang ingin kurus, ada yang ingin bersedekah tapi tahun ini jika ada yang ingin ke masjid atau ke surau adalah niat yang terhalang.
Dalam keadaan new normal ini, kita sedang melakukan reborn dalam tingkah laku atau amalan. Banyak yang baru kita lakukan kerana selama ini kita asyik dengan old normal yang sangat sibuk.
Kali ini kita cuba aturkan sesuatu yang lebih baik. Jadual harian perlu lebih lancar. Ingat ye, prinsip 21/90. Kita dah lepas 21 hari, apa yang sudah kita buat dalam kehidupan new normal ini. Jika berterusan PKP ini sehingga 3 bulan atau 90 hari maka peluang untuk kekal adalah amat tinggi. Jika telah hampir 40 hari kita membaca Quran maka peluang untuk menjadi gaya hidup baru sangat cerah.

Wahai diri , jangan tunggu lama2. Mulakan jika belum, teruskan jika ia telah bermula apa yang ingin kita buat. 

Akhir kalam, old normal is a history. The next step is change the life setting and build a new normal

Thursday, April 23, 2020

Mencari kepastian

Kita masing2 ada minat tersendiri. Tiada yang terkecuali kerana kita ada nafsu. Dengan nafsu ini, kita kembangkan menjadi imaginasi yang jauh. Ia boleh mengembara ke pelusuk dunia macam filem The Jumper. 
Apabila kembali ke alam realiti ,nafsu dididik pula untuk melihat kebenaran dan kenyataan. 
Semakin berusia, kita mula mengubah diri daripada nafsu besar kepada ihsan. 

Adakah ini berkait dengan id, ego dan super ego? 

Biarlah tentang itu. Semalam 22 April aku telah membina satu lagi ruang dalam otak. Aku belajar tentang DDR. Apa itu DDR tidak ku ceritakan kerana pakarnya ramai. Aku hanya ingin kisahkan mengapa aku turut serta. 
Aku minat tentang kurikukulum. Tyler 1949 adalah maksud yang aku selalu cuba fahami. Kita semua ada hasrat pembelajaran sendiri. Dari kecil lagi hasrat pembelajaran kita ditentukan kerajaan. Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. 

Kita belajar kerana kita ada hasrat itu. Kalau kita ikut kelas seseorang guru pun kita perlu faham hasrat pembelajaran. 
Tanpa mengetahui hasrat pembelajaran maka kita tiada kekuatan untuk melalui proses seterusnya.

Kedua, pengalaman pembelajaran yang perlu dilalui. Apakah pengalaman yang hendak diberikan untuk mencapai hasrat pembelajaran. Adakah tentang attitude, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian. Kalau kita lihat dalam mana² kurikukulum, kita dapati setiap kursus ada beberapa bab yang dibincangkan. Itulah pengalaman pembelajaran? Kalau di sekolah pula, adakah subjek diajar merupakan pengalaman pembelajaran? 

Ketiga, Menyusun atur pengalaman supaya lebih berkesan dan saling berkait. Kita cuba fahami dalam konteks kurikukulum Pendidikan Luar. Di mana kah masa dan situasi nya bila pengalaman disusun atur. Adakah ketika berkayak , orienteering atau ikatan. 
Atau berkayak itu adalah pengalaman pembelajaran yang bertujuan untuk mencapai hasrat pembelajaran. 

Keempat, penilaian kepada kurikukulum. Tercapai atau tidak hasrat pembelajaran itu perlu kepada penilaian. 
Persoalan disini adalah , UPSR, PT3, SPM , STPM ini adalah penilaian kepada pencapaian hasrat pembelajaran kah? 

Dalam kursus yang aku ikuti semalam, aku akan cuba memahami dengan lebih mendalam tentang DDR supaya modul atau model atau apa sahaja aktiviti yang dirancang adalah merdasarkan kepada
1. Apakah hasrat pembelajaran yang nak di capai
2. Pengalaman pembelajaran macam mana nak diberikan
3. Meyusun atur pengalaman pembelajaran supaya lebih bersifat kumilatif
4. Membuat penilaian kepada modul yang dibina samada ia mampu mengubah AS

Tuesday, April 21, 2020

20 April 2020

Salam 20 April 2020. Hari ke 7 dalam PKP 3. Hari ini juga adalah hari kelahiran adik bongsu yang aku jaga setiap hari semasa menunggu keputusan SPM. Semasa itu, cita cita tidak disambut dengan usaha. Hasilnya hanya cukup makan. 
Banyak kenangan masa tu kerana setiap hari aku akan membonceng adik ke stall surat khabar setiap pagi. Aku masih ingat setiap akhbar yang terjual oleh kawan ku, dia akan dapat 6 sen. Sekarang, surat khabar dah tiada pembaca. Utusan Malaysia tutup bisnes. 

Sebenar nya dulu kita membaca kerana maklumat amat kurang. Bila baca akhbar  ,kalau beli dua iaitu Utusan dan Berita Harian maka dapat lah kita penambahan ilmu. 

Sekarang kita dah bekerja hampir 30 tahun bagi yang sebaya. Kita membaca juga setiap hari tetapi hampir 100 peratus adalah buah fikiran yang dipunyai akaun masing2 samada di FB, WA atau Instagram. 
Ilmu itu masih belum pasti kebenaran  dan banyaknya adalah daripada ilmu yang mereka ada. Mereka tidak menggali intipati nya dan mereka adalah wartawan propaganda picisan. 

Bila bekerja, kita juga membaca samada surat, memo atau maklumat. Mungkin juga bacaan ilmiah tetapi Kita sudah gagal untuk kekal dengan bahan itu kerana amat membosankan.

Kita sedang melahirkan pelakon demi pelakon kehidupan. Manusia sudah tidak suka lagi hidup dalam serius. 

Yang serius hanyalah watak dalam lakonan. Setengah abad ini usia, kami mengalami kedua dua zaman nya. Mata , otak dan segala deria sedang diuji dengan dahsyat. 
Akhirnya semua ini hanya kepalsuan dan menjadi hiburan semata-mata.
Sambil berfikir elok kita buat perubahan pada deria dan anggota kita.

Mata- cukup dulu tengok HP malam ni
Hidung - cukup dulu bau makanan 
Telinga- cukup dulu dengar umpat dan fitnah
Kulit- rasakan lah kasih sayang
Lidah- rasalah kemanisan Iman.

Segelas epal hijau dicampur timun untuk tubuh ku



Saturday, April 18, 2020

Dunia

Surah Al Imran ayat 14 , Allah telah berfirman tentang kesukaan manusia termasuklah Wanita, harta, binatang, perhiasan tetapi yang kekal adalah di sisi Allah dan syurga lah tempat kekal selama nya. 
Jom kita buat lirik yang sesuai

Dalam kita mengejar impian
Cita cita yang tersemat di jiwa
Itulah nafsu yang memanggil manggil
Dengan sifatnya yang tersendiri

Mencari sesuatu yang kau perlu
Demi kerjaya dan harta benda
Kau lakukan apa saja yang mampu
Tanpa mengira dosa dan pahala

Kau terlupa apa sebab kau disini
Yang kau tahu semua itu perlu dimiliki
Kesenangan hidup yang sementara
Dunia mu bagai segalanya

Ingatlah wahai manusia
Pesanan bersama antara kita
Dunia yang fana pasti binasa
Syurgalah tempat kekal selamanya

Nasi belauk Sampiah

Bila lama tak balik nasi belauk ikan aya, Kita mula mencari jalan untuk mendapatnya tidak kira apa cara yang boleh.

Hari ini saya nak tunjukkan beberapa keping gambar yang menyebabkan kami makan bertambah².

Kenapa sampiah nama nasi belauk ini? Sebenarnya di tempat tinggal ku di Pasir Puteh ada sebuah kedai nasi belauk yang sangat sedap. 

Dari kecil, aku akan kayuh basikal untuk membeli nasi belauk, nama tuannya ialah tok wae po. Ramai beratur menunggu giliran dan selalunya orang dewasa suka potong Q. Yang selalu juga membeli di situ adalah cik Nab, isteri kepada adu pa ( cikgu Pa) jiran kami. Orang Pasir Puteh berbangsa tiong hwa juga ramai membeli nasi belauk, nasi dagang,nasi dagang campur nasi belauk, pulut kelapa , aduh teringat nasi belauk nya. 

Selepas itu, makin ramai yang mula berniaga nasi di gerai². Kak Nah juga mula berniaga di belakang rumah kami. 

Bila tok wae po ni meninggal lah aku rasa, kedai ini diambil alih anaknya yang bernama Samsiah. Oleh kerana anak saudara ku ni masih pelat, mungkin la dia yg panggil sebagai kedai sampiah.

Apa istimewanya nasi belauk sampiah, macam nasi air dingin di Tumpat la. Tersohor di Pasir Puteh pula kedai ini. Saya suka makan nasi belauk campur nasi dagang dan letak sambal. Kemudian ambil daging goreng. Lepas itu, bungkus pulut kelapa. Balik rumah , minum teh panas. 

Sekian ,laporan PKP 18 April 2020. 

Friday, April 17, 2020

komunikasi Dinamik

Zaman IR 4.0 ini, menulis blog untuk apa ya? Kalau 15 tahun dulu, orang menulis kerana sesuai dengan masa nya. Sekarang, dengan adanya FB, IG dan Twitter, blog dah jadi mcam surat khabar. Lama ke baru ke memang dah jadi begitu. MedSos ini menjadikan maklumat terlalu cepat tetapi manusia semakin perlahan. Mengadap sesuatu yang cepat memakan masa kerana real time melangkau batasan masa, tempat dan zaman. 

Kali ini, bukan nak fikirkan pasal maklumat yang semakin banyak menjadi fitnah tetapi tentang peranan blog.

Blog ini bukan menggantikan Mr Google tetapi satu penyesuaian ilmu. Ia ibarat kamus yang boleh mengandungi jutaan patah perkataan tetapi mengapa masih banyak yang tidak kita ketahui ?

Komunikasi Dinamik ini baru ku temui. Anda tahu maksudnya tak. Jadi, blog ini memberikan maksud kepada diri tentang perkara yang berlaku pada masa ia ditulis. 

Sekurang2nya aku telitikan maksud dan cuba memahaminya. 

KD ini adalah sesuai digunakan oleh pemimpin dalam memberikan mesej kepada ahlinya.

Ada mesej disampaikan secara mesyuarat, kumpulan Tertinggi, pasukan, F2F dan sebagainya.

Aku terbaca satu buku yang menjelaskan bahawa dalam organisasi 150 ahli adalah paling sesuai untuk komunikasi berkesan. 

Aku akan cari lagi maklumat tentang KD kerana ia amat penting untuk semua.


Wednesday, April 15, 2020

Sihat , Sakit Dan Cergas

Aku tak tahu maksud sihat yang sebenarnya kerana itu tidak dipelajari atau sudah ku lupakan. Yang aku tahu ialah cergas. Ia bermaksud boleh melakukan aktiviti rutin tanpa berasa penat dan pada masa yang sama boleh menyelamatkan diri ketika kecemasan.  

Selepas 35 tahun , aku mula memerlukan ubat. Ia dipanggil ubat untuk kolestrol. Walaupun telah dimaklumkan boleh doktor di UPM ketika berusia 20an, doktor belum menyuruh ku mengambil ubat.

Apabila rasa sihat, ubat yang diambil dihentikan sendiri sehingga lah 2017. Selepas itu , ubat lah yang diambil setiap hari.

Ubat, sakit dan sihat saling berkait. Bila sakit ,kita mencari ubat dan tinggalkan bila rasa sihat. Apa maksud sihat sebenarnya ?

Sekarang bertambah pula dengan makanan kesihatan dan vitamin. Yang mana kah penyembuh tidak ku ketahui lagi. 

Hari ini, 15 April adalah hari pertama PKP 3. Semua bekalan ubat masih ada untuk kekal sihat tetapi kenapa pula aku ambil vitamin, minyak ikan, minyak zaitun, pati delima, cuka tin. 

Ini semua ikhtiar dan tiada satu pun penyembuh kecuali Dia. 

Aku dah boleh mula menjadi tabib dengan ambil langkah pertama. Yang aku tidak boleh ialah keyakinan mereka tentang ubat dan produk. Aku malu untuk berkata kata.

Jika minat dengan Amway, boleh la aku tolong belikan. 

Sekarang yang aku ambil adalah vitamin B, Fish oil dan milk thistle. 

Kalau tanya keberkesanannya, aku boleh melakukan aktiviti rutin tanpa berasa letih.

Kalau nak tahu sihat atau tidak, ubat IJN ada 5 biji perlu diambil setiap hari.

Jadi , apa maksud sihat ? Sama sama kita cari ilmu tentangnya.

Tuesday, April 14, 2020

Vitamin D

Jika kita ingat, bila kita diberitahu dan faham tentang berada di bawah sinaran matahari sebelum 10 pagi? 
Ini adalah asas dalam kehidupan  tetapi ramai tidak mengetahui. 
Ini berlaku kerana jika ada pun ilmu diberikan tetapi penyampaian itu adalah untuk menjawab peperiksaan bukannya untuk meneruskan kehidupan
Musim PKP ini jarang orang berada di luar rumah sebelum jam 9 pagi. Malah ada yang tidur sehingga pukul 10 atau 11 pagi (aku ler tu). Selepas sebulan ini, kita kurang mendapat vitamin D daripada cahaya matahari. Oleh itu, usahakan untuk pengambilan makanan yang mengandungi vitamin D

Satu hari Di Hari Jumaat

Sewaktu KDR , kita masih boleh dipanggil bekerja. Pagi ini, hari jumaat yang mulia, umat Islam sekali lagi akan bersolat zuhur di lokasi masing2. Arahan kerajaan perlu dipatuhi dan rantaian covid 19 perlu di putuskan. 
Pemakaian asas sekarang termasuk mask 3 ply dan di dalam poket akan ada sanitizer kecil untuk dipakai di tapak tangan. 

Tiada yang boleh menolak ketentuan ini. Inilah yang terbaik untuk menghadapi pandemik ini. 
Banyakkan istighfar kerana kita banyak terlalai sebelum ini.

Ingatan kepada 5 perkara sebelum 5 perkara adalah penyesalan awal dan pengajaran kepada kita.

Masa lapang sebelum masa sempit
Masa senang sebelum masa susah
Masa kaya sebelum masa miskin
Masa sihat sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

Kita cuba sediakan satu lagu tentang masa

Masa yang kita ada
Adalah satu pengajaran
Juga pengalaman hidup
Untuk kita pelajarinya

Tiada sesaat ia berhenti
Baik dalam tawa 
Atau dalam sendu
Sedetik demi sedetik

Kita masih ada ruang
Yang dipanggil waktu
Selagi jasad bersama nyawa
Melayari alam dunia ini

Bila tiba saat dan detiknya
Walau tiada sebab dan alasan
Masa itu akan sampai jua
Tidak kira lapang atau sempit
Biarpun senang atau susah

Orang yang kaya juga miskin
Ada yang sihat ada yang miskin
Akhirnya akan kembali 
.... 


Isnin 13 April 2020

Sudah  terlupa bilangan hari bekerja dari rumah. Sejak 19 Mac maknanya sudah hampir sebulan rakyat Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan PKP. 
Lepas sehari ke sehari, seakan betul maksud new normal. Dah biasa tidur lewat, bangun subuh bersambung lagi, intermittent fasting tidak perlu risau kerana sememangnya breakfast bermula seawal pukul 11. 

Keluar membeli barangan , semua ingin dibawa balik. Daging lembu, ayam, ikan, udang, buah dan segala macam.

Bagi yang ganti puasa, macam tiada masalah tambahan pula sekarang adalah bulan syaaban.

Ramadhan semasa PKP dengan tiada solat di masjid adalah new normal yang perlu kita hadapi.

Anak ² akan mempunyai masa bersama ibu bapa adalah satu peluang terbaik Allah berikan.

Hari ini isteri memasak asam pedas tenggiri , nasi goreng, cucur kacang. 

Semoga Allah semakin ramai pesakit covid 19 akan sembuh 

Rindu

Ku lihat dengan mata ini
Sejauh jarak pemandangan 
Di kanan ku tanah yang tandus
Di kiri pula tiada berbeza

Habis apa yang membuat ku kesini
Adakah angin kering  atau ribut pasir

Ku lihat ada pokok nan kecil
Diseling seli batu batu hitam
Tiada wadi sebagai penyeri
Apatah lagi sebatang kali

Habis apa yang membuat ku kemari
Inilah hasrat yang dinanti

Demi pun Ya Rasul
Kami tetap datang ke mari
Tidak pernah sesekali 
Kau tak dirindui 

Demi pun Ya Rasul
Kami melangkahkan kaki
Walau jauh ribuan batu
Cahaya mu melambai kami

Inilah dia cinta kami
Junjungan Rasul yang Mulia
Syafaat mu kami nanti
Di waktu yang kekal abadi

Habis apakah yang dinanti
Inilah hasrat yang dinanti

wonderful dream

WONDERFUL DREAM 

Just a boy and a girl with a promise we'd always be true
We grew up all too soon and discovered how little we knew
Would the dream leave the ground? Was the future so sound?
You and I, we had a dream to fly
Wonderful dream, beautiful dream, don't let it die
You and I, we had a dream to fly
Wonderful dream, beautiful dream, don't let it die

Then one day, you were gone, and my dreams all came tumbling down
Childhood tears, broken years, our true love can no longer be found
Though I'd waited so long, still the dream lingers on
You and I, we had a dream to fly
Wonderful dream, beautiful dream, don't let it die
You and I, we had a dream to fly
Wonderful dream, beautiful dream, don't let it die