Thursday, April 23, 2020

Mencari kepastian

Kita masing2 ada minat tersendiri. Tiada yang terkecuali kerana kita ada nafsu. Dengan nafsu ini, kita kembangkan menjadi imaginasi yang jauh. Ia boleh mengembara ke pelusuk dunia macam filem The Jumper. 
Apabila kembali ke alam realiti ,nafsu dididik pula untuk melihat kebenaran dan kenyataan. 
Semakin berusia, kita mula mengubah diri daripada nafsu besar kepada ihsan. 

Adakah ini berkait dengan id, ego dan super ego? 

Biarlah tentang itu. Semalam 22 April aku telah membina satu lagi ruang dalam otak. Aku belajar tentang DDR. Apa itu DDR tidak ku ceritakan kerana pakarnya ramai. Aku hanya ingin kisahkan mengapa aku turut serta. 
Aku minat tentang kurikukulum. Tyler 1949 adalah maksud yang aku selalu cuba fahami. Kita semua ada hasrat pembelajaran sendiri. Dari kecil lagi hasrat pembelajaran kita ditentukan kerajaan. Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. 

Kita belajar kerana kita ada hasrat itu. Kalau kita ikut kelas seseorang guru pun kita perlu faham hasrat pembelajaran. 
Tanpa mengetahui hasrat pembelajaran maka kita tiada kekuatan untuk melalui proses seterusnya.

Kedua, pengalaman pembelajaran yang perlu dilalui. Apakah pengalaman yang hendak diberikan untuk mencapai hasrat pembelajaran. Adakah tentang attitude, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian. Kalau kita lihat dalam mana² kurikukulum, kita dapati setiap kursus ada beberapa bab yang dibincangkan. Itulah pengalaman pembelajaran? Kalau di sekolah pula, adakah subjek diajar merupakan pengalaman pembelajaran? 

Ketiga, Menyusun atur pengalaman supaya lebih berkesan dan saling berkait. Kita cuba fahami dalam konteks kurikukulum Pendidikan Luar. Di mana kah masa dan situasi nya bila pengalaman disusun atur. Adakah ketika berkayak , orienteering atau ikatan. 
Atau berkayak itu adalah pengalaman pembelajaran yang bertujuan untuk mencapai hasrat pembelajaran. 

Keempat, penilaian kepada kurikukulum. Tercapai atau tidak hasrat pembelajaran itu perlu kepada penilaian. 
Persoalan disini adalah , UPSR, PT3, SPM , STPM ini adalah penilaian kepada pencapaian hasrat pembelajaran kah? 

Dalam kursus yang aku ikuti semalam, aku akan cuba memahami dengan lebih mendalam tentang DDR supaya modul atau model atau apa sahaja aktiviti yang dirancang adalah merdasarkan kepada
1. Apakah hasrat pembelajaran yang nak di capai
2. Pengalaman pembelajaran macam mana nak diberikan
3. Meyusun atur pengalaman pembelajaran supaya lebih bersifat kumilatif
4. Membuat penilaian kepada modul yang dibina samada ia mampu mengubah AS

No comments: