Saturday, April 18, 2020

Nasi belauk Sampiah

Bila lama tak balik nasi belauk ikan aya, Kita mula mencari jalan untuk mendapatnya tidak kira apa cara yang boleh.

Hari ini saya nak tunjukkan beberapa keping gambar yang menyebabkan kami makan bertambah².

Kenapa sampiah nama nasi belauk ini? Sebenarnya di tempat tinggal ku di Pasir Puteh ada sebuah kedai nasi belauk yang sangat sedap. 

Dari kecil, aku akan kayuh basikal untuk membeli nasi belauk, nama tuannya ialah tok wae po. Ramai beratur menunggu giliran dan selalunya orang dewasa suka potong Q. Yang selalu juga membeli di situ adalah cik Nab, isteri kepada adu pa ( cikgu Pa) jiran kami. Orang Pasir Puteh berbangsa tiong hwa juga ramai membeli nasi belauk, nasi dagang,nasi dagang campur nasi belauk, pulut kelapa , aduh teringat nasi belauk nya. 

Selepas itu, makin ramai yang mula berniaga nasi di gerai². Kak Nah juga mula berniaga di belakang rumah kami. 

Bila tok wae po ni meninggal lah aku rasa, kedai ini diambil alih anaknya yang bernama Samsiah. Oleh kerana anak saudara ku ni masih pelat, mungkin la dia yg panggil sebagai kedai sampiah.

Apa istimewanya nasi belauk sampiah, macam nasi air dingin di Tumpat la. Tersohor di Pasir Puteh pula kedai ini. Saya suka makan nasi belauk campur nasi dagang dan letak sambal. Kemudian ambil daging goreng. Lepas itu, bungkus pulut kelapa. Balik rumah , minum teh panas. 

Sekian ,laporan PKP 18 April 2020. 

No comments: