Wednesday, April 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI DI SMK TELUPID PART 1



Kami bertiga bergerak daripada pejabat pada pukul 1 petang. Saya menaiki kereta bersama Dr Ghani manakala Norman lebih awal memulakan perjalanan daripada rumahnya di kawasan Hospital Likas. Kami singgah di Berungis, Tuaran untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran cina muslim di belakang Tang Dynasty Hotel, Tuaran.
Pukul 3 petang baru kami bergerak ke Telupid kerana terpaksa menunggu seorang lagi rakan yang akan ke Kota Marudu. Alhamdulillan perjalanan lancar dan kami menggunakan masa di dalam kereta untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Kira-kira pukul 4.30 petang kami terpaksa singgah di Ranau untuk melepaskan hajat. Jalan yang berbengkang bengkok dan dikongsi dengan lori dan bas agak melambatkan pergerakan. Apabila tiba di satu kampong, secara tiba-tiba sebuah lori kecil di depan melanggar anjing yang melintas jalan. Lalu anjing tersebut menggelepar dan dilanggar pula oleh sebuah motorsikal.  Yang paling tidak disangkakan, ada seekor lagi anjing sekonyong-konyongnya melintas jalan kea rah kawannya. Kami tidak sempat mengelak dan anjing tersebut terperosok ke bawah kereta. Nasibnya baik kerana masih terselamat.
Hari hampir gelap dan waktu maghrib adalah lebih kurang pukul 6.25 petang. Kami sampai di pekan Telupid setelah suasana gelap. Apabila turun dari kereta, ia bagaikan pekan Belaga, Sarawak. Kami terus check in di  Queen Alice Inn.
Setelah itu, kami bertiga menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Telupid. Nasi goreng sepinggan sangatlah banyak sehingga tidak dapat dihabiskan.

Monday, September 23, 2013

PhD1

Bermula dengan pendaftran di UPSI dan sekarang dah tak tahu macam mana nak mula? Dah dapat nama penyelia utama iaitu Prof Madya Md Amin Md Taff. Bagaimana ya? Langkah pertama ialah mencari nama penyelia di facebook, media sosial yang mudah dijangka akan menemui empunya nama. Yes, terpampang nama beliau dan aktiviti kayak. Itulah minatnya kot. Terus add as a friend. Alhamdulilah diterima sebagai rakan baru. Tapi itu belum cukup. Hari ini aku dapatkan no telefon dalam facebook account beliau dan hantar sms. Aku nyatakan dan maklumkan tentang hubungan kami berdua. Dia ucapkan tahniah dan selamat datang ke UPSI.

Aku mohon untuk mengaturkan pertemuan pada minggu depan. Harap segala akan berjalan dengan lancar.

Thursday, September 19, 2013

Sekitar kisah di UPSI

Alhamdulillah! Sepatah kata hebat untuk menggambarkan perasaan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar (sekali lagi). Segala urusan pendaftaran berlaku begitu cepat kerana persiapan telah dibuat dengan sebaik mungkin sebelumnya. Itulah kehebatan 'well-prepared'. Semua dilakukan dengan cepat, tangkas dan sempurna. Apa yang masih kurang? Yang pertama apabila DR di UPSI mencatatkan obese di borang maklumat kesihatan. Ya Allah ! Sesuatu perlu dilakukan. Angka 31 pada BMI bukan sesuatu yang disenangi.

Langkah yang perlu diambil adalah kembali mengayuh mountain bike kat rumah. Bila nak mula? Juga menjadi persoalan........

Seramai 500 ++ pelajar pasca siswazah melaporkan diri dengan ura-ura penambahbaikan terhadap program sarjana dan doktor falsafah. Yang pertama ialah program kertas projek mod c akan digantikan dengan ujian komprehensif yang memerlukan kelulusan markah 65%. Yang kedua, program turn it on yang melibatkan peratus kesamaan ayat untuk mengelakkan plagiarisme.

Senarai pelajar untuk fakulti FSSK juga dipaparkan di depan dewan SITC. Semuanya hadir dan bermulalah segala cabaran dan peluang yang perlu dikenal pasti dan diambil tindakan. Semoga dipermudahkan semuanya.

Selepas rehat maka bermulalah sesi suai kenal fakulti. Satu-persatu rakan rakan memperkenalkan diri kepada para pensyarah UPSI. Antara yang ku kenali ialah Dr Nelfianty, Dr Jeffery dan 2 nama yang tidak kelihatan iaitu rakan sekelas PJ Optimis iaitu Dr Norshilawati dan Dr Lee Ai Choo.





Siapa menjadi penyelia dikatakan penting untuk menentukan lulus /gagal seseorang pelajar pasca siswazah. Tertera nama Prof Madya Dr Md Amin Md Taff sebagai penyelia. Terus kubelikan 2 buah buku pendidikan luar yang ditulis beliau untuk mengenali siapa beliau dan bidang yang diminatti. Alhamdulillah beliau juga telah ku add kan sebagai kawan muka buku. Begitu juga Dr Norkhalid ( Tahniah kerana baru dikurniakan PhD). Beliau akan menjadi penyelia pembantu.

Itulah sebahagian kisah ku di UPSI semalam.

Wednesday, September 18, 2013

Perjalanan ini

Salam semua. Dah lama saya tidak berkongsi dengan pembaca blog ini. Mulai hari ini sayaakan berbicara tentang perjalanan yang bermula hari ini. Alhamdulillah saya sedangemdaftar di upsi untuk program ijazah doktor falsafah di fakulti sains sukan dan kejurulatihan. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri tersayang Azura Abdul Raof yang memberikan sokongan kepada perjalanan ini.

Wednesday, February 6, 2013

Motorsikalku

Bila anda mula mempunyai motorsikal sendiri ? Kisah aku dan motorsikal bermula pada tahun 1989. Motorsikal pertamaku adalah sebuah motorsikal Yamaha RXZ 135cc. Beli yang second-hand ketika sedang belajar di Penang. Sejarahnya bermula setelah kemalangan semasa membonceng bersama sedara di Padang Kota malam raya haji. Setelah sembuh dan menyambung balik belajar maka takdirnya bapaku bersetuju untuk membelikan sebuah motorsikal. Harga sekitar RM3400 dan itulah motorsikal yang digunakan untuk berulang-alik dari Kelantan dan Penang.

Setelah ditugaskan di Sarawak, maka RXZ tadi ditinggalkan di kampung. Adik ipar pula menyambung tugas menjaga motorku. Aku jauh di Belaga yang mana pada masa itu kebanyakan rakan yang bertugas di sana mempunyai basikal untuk bergerak, maklumlah keperluan untuk menggunakan motorsikal belum begitu terdesak. Bila ada seorang kawan yang membawa motorsikalnya, maka hati ini juga ingin memiliki sebuah motorsikal juga. Ke Pekan Sibu aku mendapatkan motorsikal kedua iaitu Yamaha SS2 warna merah dengan no platnya QSC 4096. Itulah yang digunakan sepanjang tahun 1998 hingga 2002. Selepas itu, motorsikal tersebut dijual kepada rakan yang baru ditugaskan ke situ setelah aku balik ke semenanjung. Bukan niat untuk dijual tetapi kerana beliau beria-ia untuk membelinya kerana pada masa itu ia belum diposkan lagi.

Sekitar tahun 2005, ketika sentiasa berurusan dengan Puspakom, aku telah menyertai peraduan SMS cogan kata yang dianjurkan oleh PUSPAKOM. Alhamdulillah! Aku telah menang dan mendapat tempat kedua dengan sloganku. Sebuah motorsikal Modenas Kristar 110 cc telah berjaya dimiliki secara percuma. Platnya DBA 1564 kalau tak silap. Cuma sempat dipakai beberapa bulan sebelum dipinjamkan kepada adik ipar yang sedang belajar di UPM. Selepas itu, ketika sedang gila dengan hobi berbasikal, motorsikal itu juga dijual kepada seorang lagi adik ipar untuk mendapatkan sebuah road bike Fuji.

Berbalik kepada kisah RXZ, oleh kerana dah lama tidak dinaiki dan menjadi pameran di belakang rumah, maka RXZ yang bernombor plat DQ 8148 ( cina penang sebut DQ Pay It Si Pei) juga dijual kepada bekas anak murid dengn harga RM800.

Kini, 2013, aku memiliki motorsikal ke4 , yang baru dibeli pada Januari lalu. Sebuah jentera 250cc yang dipasangkan di Bukit Beruntung. Hasil teknologi Benelli dari Italy yang digabungkan dengan Keeway. Pengalaman dengan Dorado 250 ini akan aku kongsikan dalam blog lain. RM12000 dan kini aku kembali menjadi mat motor.

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan Insyaallah akan datang lagi. Esok umat islam akan mula bersahur selepas berduyun-duyun ke masjid untuk solat terawih. Marilah kita mulakan ramadhan ini dengan penuh kegembiraan kerana dapat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Teruskan setiap kerja yang dilakukan seperti biasa dengan sedikit bercakap untuk menikmati nikmatnya berpuasa.

Tuesday, June 19, 2012

Persiapan diri

Dah lama tidak menulis sehingga ditegur oleh beberapa rakan. Apa masalah untuk terus menulis sebagai satu kaedah untuk mempertajamkan fikiran sehingga dapat bertindak dengan lebih spontan. Hari ini sepatutnya menjadi lebih baik daripada semalam namun banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dalam kehidupan, sesuatu yang baru dilakukan akan melibatkan banyak peranan dari segi kognitif. Kita perlu sentiasa berfikir sebelum bertindak kerana memang sifat baharunya begitu. Sebagai pensyarah baharu juga tidak lepas daripada keadaan yang sama. Esok akan  bermula tugas sebagai pensyarah atau 'trainer'. Perasaan bercampur baur antara yakin dan tidak pasti. Understudy telah dbuat sedikit membantu persediaan untuk masuk kelas. Namun aku tidak keseorangan kerana sejak diperkenalkan konsep team teaching akan mengurangkan kegusaran. Menjadi guru, penngajaran mereka dinilai pada anak murid tetapi di sini anak murid yang menilai guru. Aku akan mencuba sebaik mungkin

Monday, March 12, 2012

Modul Latihan IAB

Setelah berjaya melalui seminggu orientasi, mengikuti modul 2 yang melibat pengurusan kualiti memberikan satu perkembangan yang sihat kepada warga pendidik terutamanya di sekolah. Banyak program yang dilaksanakan di kementerian belum sampai ke sekolah. Oleh yang demikian sebagai pelaksana, kita akan merasakan seribu kekurangan apabila cuba menempatkan diri di bahagian lain di KPM. Sebagai contoh, MS ISO 9001 yang melibatkan proses kerja tidak dapat dilakukan kerana mungkin tiada inisiatif pihak pentadbir ataupun ia tidak sesuai dilakukan kerana produk sekolah adalah berbeza. Namun begitu, pelaksanaan MS ISO di sekolah perlukan perubahan kepada kriteria yang perlu dilaksanakan. Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah perlu lebih realistik dengan kehendak pelanggan yang utama iaitu murid. Segala prosedur kualiti yang dipatuhi adalah perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkara yang kedua, Manual 5'S' yang menjadikan pejabat lebih kemas dan user-friendly perlu dimulakan di pejabat sekolah. Semua ini memerlukan pra sarana yang sesuai dengan sekolah dan kerja guru.
Pengurusan risiko adalah sangat baik untuk perancangan organisasi. Harapannya, pengurusan kualiti bermula daripada kualiti peribadi individu dalam organisasi.

Wednesday, February 15, 2012

Kekuatan mental

Salam, pernah kah and Terfikir kenapa anda gagal untuk memberikan yang terbaik setelah bersedia dengan sebaik mungkin. Anda menyiapkan diri dengan membaca dan berlatih Untuk sesuatu pertandingan namun sebaik wisel bermula, sebalik berlaku adalah anda ibarat budak baru belajar. Masalah ini sering dikaitkan dengan psikologi. Ada yang melihatnya sebagai kurangnya keyakinan diri. Bagaimana mengatasinya? terdengar ungkapan, psikologi is bullshit without well-prepared.
Ini semua memerlukankan kajian yang melampaui batas tahun. Sejak kecil kita perlu mengenal mereka yang kuat motivasi intrinsik. Mari kita mula mencari bakal individu yabg mampu membawa cabaran negara paxa masa 15 tahun.
mulaakan ddngan pelajar tahun 1.

Wednesday, February 8, 2012

Sentiasa bersyukur

Bulan februari dah masuk hari kelapan. Ada byk sebab utk aku terus bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah. pertamanya, apabila pasukan bola tampar terus menjadi pasukan disegani. Dengan latihan berpanjangan, mdnjadi naib johan daerah adalah sesuatu yg patut disyukuri. Kedua, aku mendapat surat tawaran ke iab. Tentunya syukur diucapkan kerana berpeluang memajukan diri dalam menuju keredhaan ilahi. Ketiga, keputusan darj hospital adalah baik dan mnceriakan sidia. Alhamdulillah.

Wednesday, January 25, 2012

Hospital

Sejak semalam isteriku berada di wad menanti untuk menjalani rawatan pada petNg ini. Sukar digambarkan ketabahan beliau yang telah beberapa kali menjalani proses rawatan
. Sabarlah, semua ini ada hikmahnya.

Tuesday, January 24, 2012

Ideos 7



Salam, akhirnya sebuah tablet ideos 7 dalam genggaman seiring dengan suasana dan teknologi. Walaupun murah dan besar namun aku bangga memilikinya sesuai dengan kegunaaannya.

Wednesday, January 4, 2012

Cetak 1 dan 2

Setelah mendapat sijil mencetak 4-in-1, aku mulakan aktiviti yang menjadi minat dan mungkin bisnes-hobi pada masa akan datang. Kali pertama, aku mulakan campuran bahan x dan y, bila disapu pada blok yang disediakan, aku mendapati kekuragan satu alatan, iaitu pembaris terlalu ringan menyebabkan sebatian tidak rata. Hasilnya menyebabkan ia terlalu keras untuk dikeluarkan daripada blok. Bagaimana hasilnya? Lihat di bawah
Jika kita melihat foto di atas, terdapat kesan dye yang keluar akibat pancuran air yang terlalu kuat di bahagian belakang. Ia menyebabkan terkeluarnya bahan tersebut. Ini adalah kerana ia terlalu tebal atau akibat pengcahayaan yang terlampau lama.

Seterusnya, cubaan kedua dilakukan. Kekurangan yang belum dapat di atasi adalah table glue untuk memastikan pakaian melekat pada pelapik. Namun, terdapat kelemahan lain pada kali ini iaitu pengcahyaan yang terlalu singkat dan pemberat yang digunakan tidak cukup untuk memastikan ia rapat secara keseluruhan. Namun saya agak berpuas hati dengan hasil kerja.
Insyallah ! Sedikit masa lagi mungkin boleh mula membuat promosi untuk mencetak kepada rakan taulan.

Sunday, January 1, 2012

Mencetak tshirt

Hari ini seharian bertungkus lumus menyiapkan sebahagian besar kerja untuk percetakan tshirt. Setelah menjadi ejen cetak baju semasa di Universiti dengan beberapa projek kecil-kecilan, dan seterusnya menghabiskan banyak wang ringgit untuk menghantar baju untuk dicetak di pelbagai kedai mencatak, akhirnya aku akan insyallah mencetak sendiri tshirt untuk sukan, kelas dan sebagainya.

Saturday, December 31, 2011

2011 ke 2012

Salam, malam terakhir di tahun 2011 dan menjelma pula tahun 2012 yang menjanjikan pelbagai rencam kehidupan buat insan yang masih terpilih menjadi khalifah di muka bumi ini. Banyak peristiwa berlaku di tahun ini yang kecil dan besar namun menjadi pengalaman hidup kepada setiap individu. Bermula dengan kehidupan diri, rumah tangga dan negara,  itu semua menjadi asas kepada tindakan yang akan dilakukan sepanjang tahun 2012 nanti.
Apakah yang akan menggegar di tahun 2012 nanti? Jika melihat kepada senario politik maka 9 Januari menentukan nasib  Anwar Ibrahim samada akan dipenjara sekali lagi atau akan terus dengan usaha ke Putrajaya. Adakah ini penting? Ya! kerana ia mencorak pentadbiran negara dan hala tuju negara kita. Kita sebagai rakyat yang inginkan kemajuan negara mengikut acuan penciptanya maka setiap yang dikatakan pemimpin harus kita ambil peduli bukan peduli apa. Jika mereka melakukan sesuatu yang melanggar AlQuran dan Hadis, maka ia wajib ditentang oleh setiap individu muslim.
Perkara kedua, tiada siapa yang ingin kehidupan mereka menjadi lebih mundur pada tahun 2012. Setiap orang mesti mengambil peluang samada pertama atau kedua atau ke berapa kerana usaha adalah tangga kejayaan. Setiap langkah disusun haruslah teratur dan bersifat elastik kerana lautan dalam sukar diduga ombaknya.
Ketiga, buatlah yang baik sepanjang masa tanpa memikirkan kebaikan yang akan kita perolehi daripada orang lain. Selamat Tahujn baru 2012.

Monday, November 28, 2011

I'm not a long distant runner nor a long distant cyclist

Since my childhood, I could remember that I never known as a sprinter or a marathone. When I was in standard five, I was chosen to be in the relay team for my house but we didn't win. At standard six, I was also not chosen to be in the school atheletics squad although I played football, hockey, badminton , takraw and so on for the school. It was because I couln't run fast compared to the others. In secondary school, I just could go down the field to see my fellow friend making the state record i long jump but what I did only, taking part in the shot putt but in the same time I was the school hockey team captain and played almost all games found in school. During cross country, I never finished because I would start walking after a few hundred metres. When I joined the cycling committee back in year 1995, I lost badly to other members in 1 km cycling event for the organiser. The best thing I've done in running or ccycling was when I took part in jogathon for the teachers in Kapit, Sarawak. I got 6th place. It was amazing. I have to admit that I can play many games but I cannot run faster or farther compare to others.....

Tuesday, November 22, 2011

Majlis Bantuan Persekolahan 2012

Seluruh sekolah di Malaysia dikejutkan dengan kehadiran anggota polis bersama pentadbir di mana pada masa yang sama ribuan ibu bapa dan murid sedang menunggu di perkarangan sekolah. Gambaran awal menunjukkan mereka datang dengan niat yang suci iaitu ingin mendapatkan wang RM 100 hasil daripada ucapan PM semasa bajet 2012. Semua pelajar akan menikmati wang tersebut tanpa mengira latar belakang, mungkin ia juga boleh dikira sebagai zakat yang wajib untuk asnaf orang yang menuntut ilmu
Pegawai PPD turut hadir dan menyampaikan wang kepada salah seorang pelajar
Bekas Calon UMNO DUN Selising ada juga.... kalau ada YB Selising lagi bagus... tugas YB biar berbeza dengan tugas calon piliha raya.
ramainya orang macam lalat hurung gula...
kerja 9 jam ke ni?

SUKAN SEA 79 DAN 11



    TAHNIAH UNTUK MALAYSIA KERANA MENJUARAI BOLA SEPAK SUKAN SEA. 
AKU MASIH TERINGAT TAHUN 1979 , KETIKA ITU BELAJAR DI WAKTU PETANG SEMASA DARJAH 3. cIKGU MEMBERI KEBENARAN UNTUK MENONTON PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN KITA MENANG.     

Saturday, November 19, 2011

BUDAYA KERJA SEKOLAH

  • 1.      MEMAHAMI DAN MENGHAYATI :
a.      FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
b.      FALSAFAH, MISI DAN VISI SEKOLAH
  • 2.      MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKATKAN IMEJ SEKOLAH, JABATAN DAN KEMENTERIAN
  • 3.      MEMENTINGKAN MUTU PENDIDIKAN
  • 4.      MENENTUKAN SASARAN (KPI) BAGI SETIAP TUGASAN
  • 5.      MENGAMALKAN KERJA SECARA KOLEKTIF
  • 6.      JUJUR DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS
  • 7.      MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG
  • 8.      KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
  • 9.      SENTIASA BERSEDIA UNTUK DIPIMPIN DAN MEMIMPIN
  • 10.  BERUSAHA MENINGKATKAN  KOMPETENSI DIRI SEBAGAI KHALIFAH
  • 11.  KERJA ADALAH IBADAH YANG DIPERTANGGUNGJAWAB ATAS INDIVIDU 

GURU YANG SEDANG MELANGKAH KE BILIK DARJAH ; TEGAK BERJALAN MEMBAWA SEMANGAT, TUNDUK MEMBONGKOK PENUH ILMU, LENGGANG LENGGOK GAYA KEIBUAN SEBENARNYA SEDANG MEMBAWA SAMADA BIJIH BENIH TAMAN SYURGAWI ATAUPUN KAYU API NERAKA BERDURI…. UNTUK MURID-MURIDNYA.”

Friday, November 11, 2011

pencuri besi buruk

semasa aidil adha yang lalu, kami telah bergerak untuk mengagihkan daging korban kepada jiran dan juga beberapa kenalan. Ada seorang anak murid isteri yang telah menjadi yatim piatu juga tidak terlepas daripada agihan yang dibuat. Semasa sampai di rumah beliau, saya ternampak 2 buah basikal sedang tersandar di pagar, dalam keadaan berkarat dan sebuah daripadanya sudah tiada tayar hadapan. Saya terlintas betapa ruginya basikal tersebut tidak digunakan sedangkan khasiatnya banyak untuk kesihatan. Saya mohon isteri untuk meminta daripada muridnya. Alhamdulillah! Beliau telahpun menganggapnya sebagai besi buruk. Pagi ini, kami ke rumahnya untuk mendapatkan basikal tersebut. Oleh kerana tuan rumah tiada di rumah, maka dengan satu sms, beliau menyuruh kami untuk mengambilnya... ibarat pencuri besi buruk, kami mengangkat 2 basikal masuk ke dalam kereta dan akhirnya sampai ke kedai basikal untuk dibaiki dan insyallah akan menjadi basikal yang boleh digunakan nanti....

Thursday, November 3, 2011

peperiksaan akhir tahun

Masa kita belajar dulu ia dinamakan peperiiksaan akhir tahun... Yang paling dingati bukan peperiksaan tetapi jamuan kelas pada hari akhir persekolahan. Ia dipanggil party. Seronok kerana kami membawa pelbagai makanan. Anak guru biasanya membawa mee atau nasi goreng dari rumah. Ada rakan yang akan membeli sebotol air karbonat dan biskut kacang. Itulah kemeriahan dulu. Kini, jauh berbeza. Belum masuk dewan atau bilik peperiksaan, jawapan dah ada ditangan. SMS bertaburan dengan jawapan.
Kini, dipanggil Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS), wajib dibeli dari Persatuan Pengetua, sekali ujian menjagnkau rm10k. Soalan dan bocor, guna pakai keputusan untuk TOV 2012... Apapun tak boleh pakai. Yang patut, placement test dalam kelas sekali lagi tahun depan, gunakan untuk buat kajian tindakan.. nampak profesional kan?

Thursday, October 20, 2011

spks

18 Oktober 2011 - Kami telah menerima kunjungan sang kelembai (auditor) untuk ISo9001/2008 di mana mereka datng dengan membawa senjata ampuh iaitu instrumen audit yang melibatkan 13 jenis Pengurusan Kualiti. Sebagai SU setia dan usaha , seperti biasa aku telah mengunci semua Ketua Panitia dan Penyelaras PK yang lain untuk memastikan sasaran 4/5 akan dapat dicapai.
Soalan pertama telah mematikan langkahku.. mana organisasi kurikulum? Lantas aku macam terpinga-pinga tanpa kuingati bahawa buku pengurusan telah menceritakan segala hal berkaitan. Opss! Silap, katanya. Instrumen untuk PK 01 adalah pengurusan panitia. Panitia Kemahiran Teknikal ditagih untuk membuktikan kehebatan dan menepati instrumen ISO.. akhirnya 5/5 diberikan untuk KT. Tahniah Mr Helmi for the job done. PK 02 melibatkan Jadual waktui dan Jadual guru ganti... semuanya ada dengan siap tantatangan guru .. sekali lagi 5/5 untuk Pn Zubaidah dan Khe Phon. PK 03 , menyemak buku persediaan mengajar. Alhamdulillah mereka kagum dengan keberanian meletakkan 50 buku untuk disemak. Sekali lagi 5/5 menjadi milik kami. Yang dibanggakan adalah buku kawalan kelas yang siap dengan analisa dan hukuman mendapat pujian.
PK 04 - pencerapan, 100% guru telah dicerap membuktikan komitmen untuk mencapai sasaran. Akhirnya kami diberikan 4.5/5 atas sebab sesetangah guru yang dicerap tidak dicerap kali kedua walaupun ada kelemahan yang difokuskan. PK05 berkaitan peperiksaan dimana semua guru yang menghantar skrip dan mengambil skrip telah menandatangani buku rekod. So. 5/5 juga menjadi miliki kami.
(.. bersambung)

Sunday, October 16, 2011

Haji

Musim Haji datang lagi... Kali ini buat kali ke 1432 Hijrah. Apabila tiba musim haji, perasaan insan bercampur baur. Ada yang gembira kerana telah terpilih untuk menunaikan rukun Islam yang ke5. Ada yang bingung mengingatkan bahawa kali ini sudah beberapa tahun penuh sabar menunggu untuk mendapat giliran. Yang paling seksa adalah insan yang sering mengeluarkan balik duit yang telah disimpan untuk ke Mekah. Semoga mendapat haji mabrur untuk jemaah haji tahun ini.

Monday, October 3, 2011

Segunung harapan

Seramai 28 orang calon PMR 2011 telah bergambar di atas pentas sebagai simbolik kepada satu perjanjian kecemerlangan. Dengan berbekalkan keputusan peperiksaan percubaan, mereka berjanji untuk terus membuat peningkatan dalam peperiksaan sebenar dan menjadi sebahagian daripada sejarah kegemilangan SMK Bukit Jawa. Segunung harapan untuk mereka dan rakan-rakan yang lain bagi mendapat sebuah kejayaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Sunday, October 2, 2011

sudah puas?

Bagi guru-guru yang mengajar tingkatan 3, minggu ini adalah minggu ketenangan kerana tidak perlu kesana sini menyediakan bahan dan kelas tambahan. Minggu ini adalah minggu peperiksaan PMR. Majlis restu ilmu dan solat hajat tentunya telah dilaksanakan. Sudah 10 bulan bersusah payah pagi dan petang tentunya kita akan mengharapkan kejayaan bagi anak didik kita. Namun, bukan semua pelajar kita akan berjaya dengan cemerlang terutama jika kita berada di sekolah harian. Mereka telah lemah sejak UPSR dan tidak sanggup berusaha dengan gigih hingga peperiksaan seterusnya. Alunan dan nada suara mereka sama. Jika 6 bul;an dulu mereka tidak belajar walaupun sejam pada waktu malam, kini juga mereka tidak mampu lakukan. Ikhtiar guru juga tidak berkurangan, dari cubit bahu hingga ke ketuk kepala sentiasa mengambil giliran di dalam kelas. Sudah puaskah cikgu ? Adakah cikgu masih bersalah kerana tidak membuat kelas tambahan dari pukul 12 tgh malam hingga 7 pagi ? Ketika ini ada guru yang mengharapkan agar apa yang difahami pelajar akan keluar dalam peperiksaan nanti.. Guru BM dengan idea tema, pengajaran dan sebagainya, guru Matematik dengan idea topikal kertas2 untuk lulus, guru sejarah asyik menghitung agar soalan tingkatan 1 & 2 tidak banyak keluar dalam peperiksaan, guru BI mengharapkan agar ada alihbahasa atau dwi bahasa (walaupun mustahil).. guru PI bingung dengan silibus yang banyak...... itulah senario sekolah harian. Ada murid yang demam sejak sebulan lalu, camner nasibnya nanti... uh uhu uh. sudah puaskah cikgu ?
Mengapa tidak kita jadikan ukuran kompetensi untuk pelajar kita? Umur kronologi letak ditepi. Ambil contoh Matematik ... Kita sediakan 5 modul untuk menengah.. Modul 1 adalah asas matematik bermula +-Xdan /. Jika mereka gagal menguasai selepas setahun , itulah modul untuk mereka.. Mungkin mereka akan tinggalkan sekolah menengah dengan Matematik Modul 1 sahaja.. Mereka tidak akan jadi pakar matematik... Masukkan dalam sijil Modul yang mereka kuasai supaya mereka seronok ke sekolah. Syarat untuk melanjutkan pelajaran adalah berdasarkan modul yang dikuasai.. Bahasa Inggeris dengan modul 1 mungkin bermakna mereka hanya boleh membaca sahaja. Akhirnya mereka akan keluar sekolah selepas 5 tahun dengan rasa kepuasan mendapat 7 atau 8A walaupuin berlainan modul.. Apa salahnya mencuba?

Friday, September 16, 2011

jANGGALNYA AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Malam tadi kali pertama mendengar ucapan sempena Hari Malaysia yang di sambut kali pertama oleh Kerajaan dan kali kedua oleh Pakatan Rakyat. Setelah PM membuat pengumuman tentang pemansuhan ISA, akta buang negeri dan pelbagai akta yang lain, lalu aku teringin untuk membuat komen namun hampa. Rupanya aku hanya tahu begitu sedikit tentang akta akta tersebut dan tidak cukup untuk dibuat sebarang komen. Aku teringat kata seorang ustaz yang belajar di Indonesia. Pensyarah beliau bertanya tentang jarak antara makam Ibrahim dan Kaabah dan apabila beliau tidak dapat menjawabnya, maka kata pensyarah tersebut, alangkah lekenhya umat silam hari ini tidak teliti dalam hal agama.
Berbalik pula kepada kisah akta-akta ini, jika kita tidak mencari maka kita tidak akan mengetahui, maka Iqra' sebagai ayat pertama turunnya Alquran adalah lambang pentingnya membaca dalam kalangan umat islam. Ayuh ! Mari kita membaca

Tuesday, September 6, 2011

Bicara ilmu

sebuah sekolah kebangsaan meletakkan kata-kata berikut di sebuah dindingnya, " Menuntut ilmu ketika muda ibarat melakar di batu, menuntut ilmu ketika dewasa ibarat melukis di air" Terkedu memikirkan apakah ilmu yang kita lakarkan di batu semasa kecil membawa kepada dewasa kini. Bermula dengan tadika dan seterusnya sekolah rendah hingga akhirnya di sekolah menengah kita melakar di batu namun sedikit sahaja yang membawa manfaat kepada orang lain. Kita belajar subjek akademik demi mengejar cita-cita. Dengan kerjaya yang baik kita membina kehidupan namun sedikit sahaja dikongsi dengan orang lain. Kita mempunyai wang yang lebih, dihabiskannya untuk hobi yang sedikitpun tidak memberikan manfaat kepada orang lain. Kita memandu kereta seorang diri, tidak terlintas pun di hati untuk menumpangkan orang lain. Alangkah kerdilnya kita dengan ilmu yang ada dalam diri kita.
Apabila dewasa, kita mula mencari ilmu tapi berbeza. Kita terbongkok-bongkok belajar tapi kita tidak mampu mengubah kehidupan orang di bawah jagaan kita. Kita sudah memilih ilmu ukhrawi berbanding duniawi tapi sekadar pengetahuan semata-mata. Kemana ilmu itu, rupanya ia sudah dibawa arus air kerana kita melukis di air. Mana lakaran ilmu di batu yang kita buat semasa kecil ? Ia masih ada cuma ia umpama grafiti yang nampak cantik tapi tidak memberi manfaat kepada orang lain. Bagaimana ilmu yang memberi manfaat ? Ilmu dan amal, Sampaikan walaupun sebaris ayat. Insyaallah !

Monday, August 29, 2011

SAPS - SIAP AKHIR PUASA SIOT!!!!!!!

Sistem Analisa Peperiksaan yang diarahkan kepada guru untuk dimasukkan akan berakhir pada 2 september iaitu di bulan Syawal. Ramai yang mengeluh dengan sistem yang tidak mesra pengguna ( bukan mcm Nokia)....  Bila dicuba untuk key-in maka ada saja masalah yang menghalang untuk guru bekerja dengan hati gembira terutama kepada kementeriannya sendiri.  Akhirnya ketika rakan-rakan guru sedang dalam perjalanan balik kampung, maka dapatlah membereskan kerja ini...'

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA , MAAF ZAHIR BATIN




Monday, August 22, 2011

work hard atau work smart?

Salam Ramadhan,
Sebaik berbuka puasa nanti, maka umat islam di Malaysia telah menghabiskan 22 hari berpuasa dalam keadaan yang aman dan selesa. Apabila ingin menikmati sedikit juadah untuk berbuka maka kita akan mendapati bazaar ramadhan yang disediakan. Apabila ingin berterawih pada malamnya maka kita juga mendapati masjid, surau, bangunan dan dimana sahaja akan ada orang yaqng rukuk dan sujud walaupun ahlinya berkuirangan berkadar langsung dengan kurangnya hari yang tinggal. Saya tertarik dengan perbincangan beberapa rakan tentang kepentingan amalan dalam beragama. Jika sebeluim ramadhan masjid dipenuhi dengan aktiviti kuliah dan ceramah ilmu maka kita juga mendapati bahawa semua itu telah bertukar dengan perkara sunat sedangkan seribu kali sunat belum tentu menyamai satu perkara yang wajib. Perkara ini boleh diperbetulkan dan sudah dilaksanakan oleh sesetengah masjid dengan mengadakan majlis ilmu sebelum sunat terawih dilakukan. Utamakan apa yang utama adalah sangat penting. Malam ini adalah malam ke 23 atau malam ganjil dan tentunya amal ibadat yang dijalankan akan menjadi lebih baik dari seribu bulan jika berkebetulan. Jika kita melakukan perkara yang wajib tentunya lebih besar pahalanya daripada perkara yang sunat. Apa yang perlu kita lakukan pada malam ini, work hard atau work smart? 

Sunday, August 7, 2011

Apabila Menteri Pelajaran tidak ada jawapan...

Saya mengamati beberapa kali tulisan di dalam berita akhbar (mingguan malaysia dan NST) tentang ucapan MP di sebuah sekoah di Moakil Labis di dalam daerah Segamat. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai jawapan kepada kelemahan pelajar berbahasa Inggeris dan menyerahkan kepada KPPM untuk membuat kajian dan mengambil langkah yang pro aktif. Akhirnya diserahakan pula kepada unit Bahasa Inggeris di Bahagian Kurikulum yang memang kerjanya memikirkan kurikulum BI untuk meneruskan kerisauan menteri. saya ada beberapa perkara untuk dibincangkan dalam hal ini :-
  1. Senario di Sekolah Berasrama Penuh akhir 80-an, menunjukkan ramai calon SPM yang mendapar 6-10 agriget namun gagal untuk lulus subjek Bahasa Inggeris
  2. pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak dapat menyambung pelajaran mereka kerana tidak mendapat 550 markah dalam peperiksaan TOEFL 
  3. Pelajar yang berada di sekolah sekarang tidak menguasai sebahagian besar kemahiran berbahasa apatah lagi untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris
  4. guru yang baik dan bagus serta opsyen BI mengajar subjek moral kerana lebihan guru di sekolah tersebut sedangkan ada sekolah yang tidak mempunyai cukup guru BI
Itu adalah beberapa contoh yang dilihat, dikaji dan didengar sebelum cadangan dapat diberikan walaupun tanpa kajian yang menyeluruh untuk dibuat generalisasi

  1. Bahasa adalah ilmu yang perlu digunakan untuk mencapai tahap kemahiran yang optima.... Jika tujuannya untuk berkomunikasi maka langkah KPM sekarang adalah jauh panggang dari api untuk mencapai tujuannya, Ini adalah kerana masa 200 minit seminggu hanyalah melibatkan peratus yang rendah komunikasi sebaliknya kemahiran mendengar (guru yang syok sendiri) dan soalan peperiksaan yang tidak membantu komunikasi secara vokal.
  2. Pentaksiran Lisan dan Ujian Lisan berasaskan sekolah langsung tidak menjadi medium untuk meningkatkan penguasaan berbahasa bagi pelajar, terutama sebahagian besar pelajar di pedalaman dan pantai timur semenanjung. Tiada markah untuk keputusan peperiksaan PMR dan SPM pun. 
  3. Murid yang bijak dalam pelajaran belum tentu mahir dalam BI yang diajar dengan sistem yang ada sekarang namun cepat mahir apabila merantau dan bekerja di negara asing seperti US, Britain dan Australia.
Apa yang boleh dicadangkan ialah
  1. Merombak balik sukatan subjek Bahasa Inggeris di sekolah....... memperkenalkan komponen sastera bukan langkah bijak. Lagi nganga dan lagi bisu mereka di dalam kelas
  2. apa salahnya perkenalkan bahasa inggeris mudah (simple english) dan Bahasa Inggeris tinggi (advanced) serta bahasa Inggeris komunikasi ... 3 subjek inggeris menjadi opsyen supaya di sekolah pelajar akan memilih subjek BI yang sesuai tanpa mengikut umur kronologi. Kita bukan ingin melahirkan novelis, sasterawan. Kita hanya mahu mereka mampu berbahasa untuk meningkatkan nilai diri.  Jika pelajar itu lulus setakat simple english maknanya mereka boleh berbahasa secara minima namun cukup untuk daily conversation. Sukatannya amat mudah namun berguna. Pentaksiran adalah melalui group communication dan soalan adalah bagaimana menyoal dan menjawab dalam situasi harian yang mudah. Tidak perlu belajar comprehension yang tidak perlu dugunakan dalam komunikasi seharian. Mereka boleh baca dalam bahasa melayu bahasa ibunda mereka
  3. Insyallah kita akan lihat perubahan mereka nanti..........

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1432 HIJRAH

Salam Ramadhan,
Malam ini umat islam mula melangkah ke ambang Ramadhan iaitu bulan beribadat kepada Allah yang menjanjikan balasan yang indah kepada hambanya yang sanggup berlapar dan dahaga sepanjang siang hari semata-mata patuh kepada perintahnya. Allah berfirman di dalam Alquran tentang kewajipan berpuasa dan umat islam menerima kehendak Allah tanpa memikirkan bahawa di sekeliling mereka ada orang bukan islam yang ingin makan di restoran mereka, atau mengambil hati orang bukan islam yang mengajak minum pagi, malah mereka sebaliknya menghormati orang islam yang berpuasa dengan turut meninggalkan makan minum di tempat kerja. Itulah hikmatnya apabila patuh kepada perintah Allah. Pada masa yang sama, Allah juga memerintahkan umat islam untuk menjalankan qisas namun pelbagai alasan digunakan oleh orang islam yang sama. Kenapa ?

Tuesday, July 26, 2011

PAk - Pembelajaran Akses Kendiri

Masuk ke kelas dengan membawa sekeping kertas untuk setiap kumpulan. Mereka masuk ke dlama kumpulan masing-masing dengan satu netbook 1 Malaysia di atas meja. Satu buku koleksi komponen sastera untuk rujukan. Mereka membaca soalan yang diberikan di dalam kertas. Memulakan microsoft power point sambil beberapa ahli membencangkan kemungkinan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Di padang, yang boleh dilihat daripada kelas, ada ramai pelajar sedang mengambil bahagian dalam acara roket air minggu sains matematik namun mereka tidak teruja kerana di hadapan mereka adalah satu suasana yang begitu memberikan impak sejak bergelar pelajar sekolah menengah. Netbook yang diterima dapat digunakan di dalam kelas waktu P&P. Tentunya amat menggembirakan mereka kerana teknologi sudah diaplikasikan di dalam kelas mereka sendiri. Setelah siap , mereka mula menyemak dan membuat penambahan dan penambahbaikan terhadap powerpoint tersebut. Cukup masanya, mereka membuka email dan menghantarnya kepada guru yang sedang tersenyum puas kerana dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang dingininya dan juga pelajar2 nya.

Sunday, July 17, 2011

Takziah Allahyarhamah Dr Lo' Lo'

Jika anda pernah makan di Kg Baru tentunya akan terlihat pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, yang baru meninggal dunia. Beliau adalah diantara watak penting kebangkitan Muslimah dalam persada politik Islam dan seterusnya menjadi wakil rakyat PAS utnuk Parlimen Titiwangsa. Ramai yang tertanya-tanya mengapa kelibat beliau tidak kelihatan sejak kebelakangan ini. Maka malam ini terjawab lah segala persoalan itu. Semoga ruhnya akan ditempat bersama-sama dengan ruh mereka yang syahid di jalanNya. Amin! Kita yang masih ada harus meneruskan perjuangan yang dilakarkan bersama dengan Allahyarhamah.

Saturday, July 16, 2011

PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT

2 malam di hujung minggu menyaksikan beberapa pemimpin PR telah turun padang dan bertemu dengan rakyat dalam ceramah yang diadakan di sekitar sempadan kelantan-terengganu. Baik DSAI, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, YB Azan Indera Mahkota dan juga beberapa wakil rakyat tempatan telah menggunakan pentas demokrasi untuk memenangi hati bakal pengundi. Masing-masing dengan cara dan gaya tersendiri dalam memberikan hujah. Tentunya pendengar adalah secara purata adalah 90 % penyokong mereka dan 10 % lagi adalah samada pihak polis, penyokong parti lawan dan sebagainya. Budaya demokrasi yang subur akan membantu membangunkan negara. Cara yang sama juga wajar digunakan oleh BN kerana mereka adalah parti politik yang bukan mutlah pemerintahan mereka di bumi Malaysia ini. Biar lah rakyat kemudiannya membuat pilihan masing-masing.

English In Camp

Saturday is a working day ? I have to be in school as early as 8 o'clock. We have planned to organise the camp for the form 5 students. The students were invited to join the camp. After 9 o'clock, finally we were able to start. They came late to school. We, the teachers were gathered at school by 8.00. I don't know who need this? The students or the teachers. This is the problem in this education system. We are not able to attract them. During the camp, we asked them to act out the play from the literature component. They ran away because our system is exam-oriented. They never used to learn that way except during the camp.

Sunday, July 10, 2011

Salam Ahad

Hari ini ramai yang bercerita tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung di Kota raya Kuala Lumpur. Dari Shah Alam kami cuba untuk masuk supaya dapat menyaksikan pertembungan 2 pihak yang kontra , dan tentunya bukan antara KL gangster dan Kongsi tetapi antara 62 NgOs dan Patriot. Sayangnya Perkasa sudah tidak perkasa lagi. Perjalanan sukar menyebabkan impian untuk bersama menjadi penonton tidak kesampaian. Namun begitu, laporan tentang pergerakan himpunan sentiasa diperolehi melalui twitter dan blog. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan info terkini.
Tiada siapa yang sukakan suasana kecoh namun apa yang perlu adalah keikhlasan semua pihak dalam merealisasikan kemajuan negara secara tersusun dan adil. Bukan semua orang mahu jadi pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang kepimpinannya.  Tugas pemimpin yang utama ialah membawa pengikutnya ke arah keredhaan Allah dan memimpin mereka bersama-sama ke syurga yang kekal abadi. Jika tidak, pemimpin juga akan diseret ke neraka bersama-sama pengikuit masing-masing.
Tentang kisah semalam, adakah setiap pemimpin samada yang menganjurkan atau yang bertahan menjalankan tugas kepimpinan untuk keredhaan Allah ? Jika benar maka setiap gerak kerja mereka adalah nikmat yang besar suatu hari nanti.
Yang kita inginkan adalah negara akan terus diredhai dan menghasilkan lebih ramai ulama' yang akan memainkan peranan menjadikan kita lebih beriman kerana hanya yang beriman akan beruntung di akhirat nanti.

Wednesday, July 6, 2011

Kelantan - Juara Liga Super 2011

Menjadi peminat bola sepak kelantan sejak tahun 1970-an, sejak zaman hamid ramly, kamaruddin mohd nor, disambung dengan anizan daud dan wan azila yang merancang untuk penyudahan hashim mustapha. Itulah rentetan sokongan untuk skuad kijang sehingga akhirnya aku merajuk untuk ke stadium kerana tidak tahan dengan sikap tidak berdisiplin sesetengah peminat. Hari ini Kelantan melakar sejarah dan hashim juga menjadi sebahagian daripada skuad yang melakar sejarah itu. TAHNIAH untuk Kelantan. 

Friday, July 1, 2011

JKKK vs JKKP

Usop merenung langit malam menjelang hari Sabtu 2 Julai 2011. Entah mengapa perasaan beliau kuran tenteram. Cuaca dingin di tengah malam tidak menjadi irama malah bagaikan gelora yang melanda di musim tengkujuh. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. "Patutkan aku pergi?" dia bermonolog. " Ayah kena pergi!" Tegas nada anaknya menyuruh beliau untuk hadir ke majlis tersebut. Teringat beliau akan luahan anak manjanya yang tidak mendapat netbook yang diberikan kepada sebahagian pelajar baru-baru ini. "Ayah, inilah peluang saya kerana cikgu dah cadangakan nama saya", kata anaknya. Usop tahu bahawa inilah peluang untuk anaknya merasakan kehebatan teknologi masa kini. Bukannya satu kesalahan untuk anaknya menikmati ehsan yang diberikan. Lagipun, denagn adanya netbook, tentu saja beliau akan cepat mendapat maklumat tentang Bersih 2.0. Tidak payah ke kedai kopi untuk mendengar berita daripada rakan taulan. Cuma satu yang bermain di fikiran Usop. " Siapa akan tandatangan pengesahan  borang permohonan nanti?'.

BERSIH 2.0

Perkara ini menjawab sebahagian daripada persoalan mengapa perlunya BERSIH 2.0

http://milosuam.blogspot.com/2011/07/rumah-kecil-dengan-88-orang-pengundi.html




Sunday, June 12, 2011

Bisik-bisik ubi,berisi

Setiap petang sejak 6 bulan, saya adalah diantara individu yang sentiasa berada di sebuah institusi pendidikan bermula pukul 4 hingga 7 petang. Motorsikal keluar masuk pintu pagar baik lelaki mahupun perempuan. Saya mempunyai tugas tersendiri yang perlu dilakukan dengan pelajar saya. Saya hanya mampu melihat dengan ekor mata sahaja kerana kawasannya agak luas dan terlindung di sana-sini. Setelah 6 bulan, terdengar bisik-bisik mengatakan ada 2 bakal ibu di sini sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Bila projek dimulakan tiada siapa yang tahu namun tentunya pada tahun ini. Menyambung cerita penyubur maksiat... jika mereka tidak ke sini maka mereka tidak mengenal lelaki itu yang menghasilkan isi. Jika mereka kekal di rumah, ibu bapa mereka ada untuk melihat kerja buat mereka. Saya cuba merenung kembali, cukupkab 2 pengawal keselamatan untuk meronda keseluruhan kawasan ? Kalau mereka lakukan tentunya peratus kemungkaran akan berkurangan 20-30% namun tidak nampak batang hidung mereka. Patutkan mereka diharamkan ke institusi mereka pada waktu petang ? Disitulah bermulanya episod asrama mereka. Bertemu mesra di institusi dan menanam ubi melalui jarum syaitan yang dicucuk ke cuping telinga.
Di sebuah institusi lain, mereka belajar namun tidak bersama-sama. Dalam kelas berlainan, memakai tudung yang labuh dan tiada aktiviti tanpa pengawasan. Alhamdulillah! Berjaya tanpa ada ubi.

Saturday, June 11, 2011

Sekolah sebagai penyubur maksiat

Saya mendengar satu ceramah di Radio ; manusia dijadikan untuk hari akhirat. Bahagian di dunia hanyalah mencari bekalan untuk ke akhirat. Berdegup jantung apabila mendengarnya. Apakah yang sedang aku lakukan di dunia ini adalah sebagai dikatakan mencari bekal ke akhirat ataupun perkara yang sia-sia. Sebelum itu, ada seorang tok guru dalam ceramahnya menyatakan bahawa kita orang islam akan memastikan anak-anak mencari keuntungan dunia seperti menghantar ke sekolah untuk belajar ilmu keduniaan  tetapi apabila mereka gagal barulah menukarkan anak-anak ke sekolah agama atau pondok. Semua ini membuat aku semakin keliru. Mennjadi guru di sekolah adalah untuk memberikan kehidupan dunia sahaja jika dilhat dari sudut yang umum. Apa buktinya, subjek yang diajar bermotifkan lulus peperiksaan semata-mata, jika dikaitkan dengan agama, bukan satu kewajipan untuk guru. Maka, adakah aku sedang menyuburkan maksiat di sekolah?

Wednesday, May 18, 2011

Berita dari kantin

Saya menunggu hingga ke saat ini sebelum menulis mengenai pengumuman di hari guru 16 Mei 2011. Kenapa? Saya ingin mendengar apa yang akan diperkatakan oleh guru-guru. Tempat yang paling sesuai adalah di kantin.Tiada pentadbir yang duduk di meja. Suara kedengaran adalah mengenai guru pendeta dan guru wibawa. Memang sah mereka sedang mengelaurkan pandangan masing-masing. Ada yang mengaitkan pendeta dengan kisah dongeng india dan kaki bertapa. Apa maknanya? Guru yang banyak bertapa sahaja yang layak . Itu cuma gurauan. Guru wibawa .. masing-masing cuba untuk membuat satu kesimpulan... kemana guru akademik dg52 dan dg48.. memang sahlah mereka inilah guru pendeta dan wibawa.. kata salah seorang drp mereka. Ini semua untuk pentadbir. tiada bahagian untuk kita, kata yang lain pula.
Muncul seorang lagi ... mari pakai buku jingga pakatan rakyat.... seorang dapat rm500 sebulan. Setahun dah rm6000. Laki bini dapat 12000 , didarab lima tahun kalau PR kalah dalam PRU 14.. kita dah dapat 60 ribu.



Saturday, May 7, 2011

Guru di bulan Mei

Apa yang anda telah lakukan untuk profesion anda dalam suku pertama tahun 2011 ? Mari kita muhasabah diri kita semua para pendidik di negara ini. Januari adalah merupakan bulan untuk kita menentukan matlamat diri dalam organisasi. Ia bermula apabila kita menghadiri mesyuarat kali pertama di mana pada masa ini ramai yang menghitung rakan yang pergi atau masuk ke sekolah samada bertukar atau ditukarkan. Ini tidak salah! Kita sebenarnya melihat regu-regu yang baru untuk memulakan tugas ataupun menarik nafas lega kerana mereka telah tiada dalam organisasi kita. Ucapan pengetua pada hati itu adalah saat ditunggu oleh guru-guru. Lontaran idea yang dikumpul dalam masa 1 bulan ketika guru-guru sedang bercuti akan menentukan gerak kerja yang akan dilakukan nanti. Jika pengetua sebagai pemandu tidak mampu membawa satu cetusan dan percikan maka bahanapi yang terkumpul dalam diri guru tidak akan membakar dan menjejaskan prestasi diri dan juga organisasi yang dipikul bersama. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei dan kita juga telah maklum bahawa kajian separuh tahun yang akan dijalankan nanti memerlukan kesedaran dalam diri samada kita telah berada di landasan yang betul.
Bagaimana menentukannya ? Lihat lah di mana kita bermula pada Januari lalu. Jika Head count memerlukan TOV (Take off value) maka setiap kerja kita juga ditentukan dengan TOV supaya hala tuju kita adalah jelas. Jika kita menjadi guru kelas, tentunya sasaran kutipan yuran sudah hampir 60% dan begitu juga dengan kehadiran mereka ke sekolah. Semua ini memerlukan satu inisiatif daripada setiap insan bergelar guru di sekolah.

Saturday, April 23, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Aktiviti peringkat sekolah yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar sekolah ini. Mereka datang setiap hari seawal  jam 4 ptg utk berlatih untuk keseragaman. Kadang-kadang membawa hingga ke malam. Seronok melihat cara mereka berusaha namun agak pincang dalam urusan membahagikan masa. Jika mereka sanggup berlatih dan berlatih kerana minat yang mendalam maka kita mendapati mereka belum berminat dengan akademik. Kenapa begitu? Guru membebel murid melopong bukan suasana realistik dalam abad ini. Penceramah di masjid pun menggunakan power point dan projector maka terlalu nampak ketinggalan dengan 'chalk and talk'.

Friday, April 22, 2011

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnew

Monday, April 18, 2011

Jurulatih lompat tinggi

Kali pertama menjadi jurulatih lompat tinggi. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam menentukan atlit yang dapat menjadi elit untuk acara ini. Pertamanya adalah tubuh atlit itu yang paling utama. ...berambung

Saturday, April 2, 2011

3 Kejohanan

Tahun ini menjadi tahun yang agak sibuk. Bermula dengan persiapan pasukan bola tampar sekolah pada awal tahun, seterusnya menyediakan atlit olahraga dan akhirnya pasukan bola baling lelaki dan perempuan. Semua telah berlalu, rupanya belum berakhir. Hujung minggu, masuk kem olahraga untuk MSSK, bermula besok , latihan pasukan bola tampar untuk kejohanan negeri pada khamis ini, dan disambung dengan olahraga, sehingga khamis depan. Balik dari MSSK , latihan bola baling untuk peringkat negeri akan bermula hingga 4 mei. Belum selesai lagi.............

Friday, April 1, 2011

TAHNIAH UNTUK PASUKAN BOLA BALING U18 L

Kali pertama menjadi juara mssd dalam permainan bola baling memuaskan hati semua. Tahniah untuk pemain yang bersemangat walaupun kurang berpengalaman dalam permainan. Yang penting adalah mendengar arahan jurulatih.

Monday, March 28, 2011

Baiah Baru (New Deals)

Tergamam seketika apabila Pengetua membawa berita bahawa terdapat cadangan yang memungkinkan kami mendapat peluang untuk new deals ini. Yang terbayang di mata adalah segerombolan nazir akan datang melihat fail-fail dan senario sekolah secara keseluruhan. Kami memang mencapai kejayaan yang agak baik dlm 3 peperiksaan awam tahun 2010, maka sewajarnya bersedia untuk mendapatnya. Di sekolah rendah, GB mendapat 7800 rm , 5% guru mendapat 1800 dan 95% mendapat 900 gitulah dengarnya.

Sudah bersediakah kami ?????