Wednesday, April 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI DI SMK TELUPID PART 1



Kami bertiga bergerak daripada pejabat pada pukul 1 petang. Saya menaiki kereta bersama Dr Ghani manakala Norman lebih awal memulakan perjalanan daripada rumahnya di kawasan Hospital Likas. Kami singgah di Berungis, Tuaran untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran cina muslim di belakang Tang Dynasty Hotel, Tuaran.
Pukul 3 petang baru kami bergerak ke Telupid kerana terpaksa menunggu seorang lagi rakan yang akan ke Kota Marudu. Alhamdulillan perjalanan lancar dan kami menggunakan masa di dalam kereta untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Kira-kira pukul 4.30 petang kami terpaksa singgah di Ranau untuk melepaskan hajat. Jalan yang berbengkang bengkok dan dikongsi dengan lori dan bas agak melambatkan pergerakan. Apabila tiba di satu kampong, secara tiba-tiba sebuah lori kecil di depan melanggar anjing yang melintas jalan. Lalu anjing tersebut menggelepar dan dilanggar pula oleh sebuah motorsikal.  Yang paling tidak disangkakan, ada seekor lagi anjing sekonyong-konyongnya melintas jalan kea rah kawannya. Kami tidak sempat mengelak dan anjing tersebut terperosok ke bawah kereta. Nasibnya baik kerana masih terselamat.
Hari hampir gelap dan waktu maghrib adalah lebih kurang pukul 6.25 petang. Kami sampai di pekan Telupid setelah suasana gelap. Apabila turun dari kereta, ia bagaikan pekan Belaga, Sarawak. Kami terus check in di  Queen Alice Inn.
Setelah itu, kami bertiga menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Telupid. Nasi goreng sepinggan sangatlah banyak sehingga tidak dapat dihabiskan.

1 comment:

AMANDA AZURA said...

Dah start menu is balik...