Monday, June 29, 2009

IPS International Nite 2009

Jemputan ke International Nite anjuran IPS UM telah dipenuhi oleh kami sebagai wakil pelajar IPK. Naib Canselor, Datuk Dr Gauth Jasmon telah dijemput untuk merasmikan penutup bulan Institut Pengajian Siswazah. Suasana meriah dengan pelajar pelbagai negara mengadakan persembahan. Chinese food menjadi santapan tetamu dengan juadah istimewa. Ramai juga pelajar yang turut hadir telah ku kenali dan temui semasa food and culture fest pada awal bulan lalu. Tahniah IPS yang mensasarkan 15,000 pelajar post-graduate dua tahun mendatang. Ucapan VC juga tidak kurang menarik dengan tawaran RM untuk pelajar yang boleh menghabiskan PhD dalam masa 3 tahun. Ayuh! Sahut cabaran.
Belon seakan sinonim dengan aktiviti IPS

Tidak disangka-sangka, Shiela (rakan PJ ptimis UPM) juga menjadi sebahagian daripada tetamu pada malam tadi. Rupanya sedang menyambung pengajian di Pusat Sukan semester 5. Tahniah Shiela. Anda hebat dan semoga UPSI akan terus meningkat nanti. Lahirkanlah graduan Sains Sukan yang boleh memberikan kefahaman kepada murid-murid di sekolah. Mimi (foto) anak kedua Shiela.
Selamat datang kepada Prof Sharil Marzuki dan isteri, Pengarah IPK yang baru menggantikan Bonda Prof Datin Rahimah. Semoga IPK akan terus berada di persada sebagai peneraju kepada proses melahirkan kepemimpinan sekolah yang tersohor.



Wakil-wakil IPK yang hadir ke International Nite termasuk Dr Silesh bersama isteri. Noorhayati Abdul Wahab turut ditemani anakanda lelaki.

2 comments:

Jubah hitam said...

Hati2 dengan selsema babi apabila melibatkan ramai peserta luar negara

Naser & Yati said...

Nampak macam dah suust sikit...??