Wednesday, June 17, 2009

Panduan pertukaran guru

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu.

Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran:

Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan


Keperluan perkhidmatan

Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon.

Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon.

Asas Pertimbangan lain:

a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen.

b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis).

Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

Ugutan atau ancaman cedera ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

c. Kes kesihatan kronik (mesti mempunyai laporan kesihatan yang disahkan oleh doktor pakar kerajaan).

Kes kesihatan kronik diri

Kes kesihatan kronik keluarga (suami/isteri/ anak)

d. Ikut suami/isteri

Kenaikan pangkat suami/isteri

Arahan bertukar suami/isteri

Keadaan biasa (suami/isteri berada di negeri yang dipohon)

Permohonan bersama hanya dipertimbangkan untuk pertukaran bulan Januari

e. Memenuhi tempoh perkhidmatan

Tempoh kelayakan bagi permohonan pertukaran ialah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di negeri terakhir.

Bagaimanapun, kelulusan permohonan itu adalah tertakluk kepada keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.

Guru dilarang menggunakan pengaruh luar untuk mendapatkan kelulusan pertukaran dan ia selari dengan Perintah-Perintah Am Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Awam.

EMILY CLARICE JOANNES,
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran.


rasa-rasa ada tak orang yang dah kena hukuman sebab guna pengaruh politik untuk bertukar sebab kebanyakan yang dapat balik ada jer hubungan sepupu sepapat dengan pegawai

3 comments:

Jubah hitam said...

kalau dapat sms ugutan bunuh, boleh tukar 24jam ko?

Pakwar said...

nak tukar mana lagi kalau dah ngajar di sheikh malik

Yati Wahab said...

Sama la mace kawe mula2 nak posting dulu minta balik kelate...masa tu tgh tunggu hari nak bersalin...suami dok KL kita kena Perak...payah tak dok kabel..

jadi ambik keputusan bersalin dulu tangguh posting...saya rugi perkhidmatan selama empat bulan berbanding rakan lain...

nok wat guano...kita kecik..suara tak didengari..