Friday, June 26, 2009

Sekadar berkongsi...

Disinilah saya mendapat pendidikan formal ketika di sekolah rendah. Pada mulanya kami menumpang di sebuah sekolah lain. Apabila di darjah 4, kami telah berpindah ke sini. Pada masa itu, sekolah kami kiranya berada di tempat kedua di dalam daerah dari segi pencapaian akademik. Bagaimanapun, setiap kali pertandingan yang diadakan, biasanya wakil sekolah kami akan menjadi juara di peringkat zon. Itulah kenangan. Di antara guru-guru yang lama di sini termasuklah cikgu Daud, cikgu Mereyam dan cikgu Wan Esah yang menjadi tenaga penggerak kepada kejayaan sekolah. Semoga mereka semua sihat walafiat.
Pada masa itu, inilah satu-satu bangunan 2 tingkat yang menempatkan murid-murid darjah 4-6. Di tapak perhimpunan itulah kami berlatih badminton bermula jam 7 pagi hingga loceng masuk kelas berbunyi. Hebat sungguh semangat cikgu Daud yang pastinya berada di gelanggang untuk melatih kami sehingga kami berjaya menjadi juara bergu (bersama Kamarulzaman) MSSK pada tahun 1982. Setiap hari itulah yang kami lakukan. Disini jugalah, kami berlatih hoki sehingga menjadi juara MSSK di bawah Sir Rodzli yang kini menjadi pensyarah IPGM Tuanku Bainon. Gelanggang ini jugalah aku belajar melipat bola takraw. Pendek kata, ia menjadi sumber kepada siapa aku kini. Menempah nama sebagai ketua pengawas dan mendapat 5A dalam peperiksaan semuanya dirasai disini. Namun, apabila kembali ke daerah ini, dan terlibat dalam kepengadilan sukan. Rasa kesihan melihat mereka menyertai pertandingan tanpa latihan yang sistematik. Kalah 17-0 dalam perlawanan bola baling peringkat daerah bagi saya amat memalukan. Sebagai alumni, terasa bahang panas mentari dengan kekalahan walaupun aku bukan sebahagian daripada pasukan. Yang jelas, mereka tidak tahu peraturan walaupun mewakili zon. Ini mungkin akibat tumpuan yang berlebihan kepada akademik peperiksaan. Apapun, ada 3 anak sedara yang belajar di situ yang tentunya aku harapkan agar mereka diberikan pendedahan yang sewajarnya.

2010 sudah hampir dan sepatutnya sekolah ini telah menjadi juara di dalam daerah dalam pelbagai aktiviti sebelum menamatkan keterbilangan dengan melahirkan murid-murid yang bersedia untuk menjadi remaja. Selamat berjaya SK Kamil 2 dengan misi dan visi yang tercatat itu.

1 comment:

cikguparizan said...

sejarah pendidikan awal demo telah memperlihatkan kecemerlangan yang bakal dema perolehi dalam dekad akan dtg