Wednesday, June 10, 2009

Masa terus berlalu.................

Semakin hari semakin tiba masanya untuk menghantar soft cover projek penyelidikan bagi menghabiskan dua tahun penggunaan wang rakyat. Terasa berat memikirkan amanah ini kerana 3 Julai sudah semakin hampir. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan. Bagaimanapun masa tu tetap tiba dan lebih baik memikirkan 1 cara menghadapinya daripada memikirkan 100 dalih yang akan menampakkan kelemahan diri.

Persiapan awal sebelum berjumpa dengan penyelia untuk bab 4 dan bab 5 yang perlu disiapkan dan diserahkan pada 22 Jun nanti yang kebetulannya merupakan tarikh lahirku.
Setiap kali perbincangan sudah tentu melibatkan perubahan di sana sini menunjukkan tiada siapa yang sempurna, 'even the best can be improved' motto KTDI UPM sangat penting di jiwai oleh setiap pemimpin supaya kita dapat merancang dengan lebih cekap dan berkesan.

Sempat juga ke Peraku Seberang di Senaling untuk menziarahi keluarga serta menikmati masak lomak cili api dan ikan sembilang, podeh podoreh tolan juo. Terima kasih tuan rumah.

2 comments:

azura said...

Sodap ko makan masok lomak cili api. Poie nogori tak ajak pun. Esei kepingin makan gulai daging salai.Emm sedapnya. Yang lain-lain tu good luck lah ye. Memang lah adat orang ngaji.Bak kata Zig Zigler "where you start is not as important as where you finish"

Nana Tanjung said...

'Mana setanggi' dah mula main kat IB, kalau tak ada aral minggu depan boleh cuba-cuba tengok.