Saturday, February 7, 2009

Enam sebab mengapa Pakatan Rakyat di Perak perlu bertahan.

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5.Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

di petik daripada


http://haninasution.blogspot.com/2009/02/enam-sebab-mengapa-kita-perlu-bertahan.html

Thursday, February 5, 2009

Beza 5 Feb dan 16 Sep

Jika hari ini bertukarnya Kerajaan Negeri Perak dari PR ke BN maka mereka akan terus memerintah sehingga DUN dibubarkan untuk PRU13 nanti. Lalu Najib menyatakan bahawa Anwar yang memulakan terlebih dahulu gendang 16 Sep.

Saya mendengar kedua-dua belah pihak dan apa yang berbeza ialah jika Kerajaan bertukar pada 16 Sep maka Pilihan Raya akan diadakan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka kerana ketelusan akan dijamin sepanjang proses PRU berjalan.

Maka, tentunya berbeza jika pertukaran 5 Feb ini tidak meletakkan rakyat negeri Perak peluang untuk menentukan samada mereka masih sukakan PR ataupun bosan dengan pemberian tanah kepada kg baru dan kg tersusun, pemilihan ketua kampung dan ketelusan dalam pentadbiran.

Wednesday, February 4, 2009

cerita di perak

Aku faham ramai yang dahagakan maklumat terkini tentang perkembangan sebenar politik Perak. So setakat ni begini ceritanya. Maklumat ini mungkin tak 100% tepat tapi bolehlah dianggap benar. Buat masa ini tak ada siapa yang dapat memberikan maklumat bertaraf 'pasti'.

Pakatan Rakyat dah sebulat suara berkeputusan BUBARkan DUN. MB dah buat PC yang dah keluar kat TV petang tadi. MB dah menghadap Sultan. Sultan tak kata YA dan tak kata TIDAK. Ada hal yang Tuanku nak siasat dan selesaikan dulu sebelum boleh diberikan perkenan. Sumber yang sah mengatakan BESOK Tuanku akan putuskan sama ada beri perkenan atau tidak. Full Stop!

5.06 petang tadi Najib buat PC memaklumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan baru Perak. Nasarudin Bota masuk UMNO balik. Jamaludin dan Osman pun sokong BN bentuk kerajaan. Hee Yit Foong Jelapang juga beri sokongan. Empat ADUN tu ada sama dalam PC yang Najib buat seperti yang kita tengok kat TV. Tapi yang kita tengok tu bukan siaran langsung. Hanya rakaman. Entah pukul berapa rakaman tu dibuat, tak taulah.

Nasarudin Bota diculik oleh Hamdi (Pengkalan Bharu) dan Pakeh Adam (Lintang) kononnya Raja Nazrin panggil menghadap. Dua koboi tua tu terus bawa Nasarudin jumpa Najib. Offer baik ke atau ugut giller ke, tak dapat nak disahkan.

Kisah Hee Yit Foong memang penuh tanda tanya. NGA dan NGEH pun terngange bila ditanya oleh wartawan. Penyiasat maya melaporkan kes Hee Yit Foong ada kaitan dengan cerita Fauzi Muda dan Hj. Osman. Tapi jangan tuduh lebih-lebih. Siasatan masih dijalankan. DSAI pun mungkin dah telan 8 biji Panadol hari ni.

5.57 petang, wartawan memaklumkan bahawa Nasarudin dan Hee Yit Foong ada kat Ipoh bersama pemimpin Pakatan Rakyat. Dilaporkan AMK PKR dapat seludupkan dua ADUN tu keluar dari kepungan gestapo UMNO. Wallahu a'lam betul ke tidak.

Najib menghadap Sultan petang ni juga. Tapi sama saja. Tuanku tak kata YA dan tak kata TIDAK . Keputusan sama ada diperkenan atau tidak diperkenankan permohonan membentuk kerajaan baru (BN) tu ditangguhkan oleh Tuanku. Mungkin BESOK juga jawapannya.

Malam ini ada majlis munajat di residensi MB di Ipoh. Tak payah pergi ramai-ramai. Orang Ipoh boleh pergi. Orang kawasan lain sila buat majlis munajat di peringkat kawasan dan cawangan masing-masing. Jangan beri peluang kepada Najib cetuskan provokasi untuk menghuru-harakan keadaan di Perak. Dia memang tunggu peluang untuk daruratkan Perak supaya boleh buat macam kat Selangor (13 Mei, 1969) dan macam masa UMNO nak rampas Kelantan di tahun 70an dulu. Jangan masuk perangkap UMNO!


OK. Itu ceritanya setakat ni. Jangan tokok tambah macam-macam. Dah terlalu banyak cerita rekaan yang tak memberikan apa-apa manfaat kepada sesiapa pun. Mungkin UMNO pula yang untung.

Benar atau Menang ?

Sekarang 7.55 pm dan Najib mengumumkan bahawa BN telah memperolehi majoriti Adun untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Jika berlaku demikian maka BN telah menang dan PR telah kalah.

Maka besok dengan restu Sultan, Perak berkerajaan baru

DAP akan memimpin pembangkang di DUN Perak

Adakah BN adalah benar maka mereka dapat memerintah Perak

atau PR adalah salah dan tumbang ?

Jika begitu maka Israel juga benar kerana telah menang di Gaza...

Monday, February 2, 2009

AL Kisah PAS dan UMNO...

Aku xnk skong PAS sbb..
1. PAS x mampu nak memerintah negara.Rang Hudud kelantan dan Terenganu(ime PAS takluk Trg) pun dah bercangah satu sama ..sembang je sebelum ayam berkokok kita dah laksanak nhudud.. X berpandukan al Quran dan as-Sunnah pun kutuk hina caci mengkafirkan org islam .(keh keh keh keh keh... ni hujah kurang pengetahuan ni... selor betol la informer kau... kau pakai RAM brp MB? 256 lagi ke? keh keh keh keh keh... patut le selor...)
2. Pas cetek ilmu .x de birokrasi.. masuk office pakai selipar dan terompah .+ jubah putih dan hijau yg busuk ..( keh keh keh keh keh... agak-agak ko la... zaman para sahabat Nabi dulu depa pakai baju kot ka? keh keh keh keh keh ... lagi satu hujah otak dangkal... ilmu terletak pada kaki ngan jubh ka bro??? dangkal mu nih... )
3. gejala akulah Islam DAN org UMNO kafir ..
4. barang tak turun gak pun.( cu bagi PAS perintah pusat skali tengok amacam... ada berani??? keh keh keh keh keh... kunci kereta mu x beri, tetiba mu suruh org bawak kereta... mana la masuk di akai... hujah dangkal lagi... keh keh keh keh keh...)
5. minyak naik..masa UMNO je turun masa UMNO gak( keh keh keh keh keh ... kalau PR x desak sok turun rege minyak mu agak KERAjaan nak turun ke rege minyak tu? 1 lagi, kalau KERAjaan tak gopoh penaik rege minyak dulu, mu ingat rege barang tinggi macam la ni ke? lagi satu hujah dangkal... mana kau kutip hujah gini ni? dalam tingsampah opis Strawberry ke??? keh keh keh keh keh... kalau ada orang UMNO baca hujah mu ni, mesti dia x ngaku mu geng dia... keh keh keh keh keh...)
6. xnk peduli nasib rakyat bawahan...jadi wakil rakyat naikkan gaji sama dia je (kalu mu jadik menteri ke exco ke, mu ada kuasa ke nak penaik gaji pekerja swasta??? ngok mu nih... naik gaji sama dia, yang depa potong elaun semua geng depa tu mu tak nampak? eh... UMNO potong brp &??? keh keh keh keh keh... a??? 10 peratus je??? keh keh keh keh keh... mu kene tukar processor ngan RAM kasik laju sikit ... selor sangat mu ni... keh keh keh keh keh...)
7.wang zakat bagi anak exco anak org susah berlambak lagi..(semua bagi anak exco ke? keh keh keh keh keh... kalau dh anak exco tu layak nak buat macam mana? exco PAS ngan EXCO umno x sama bro... exco PAS miskin.... exco umno kaya... tapi kalau exco umno miskin, kalau depa layak... kita bagi juga... x gitu? lagi baik dr dok seleweng tempat lain kan kan kan kan khir toyo kan??? keh keh keh keh keh...)
8.stop imbuhan dan elaun para tahfiz Quran di terenganu( keh keh keh keh keh ... betul-betul selor mu ni... yang depa stop tu pasai para tahfiz tu dh tak terlibat ngan sebarang aktiviti amal jariah & keagamaan, masing-masing dok bisnes, jadi tarik balik la, bagi dekat para tahfiz yang dok keje, buat amal ajariah mengembangkan Islam... tak betoi ka cara tu? ada kerja, ada gaji la bro... tak kan aku tak jaga rumah mu tiba-tiba mu nak bagi elaun pulak? mu bukan orang gila kan??? keh keh keh keh keh... dangkal mu nih...)
9.org miskin pun tak dapat jugak bantuan(keh keh keh keh keh... orang miskin x dapat bantuan? yg ni x leh cakap apa la kan... ada yang dapat, ada yang x dapat, klu depa jumpa, depa bagi, klu x jumpa, mcm mana nak bagi... hang tak tau rumah aku... macam mana hang nak datang? pakai niat boleh ke??? keh keh keh keh keh... pandai mu buat kelakar... kih kih kih kih kih...terhibur sungguh...)
10.roboh tadika ..klu gomen roboh/bakar Taski ok gak kot ...(keh keh keh keh keh... ini cerita baru... dekat mana yang roboh tadika tu? keh keh keh keh keh... citer best ni... bongkar bro... bongkar... ramai tak tau nih... bongkat bro... kat mana tu???)
11.Pas bertopengkan islam dan mempergunakan ayat Quran untuk kepentingan politik semata mata...Masyaallah. ..(UMNO tolak terus Islam... astaghfirullahal'azim... )
12.Negara kebajikan hanyalah slogan semata mata ...tiap kali ceramah mintak sedekah ,,ktuih!!!(keh keh keh keh keh... ebtoi dah tu... kebajikan... pakat-pakat la sumbang, yang senang tolong yang susah... kalau mampu ...beri, kalau tak mampu nak beri mungkin layak untuk terima... jadi apa masalah dekat situ? kih kih kh kih kih...lawak la mu nih... aku seronok bila orang macam hang dok dalam UMNO... cepat sikit umno runtuh... kih kih kih kih kih...)

Saman 1 2009

Terima kasih Abang Polis yang telah menjalankan tugas dengan baik. Anda telah menyaman saya dan saya terselamat daripada memberi rasuah kerana anda tidak meminta apa-apa habuan. Jika anda meminta wang kopi, maka serentak itu ,Iblis Laknatullah akan membelit saya untuk menyambut dan menghulurkan RM......... .

"SAYA ANTI RASUAH".

Sunday, February 1, 2009

Cerita dari Terengganu...

Ada sebuah keluarga yang menetap di Lorong budiman sejak tahun 80-an. Si suami berasal daripada Pulau Pinang manakala isterinya pula dari Alor Setar. Mereka mempunyai lima orang anak yang bersaiz besar. Keluarga ini hanya mempunyai sebuah kereta berjenama Kancil. Semasa cuti hari raya lalu, mereka berhajat untuk pulang ke kampung di utara bagi menziarahi keluarga yang telah lama tidak ditemui.

Masalah yang mereka hadapi ialah semua anak-anak ingin turut serta dan menjadikan tujuh orang terpaksa dimuatkan ke dalam sebuah kancil yang sempit. Mendapatkan tiket bas adalah perkara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada masa itu kerana semua orang ingin pulang ke kampung masing-masing. Berbagai-bagai buah fikiran dilontarkan oleh semua ahli keluarga supaya dapat bersama-sama menyambut hari raya di kampung. Ruang yang sempit tidak mungkin dapat diisi oleh lima orang anak di bahagian penumpang belakang. Tiba-tiba, salah seorang anak mereka bersuara, 'Kita cari seorang lagi penumpang. Bila jadi LAPANG, boleh la kita balik.'

* disimpan sebagai koleksi cerita rakyat

Saturday, January 31, 2009

Piala FA 2009

Kelantan 4- Johor 0

Keputusan yang dijangkakan dengan keupayaan tinggi pemain Kelantan dapat dilihat melalui gerakan yang cantik.

Walaupun Farhan telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan namun jersi 16 milik Kapten Piya sentiasa konsisten dengan hantaran menarik. Semoga dapat menggantikan kehebatan Wan Azila Daud pada suatu ketika dulu.

Tahniah buat Kelantan.

Jam 1 pagi

Masih menatap berita dari blog ...................
Mata sudah mengantuk ................
Apa citer baru.................
Di Perak................
Kecoh pula ADUN PKR masuk BN...........
Pulak.........
Yang dah jadi.................
ADUN BOTA dah buat ceramah di kawasan........

Pukul 1 pagi..............
kebanyakan dah tidur............
di kampung-kampung....................
DI bandaraya KL................
Malam bagai siang.................

Selamat Malam Malaysia......
Apa cerita besok......
Bukan dalam akhbar.......
itu dah lapuk....
kenapa.....
Aku dah tahu .......

Friday, January 30, 2009

Antara kejayaan dan kecemerlangan

Saya tertarik untuk mengupas apa yang telah ditulis oleh ex-principal yang cuba menjelasbezakan di antara kejayaan dan kecemerlangan. Oleh kerana beliau adalah seorang yang mengemudi organisasi pelaksana dasar maka kita dapat melihat bagaimana beliau berpijak di bumi nyata yang mengimbangkan orientasi nilai yang ada pada diri supaya sejumlah besar pelajar yang berada di hadapan mata yang menjadi amanah untuk ditunaikan hak masing-masing. Kecondongan kepada tugas semata-mata akan menghasilkan arca yang tidak bernyawa. Terlalu mementingkan proses sudah tentu gagal untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menyahut cabaran. Memilih menjaga hubungan manusia akan menyerlahkan cakap-cakap dan angguk-angguk sahaja manakala mementingkan idea besar menyebabkan tertinggalnya gerabak dibelakang.
Jangan membandingkan pelaksana dengan politikus yang membawa idea sebesar gunung dan melambakkan kepada semut-semut untuk meratakan untuk kehidupan yang saksama kepada semua. Ia hanya ibarat membawa sepinggan nasi dan meletakkkannya dihadapan bayi yang berumur seminggu. Bagaimana idea besar itu boleh diterjemahkan oleh pengetua di sekolah untuk memberikan pendidikan yang sama jika ukuran kejayaan telah ditetapkan oleh orang lain.
Jika cendikiawan di negara sendiri kurang mengiktiraf kajian daripada rakan senegara, maka janganlah kita mengambil ukuran politikus untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Saya sangat bersetuju dengan penulis yang menyatakan kecemerlangan adalah untuk jumlah A yang diperolehi namun ia adalah sebuah kejayaan jika semua pelajar lulus dalam peperiksaan. Jangan ada penekanan ala jentolak yang tidak memilih mangsa. Bermula daripada PPD, JPN hinggalah kepada KPM harus ada satu kerjasama menentukan standard yang perlu dilepasi oleh setiap sekolah. Adakah sebuah sekolah di pedalaman yang mampu mengatasi masalah buta huruf memerlukan kayu ukur kecemerlangan yang sama dengan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di bandar?

Thursday, January 29, 2009

Gem Beach Resort

Selepas selesai sesuatu upacara seperti kenduri, peperiksaan dsb, maka mencari ruang untuk mengalih angin dan membuat relaksasi adalah cara terbaik untuk menjadikan kitaran hidup sentiasa diperbaharui. Rutin selalunya memenatkan dan membosankan kerana selain syurga, tiada benda yang tidak membosankan selepas seketika, ketika lapar, ayam goreng memang menyelerakan tetapi selepas kenyang, semangkuk kari amat memuakkan. Begitulah kehidupan, melakukan rutin adalah untuk kesinambungan hidup tetapi transisi berbeza antara rutin tentu akan menghidupkan lagi kehidupan. Wassalam

Monday, January 26, 2009

Welcome to the family

Happy wedding
We are grateful to welcome Azha to the family

Saturday, January 24, 2009

Ambang kenduri

Hari ini mungkin menjadi begitu sibuk bg bakal pengantin. Ramai yg mengambil kesempatan cuti tahun baru cina kerana saudara mara dapat sama2 berkumpul. Selamat berkenduri.

Thursday, January 22, 2009

Malaysia 0 UAE 5

Keputusan perlawanan semalam membuatkan para peminat bola sepak di Malaysia mula mencongak apakah keputusan yang akan diperolehi jika Malaysia menentang negara yang berada di ranking teratas. Jarak antara kedua-dua negara dari segi ranking hanyalah di peringkat melebihi seratus namun keputusan ini sukar diterima peminat. Walaupun saya kurang pasti benarnya kerana berdasarkan cakap-cakap orang, 5-0 adalah memalukan.

Teringat pada perbincangan semalam di televisyen di mana Sherbie Singh pelik melihat jadual perlawanan liga Malaysia bertembung dengan EPL sedangkan di mana status pemain negara ini jika hendak dijual bersama Torres, Ronalno, Kaka, Gerard dan sbg nya.

Bagaimana mutu bola sepak negara boleh ditingkatkan?

1. Jangan adakan kejohanan bola sepak peringkat MSSM untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tumpuan kepada kemahiran individu bukannya pasukan sebagaimana yang dilakukan sekarang. Jurulatih mementingkan kemenangan sehingga mengabaikan konsep memberikan ilmu yang bersifat authentik yang membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran dari masa ke semasa

2. Jangan gantikan padang sekolah dengan makmal komputer. Ia hanya menggalakkan kepada ramai pemain bola maya yang tidak membantu Malaysia untuk memenangi Piala Dunia.

3. Bebaskan padang sekolah kepada komuniti supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat bersama-sama menggunakan tanah bumi ini.

4. Perbanyakkan kejohanan, jangan tiru EPL tetapi biar satu kejohanan tamat dalam masa 3 bulan. Dalam setahun, liga Malaysia mempunyai 4 musim dan buat giliran pemain berselang supaya ada masa rehat dan jumlah pemain yang bermaina adalah ramai. Jangan tunggu Safee Sali pencen baru nak bentuk pemain lain. Bila nak maju ?

5. Kanak-kanak yang dilatih perlu diberikan diet yang sesuai supaya boleh membesar secara maksimum dan tulang yang kuat. Tengok bagaimana Jepun dah lakukan. Apa beza pemain bola jepun dengan askar jepun tahun 1941 dari segi ukuran tinggi dan saiz badan.

Monday, January 19, 2009

Makanan Anti Kolestrol

Pedoman bagi sesiapa yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi.
Kesedaran tentangnya menjadikan kita lebih berilmu dan amalan menambahkan nilai dalam hidup

10 Jenis Makanan Antikolesterol
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Bas untuk dilelong

Terdapat desus-desus yang mengatakan bas ekspress tidak akan dibenarkan bergerak pada waktu malam untuk mengelak daripada kemalangan di seluruh negara. Ini adalah kerana drebar bas mengantuk menyebabkan kemalangan tidak dapat dielakkan.

Jika kita berada di Hentian Puduraya, Hentian Putra dan Hentian Duta maka kita boleh lihat beratus buah bas yang akan berada di atas jalan raya, Nisbah bas dan jumlah kemalangan mengaitkan bas perlu diambil kira sebelum setiap arahan dikeluarkan. Bukan kita hendak menidakkan usaha yang difikirkan untuk kebaikan rakyat. Apa salahnya kita gunakan cara yang lain yang lebih sesuai dan praktikal seperti menambah bilangan anggota polis di sepanjang jalan sebagaimana di Kuala Terengganu semasa PRK yang lalu dan juga memastikan penguatkuasa JPJ ditempatlan sekerap mungkin di tepi jalan.

Berapa banyak peruntukan menara polis yang sentiasa kosong pada ketika ini juga perlukan siasatan. Jika anggota polis masih kurang, adakah wajar ditempatkan sejumlah ribuan anggota untuk sekecil Kuala Terengganu. Tepuk dada tanya iman...........

Saturday, January 17, 2009

Berita Mutakhir

Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu
Oleh G. MANIMARAN

PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.


[DIKEMAS KINI, 9.30 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.




Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.




Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.


Beliau menang dengan majoriti 2,631




Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.




Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

Tahniah ! PAS MENANG

Keputusan rasmi PRK p36

PAS menang dengan majoriti 2631 undi

Tahniah kepada yang menang dan yang kalah kerana proses demokrasi berjalan dengan baik.

Harapan rakyat terengganu

Hari ini adalah hari yang akan menentukan wakil rakyat bagi p36 kuala tganu. Apakah harapan seluruh penduduk negeri kuwait malaysia setelah melihat kepada kempen parti yang bertanding. Pendapatan royalti sejak tahun 1990 hingga skrg adalah menyamai perbelanjaan negeri kelantan utk tempoh 50 tahun. Tentunya ada pihak patut mengkaji sejauhmana
beza antara penduduk tganu dan kelantan sbg mana kita dpt melihat beza antara dubai dan saigon. Via nokia e65.

Thursday, January 15, 2009

Rasuah atau Kempen ?

Sukar untuk kita mentafsirkan maksud rasuah dalam pilihanraya. Apabila berkempen maka rasuah selalu dikaitkan apatah lagi melibatkan pemberian wang, barang atau janji yang boleh menyebabkan seseorang calon mendapat sokongan daripada pengundi.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan kaedah terbaik untuk menentukan kepimpinan negara kerana ibarat sekumpulan mat rempit yang tidak akan mengundi seorang anggota polis untuk menjadi pemimpin mereka.

Apa ciri-ciri seorang pemimpin yang patut dipilih dan adakah kita bertanggung jawab dengan apa yang dipilih perlu dikaji dan dibentangkan supaya garis panduan dapat diambil dan dijadikan panduan dalam memilih pemimpin.

Wednesday, January 14, 2009

Bekam angin dan khasiat


Mengapa anda tidak mencuba untuk berbekam jika telah jelas khasiat yang boleh diperolehi daripadanya.



Bagi yang berada di sekitar Lembah Klang, anda bolehlah menghubungi Zam seperti yang tertera di atas untuk mendapatkan rawatan.

Stadium Tun Razak

1995 - Stadium Tun Razak : Intra Class Tournament
1987 - Kejohanan Hoki Juara Sekolah Malaysia

2008/09 - rupanya stadium ini menjadi sebahagian kejiranan yang menyediakan seribu sebab untuk dikenang di dalam hidup sebagai pemain hoki bertaraf kopral. Tidak dinafikan bahawa perkara yang berkait dengan kemahiran perlu diasah dan dilakukan sekerap mungkin untuk memantapkan sehingga kepada 'fine motor skill'. Apakan daya dengan negara ini, setahun berlatih mainnya sekali. Bilakan lagi akan ada usaha untuk memastikan sukan ini kekal sebagai salah satu sukan utama kerana kita pernah berbangga dengan pencapaian skuad hoki di arena antarabangsa. Bukannya aku tak suka bola sepak, tapi hoki mudah jadi juara.

Apa harapan kita kepada Tengku Abdullah sebagai Presiden yang baru ? Bila lagi akan muncul sinar dalam sukan kita. Tepuk Dada Tanya Selera.... Bakat ada di mana - mana


Tuesday, January 13, 2009

Civic vtec

Bagi pemilik kereta yang baru dimiliki samada secara pembelian di Used Car ataupun berpindah milik dari tangan ke tangan adalah dinasihatkan untuk memastikan beberapa komponen kereta perlu diservis ataupun ditukar untuk mengelakkan daripada masalah yang lebih serius.

Kes kereta civic vtec yang berlaku di Jalan Imbi adalah disebabkan oleh masalah timing belt yang hampir putus dan mujurlah tidak menyebabkan kos yang terlalu besar kerana komponen dalam enjin tidak rosak. Syukur.....

Kisah disebalik apa yang berlaku....

Kita hendaklah bercakap benar apabila melibatkan masa kerana ada pihak yang sedang menunggu kita. Jangan guna 'on the way' untuk meyakinkan orang yang menunggu. Apa salahnya jika kita jelaskan waktu sebenar untuk kita sampai ke destinasi. Orang lain juga tidak perlu risau.

Kita mesti sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, pastikan tempat untuk solat kerana itulah yang utama dalam kehidupan.

Monday, January 12, 2009

Peristiwa di Jalan Imbi

Sekarang kami bertiga di Jalan Imbi dalam hujan lebat dan kepanasan kerana kereta civic tiba-tiba meragam ditengah jalan. Jalan makin sesak dan keputusan terpaksa dibuat. Kereta telah ditolak ke tepi dan kami semua basah kuyup. Harapan kami agar towing car akan datang dan membantu membawa kereta ke bengkel.

Hentian Putra

Sejak berdekad menjadi pengguna di Hentian Putra tanpa sebarang pembaharuan dari segi fizikal menggambarkan kepada kita 2 perkara iaitu samada pengguna Malaysia adalah begitu bertanggungjawab menjaga kawasan awam ataupun tidak ada pihak yang mahu berfikir tentangnya kerana mungkin tidak memberi erti untuk kepentingan ekonomi. Jika dilihat kepada kepadatan pengguna maka boleh dikatakan kemudahan yang ada pada hari ini termasuklah jumlah kerusi adalah kurang mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jumlah bas yang masuk.

Begitulah kurangnya perhatian terhadap kemudahan awam untuk rakyat bawahan. Cuba pula kita lihat KLIA yang begitu mesra pengguna dengan kemudahan tandas yang lengkap dan banyak maka kita dapat merasakan bahawa resam dunia ini adalah untuk orang kaya sehinggakan IJN pun hendak diswastakan.

Ini berlaku di mana sahaja di negara kita ini. Parti politik yang bertanding untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat harus memikirkan apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang juga mempunyai perut untuk rasa memulas dan ada kemaluan untuk dibuang airnya. Jangan anggap buangan orang kaya mempunyai emas kerana mereka juga makan nasi sama seperti rakyat marhain. Yang membezakan adalah pilihan beras semata-mata

Saturday, January 10, 2009

Liga Super 2009

Keputusan di Stadium Sultan Muhammad IV
Kelantan 2 - KM Naza 1

2 gol jaringan Indera dan Khalid menjelaskan semangat The Red Worriors untuk mencipta sejarah dalam bola sepak Malaysia.

Inilah kali pertama terpaksa bersama Anuar Musa dalam satu majlis. Nak buat Rano.......

Friday, January 9, 2009

Apa istimewa hari ini?

Penghulu segala hari dan hari ini umat islam berkumpul di mesjid untuk menunaikan solat jumaat. Mimbar Jumaat hari ini membawa kita untuk mengutuk kekejaman rejim zionis dan intipatinya adalah supaya kita mengelakkan diri daripada mengunjungi Tesco dan Giant. Apa komen anda ?

Malaysia Open 2009

Sekiranya anda berada disekitar KL, jangan lupa untuk meluangkan masa ke stadium Putra Bukit Jalil kerana di sini berlangsungnya kejohanan badminton yang disertai oleh beberapa orang pemain terkemuka termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Kuncoro, Peter Gade dan beberapa pemain yang pastinya memeriahkan acara sukan di negara kita.

Peluang yang ada tidak dipersiakan dan selamat maju jaya kepada semua pemain badminton di mana sahaja anda berada, ingat jangan bermain badminton untuk menjadi cergas tetapi biar anda cergas dahulu untuk bermain badminton.
Kelibat Rashid Sidek yang menggantikan Misbun sebagai jurulatih kepada Datuk LCW yang telah mengalahkan pemain dari Vietnam dgn straight set. Tahniah! Semoga berjaya menjadi juara dan jaguh kampung.

Wednesday, January 7, 2009

Penyelidik 1

Apa yang nak diselidik? Banyak permasalahan tentang pendidikan dan kepemimpinan pendidikan yang berlegar dalam kepala. Kalau setakat berlegar memang tak kemana lah gayanya, macam berlegar kat super market. Hanya pusing-pusing je yang dapat.

Kalau banyak permasalahan, apa yang nak dikaji ?

Kepemimpinan sekolah perlukan banyak kajian lanjut... apa cadangan ?

Yang ada dalam fikiran 'right now' ...

a)Stail kepemimpinan yang sesuai dengan sistem pendidikan di Msia ?
b)Pemimpin Kurikulum .. apa peranan pengetua sekolah ?
c) Bagaimana pengetua berperanan dalam memastikan guru menggunakan pedagogi berdasarkan kepada cadangan dalam semakan kurikulum KBSM oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum...

Apakah bacaan yang perlu dicari sekarang ?

Liga Super 2009

Stadium MBPJ - Kelantan 4 - UPB Team 2

Demam bola sepak tempatan sudah bermula mengimbas kenangan zaman kegemilangan skuad Kijang dengan slogan Gohek Kelate menyaksikan kehebatan Hashim Mustapha sebagai penjaring gol dan malam ini kelibat beliau sekali lagi dilihat di stadium sebagai sebahagian daripada jurulatih.

Setelah menyepi beberapa ketika di liga FAM dan Perdana maka penyokong kembali semula ke stadium baik di mana sahaja asalkan prestasi permainan dikekalkan. Apatah lagi dgn kehadiran Khalid Jamlus, Indera Petra, Farhan dan bbrp orang pemain akan memastikan saingan akan menjadi semakin hebat. Barang diingat UMNO dan PAS tiada dalam padang, cuma semangat gohek kelate akan terus mengaum dengan sorakan demi sorakan tanda kebangkitan semula Kijang. Apabila kembali ke P36, kita berjuang mengikut apa yang kita yakini... Takbir!

Tuesday, January 6, 2009

Cute Fish



Sesiapa yang ingin merasa pengalaman urutan halus, geli geleman dan menyeramkan, dipersilakan untuk mendapatkan rawatan cute fish sekitar kawasan kediaman anda. Bagi yg menginap di kawasan sekitar Selayang maka anda bolehlah ke Tesco Selayang. Selamat mencuba.

Monday, January 5, 2009

Selamat Berkhidmat PCV

Bermula September 2004
Di Akma Automobile Kota Bharu
Sebuah Honda Accord mendapat tempat
Aku menjadi pemilik yang baru

Gagah berlari di jeraya (bahasa melayu Sarawak)
Saban tahun mendapat surat pak sedara (saman had laju)
Hatiku sungguh berasa bangga
Honda menjadi idaman semua

PCV 673 seindah rupanya
Nama yang gah diserata
Terlalu banyak memberikan jasa
Buat kami dan juga keluarga

Bukannya aku tidak tega
dan bukan pula aku tak cinta
Jodoh kita tidak kekal lama
Kini kita tidak lagi bersama

Selamat berkhidmat untuk PCV
Dari kami suami isteri
Jasamu tidak terperi
Demi saudara ku lepaskan kau pergi

Jika ada pengganti nanti
Accord baru yang kami hajati
Namun wangnya terlalu tinggi
Biarlah hanya disimpan di hati

Teruskan khidmat dengan cemerlang
Jangan merajuk terlalu panjang
Jasamu akan tetap dikenang
Kau cemerlang, gemilang, terbilang

Thursday, January 1, 2009

Harapan dan Realiti 2009

Selamat menyambut Tahun Masihi 2009 kepada semua pelayar-pelayar maya yang tentunya mengharapkan penambahbaikan dalam semua hal berkaitan dengan teknologi maklumat. Dipenghujung 2008, banyak suara sumbang yang menukarkan broadband kepada berukband oleh kerana lembabnya mutu dan keupayaan teknologi untuk membantu manusia dalam kerja seharian. Dengan kecanggihan teknologi hari ini maka kita semua umat islam semakin yakin dengan perintah Allah yang terbukti benar. Mengapa Solat Jumaat adalah wajib bagi orang lelaki Islam dapat dijawab dengan tujuan untuk memastikan ada hubungan silaturahim antara sesama makhluk. Dengan teknologi maklumat hari ini, manusia sudah tidak perlu untuk keluar rumah dengan kerap kerana semua ini boleh dilakukan sambil meniarap di rumah. Jika tidak ada perjumpaan pada hari jumaat maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak ada lagi ukhwah.

Harapan 2009 berbeza mengikut individu dan mengimpikan kenyataan yang akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup. Apa yang menjadi harapan setiap insan telahpun dimaklumkan oleh Maha Pencipta dalam AlQuran dalam ayat yang menyatakan tentang kecintaan manusia terhadap beberapa perkara dan sekali lagi menjelaskan kebenaran Islam dan Ajaran yang di bawa Nabi Muhammad saw.

Apakah perlu Hudud menjadi perbahasan lagi dalam kalangan umat islam jika ia juga merupakan apa yang terdapat di dalam Kitabullah ? Harapan atau Realiti .. tanyalah pengundi P036

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Kembali ke IPK

Bermula hari ini maka ibarat orang berhari raya semalam dan kembali berpuasa dan menempuh saat lapar dan dahaga. Walau bagaimana gembiranya beraya namun bila mengenangkan letihnya berpuasa maka sedikit demi sedikit kegembiraan mula menghilang. Itulah rutin kehidupan, seronoknya belajar namun sukar untuk mengulang kembali detik membuat tugasan, belajar dan menjawab peperiksaan.
Tugasan pertama sudah datang pada hari ini, dan tidak akan berhenti sehingga penghujung Jun nanti. Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba2 MU dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.
Langkah pertama adalah memulakan sesi dengan rambut baru ..... mesin nombor 1

Monday, December 22, 2008

Universiti Penuh Manusia (UPM)

Separuh hari berada di UPM menemani pelajar baru Sarjana Pendidikan UPM. Telah 10 tahun tanah ini telah ditinggalkan dengan pelbagai kenangan yang mematangkan diri sebagai pelajar di bawah graduan (under graduate). Aku berbangga kerana suatu masa dulu akulah yang berdiri di hadapan semua pelajar baru dan mengetuai pembacaan ikrar pelajar. Mungkin aku akan datang lagi dan menjadi sebahagian daripada UPM, Insyaallah.

Piala Emas Raja-Raja



Kelantan telah menjuarai Piala Emas Raja-Raja yang menjadi kebanggaan Ketuanan Melayu apabila mengalahkan Pulau Pinang 4-0 di Kota Bharu dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Tuan Rumah. Seramai 15,000 (Sinar Harian) penyokong telah membanjiri stadium untuk menyaksikan kehebatan tuan rumah dengan gabungan pemain lama seperti halim napi, seh bucit, zainuddin ariffin dan zul ehsan serta pemain baru seperti latif dan badri sangat menghiburkan terutama pada separuh masa pertama. Dalam separuh masa kedua ternampak betapa tidak 'fit'nya pemain bola di Malaysia kerana penonton sudah mula mem'boo' pemain sendiri kerana hanya berjalan di atas padang.
-berita kelantan sana sini-

Friday, December 19, 2008

Korban atau Terkorban di P36


Majlis Korban yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang telah dihadiri oleh penduduk tempatan tanpa mengira parti. Semua yang hadir memberikan kerjasama dan akhirnya daging korban telah dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tahniah kepada semua yang hadir dan semoga YB Tengku Hassan akan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira parti.

Ahli parti apakah anda?

Thursday, December 18, 2008

Lebuh Raya PLUS (++++)


Berada di lebuh raya plus (tambah) bermaksud anda kena tambah kelajuan daripada 110km/j kepada yang bertambah baik setiap hari. Dengan kenderaan 2000cc, cuaca baik, kenderaan bergerak laju maka anda akan boleh mencuba sekali sekala sesuai dengan usia anda.

'Wheekeng' yang popular suatu ketika dulu dan kalau melihat kpd gelagat mat motor hari ini..wow lagi dahsyat.


Selekoh 'rothmans' di pasir puteh yang menjadi tempat belajar suatu ketika dulu. Jika teringat ,,blehlah menonton remp-it dan segala kenangan akan kembali menjelma.

Wednesday, December 17, 2008

Alfatihah Untuk Wan Zuhari

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Wan Zuhari Wan Dollah /Pok Joh yang telah kembali ke rahmatullah akibat leukimia. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat.

Monday, December 15, 2008

Bulan Muhasabah


Tinggal 15 hari lagi sebelum berakhirnya tahun 2008 maka tibalah masa untuk bermuhasabah bagi pengurusan tertinggi KPM (seperti tertera) tentang sejauh mana keputusan demi keputusan yang mereka buat samada melalui cadangan, bengkel, resolusi dan apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan rakyat negara ini bermula dengan pra sekolah. Mereka ini semua adalah gabungan orang politik yang sedikit sebanyak ingin terus berkuasa, PTD yang mempunyai wawasan tersendiri dalam kerjaya dan juga guru yang memegang jawatan tertinggi sebagai Turus.
Apa harapan rakyat pada mereka ? Jangan korbankan jutaan murid sekolah dengan keputusan yang bersifat kepentingan peribadi melebihi kelebihan rakyat terbanyak. Libatkan ahli akademik dalam setiap keputusan yang dibuat kerana 2 otak lebih baik daripada 1.

Sunday, December 14, 2008

PDRM (Polis dan Rakyat Marhaien)

Suatu hari dalam perjalanan ke utara kami telah memotong deretan kereta polis di depan dan belakang dua buah kontena dan semuanya siap bersenjata. Tertanya-tanya apakah bahan yang di bawa dalam kontena sehingga kawalan begitu rupa dan semasa berada di sebuah tempat rehat, tanpa dijangka mereka turut berhenti untuk seketika.
Melihat cara mereka meletakkan kereta dan 4wd mengelilingi kontena dan mengawalnya sudah pasti sesuatu yang sangat bernilai sedang dibawa. Syabas PDRM kerana begitu amanah dengan tugas menjaga keselamatan hak negara yang sudah pasti hak rakyat. Hak kita semua.
Nasib baik ada seorang sarjan adalah 'statemate' dan jenis peramah berbanding anggota lain maka sempatlah jawapan diperolehi; kontena berisi wang syiling bernilai jutaan RM sedang dalam perjalanan ke Bank Negara cawangan Pulau Pinang. Tahniah Pak Polisi. Sesuai dengan slogan 'Saya Anti Rasuah' anda semua layak untuk memikul amanah daripada rakyat dan jangan terlalu akur dengan arahan mana mana pemimpin secara membabi buta kerana kita semua sedang diperhatikan di kanan dan kiri kita.

Rakyat Marhaein amat memerlukan ketegasan polis dalam menjaga keamanan negara. Pemimpin adalah sebahagian daripada undang-undang dan tiada siapa yang harus bebas untuk menjaga kepentingan masing-masing dengan menggunakan anggota polis.

Saturday, December 13, 2008

Pesanan Adik Mat


Dalam khutbah Jumaat semalam , adik Mat Imam Muda telah menyampaikan khutbah Jumaat yang bertemakan keluarga Islam. Bermula daripada memilih calon isteri hinggalah kepada bagaimana watak yang seharusnya dimainkan oleh para suami di rumah masing-masing. Sesuai dengan musim cuti sekolah ini dan musim orang naik pelamin maka tema khutbah ini amat relevan dengan makmum yang hadir walaupun mungkin tidak dianggap utama oleh Pandikar Amin Mulia selaku speaker dewan rakyat.

Ada dua perkara yang sempat diingati dalam khutbah itu iaitu dalam hidup berumah tangga hendaklah ada mawaddah (kecintaan) di mana saling ada rasa cinta dan kasih sayang di antara suami isteri dan anak-anak. Bapa hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak2 kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri2 Baginda. Anak2 hendaklah menjaga maruah ibubapa dgn tidak memalukan mereka dalam masyarakat dengan melakukan perkara yang buruk seperti menghisap dadah dan sebagainya.

Friday, December 12, 2008

Tetamu Istimewa 1373 (2)

Rombongan Abe Mud@ Awe Beras anak Mok Moh dan Abe Daud menjadi tetamu kami pada hari raya lalu. Inilah pengasuh kami semasa kecil dulu.

Akhirnya Zahar menjadi tetamu terakhir housemate condo putramas slps yein dan arman. Selamat bercuti di Kelantan dan jangan segan lagi untuk ke rumah kami.

Ya Ustaz Harun AlLabisi! Terima kasih di atas kedatangan sekeluarga ke rumah kami. Semoga dapat kembali bertugas di Terengganu Darul Iman pada tahun 2009. Pada masa itu barulah boleh ditukar gelaran ALPayungi. Tentu K. Parthiban akan merintih di atas kehilangan anda di Munshi Ibrahim.

Thursday, December 11, 2008

The Loneliness of the Long Distance Runner


Jika anda pernah berjogging setiap petang sejauh 5-7 km sejak beberapa tahun dan anda sentiasa suka melakukannya, apakah perasaan anda jika anda tidak dapat lagi meneruskan aktiviti ini kerana cuaca tidak mengizinkan? Bagaimanapun anda masih boleh meneruskan larian jika anda memilih untuk ke gymnasium sekitar penempatan untuk berlari di atas treadmill yang juga sebahagian daripada senaman untuk kardiovaskular. Ini bermakna cuaca bukan halangan untuk kekal aktif dan kasut anda akan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada tuannya.
Jika kasut anda telah lama digunakan dan tidak lagi membantu mengekalkan kestabilan dan mengurangkan impak terhadap kaki anda maka anda boleh memilih untuk membeli kasut baru seperti di atas dengan harga yang sederhana, rm >100 jenama Kronos untuk larian 5-7 km adalah masih berbaloi dan anda masih boleh 'keep running' untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.
Namun, apa perasaan anda jika cuaca yang mengizinkan, treadmill yang boleh menggantikan trek biasa anda dan kasut yang telah baru tetapi anda telah dihalang untuk berlari kerana terasa kesakitan kepada bahagian dada dan tengkok serta di dalam telinga walaupun hanya untuk sejauh 200 meter. Adakah ada alternatif lain yang boleh diganti untuk memastikan perut anda sentiasa 'flat' dan saiz pinggang seluar anda kekal pada 30 inci.? Inilah kebosanan seorang pelari jarak jauh yang terpaksa menggantungkan kasut jogging tanpa ada jaminan masa bahawa dia akan dapat berlari semula........ Alahai

Wednesday, December 10, 2008

Lautan Biru Yang Tenang

Melakukan aktiviti yang berbeza dan mencabar akan begitu menyeronokkan terutama apabila kita melakukannya kerana kita secara sukarela ingin melakukan tanpa arahan dan permintaan daripada orang lain. Berada di tengah lautan biru tanpa gelombang begitu menenangkan jiwa dan sesekali tanpa gangguan bunyi manusia lain akan menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat, hasad, cemburu dsb. Syukur kepadamu Ya Allah kerana mengurniakan nikmat yang tidak terkira.

Tuesday, December 9, 2008

Bukit Antarabangsa:Apa Khabar ?

Setelah beberapa hari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa maka berbagai-bagai respon telah dikeluarkan melalui media dan begitulah setiap kalinya peristiwa berlaku maka akan muncullah plan jangka panjang dan jangka pendek dan begitu juga lah sekian kali ianya hanya sekadar di bibir mulut semata-mata dan kelulusan tetap diberikan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan bukit dan tadahan air.
Apabila runtuhnya HIghland Towers maka kajian mendapati bahawa tanah tersebut disepanjang kawasan Ulu Kelang adalah jenis yang tidak sesuai untuk pembinaan kawasan perumahan kerana dari segi geologi ia merupakan kawasan yang tidak selamat tetapi mengapa saban tahun taman-taman perumahan tetap tumbuh bak cendawan. Adakah kajian hanyalah untuk mencari jawapan dan bukan tindakan yang diingini ataupun ada unsur rasuah dalam meluluskan projek-projek ini. Wallahua'lam

Monday, December 8, 2008

Selamat hari raya aidiladha

Umat islam di malaysia dan kawasan yg sewaktu dgnnya menyambut hari raya qurban dlm keadaan hujan namun dsambut meriah tapi sederhana. Semakin ramai umat islam yg masih muda sudah melakukan ibadat qurban mutakhir ini. Kpd para jemaah haji d mina, selamat menjalankan ibadat haji.Via nokia e65

Tuesday, December 2, 2008

Satu Peringatan Terhadap Diri

Bukit Kemansah - Pilu terasa bila berada dalam suasana di mana orang yang kita kenali samada keluarga atau kawan2 yang ditimpa musibah namun kita mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang perlu menjadi teladan bagi kita yang masih dikurniakan kesihatan yang baik adalah sentiasa berdoa agar kita dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan memohon agar kita tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Mungkin nasib sesetengah orang masih baik walaupun ditimpa ujian sebegini kerana masih ada kemampuan untuk menyendiakan ubatan dan peralatan untuk mengurangkan penderitaan, namun bagaimana dengan orang miskin yang tentunya lebih berat ujian pada pandangan zahirnya. Oleh itu ingin saya menasihatkan diri sendiri dan para pembaca agar sentiasa mencari ruang untuk membantu mereka yang memerlukan kerana dengan pertolongan kita akan membantu meringankan beban mereka dan juga membantu kita untuk meningkatkan keimanan dengan pertolongan yang ikhlas.
Takziah di atas pemergian Pek Tam @ Pak Ud - rakan mesjid dan kedai tok wan yang telah pergi menghadap Ilahi semalam dan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah
Wassalam.

Ronda-Ronda (Alor Setar)

Jalan Sultanah (Jalan Day) di mana terletaknya kediaman Dato Seri Azizan Razak , Menteri Besar Kedah (lihat foto) yang baru disediakan rumah pengawal apabila memenangi pilihan raya raya lalu. Ini bermakna semua negeri pakatan rakyat telah dilalui bermula dgn Selangor, Perak, Penang dan Kedah. Alhamdulillah cuaca baik di sepanjang jalan dari KL-AS semalam.
Apabila ternampak kambing ini bermakna aku telah tiba di kg pondok tasak, langgar. Aku mungkin akan bermalam beberapa hari di sini sebelum balik berhari raya di Kelantan. Pada masa ini kami berada di IPDA untuk mendapatkan sijil kursus 14 minggu di Jitra dan terima kasih kepada HSDPA Jitra yang menjadikan broadband ambo berfungsi dengan maksima. BERBALOI!!!!!

Monday, December 1, 2008

Ikhlas Tapi Jauh

Saya tertarik untuk membicarakan tentang penyokong wadah perjuangan Islam melalui Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu yang ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’. Setelah 9 bulan menguasai lima buah negeri melalui Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 maka kita telah dapat melihat lebih ramai rakyat yang mula menunjukkan sokongan yang lebih terbuka kepada parti-parti di bawah pakatan rakyat terutama PAS terutama dalam kalangan golongan muda yang boleh dilihat melalui sambutan pada setiap ceramah ataupun program anjuran parti. Mungkin mereka ini bukanlah pekerja parti ataupun ahli tetapi mereka sanggup dan dengan bangganya memakai baju atau apa sahaja yang melambangkan parti yang disukai masing-masing.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh mereka yang bukan ahli parti untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat kerana mereka yakin bahawa perjuangan parti PAS adalah berteraskan kepada Islam dan akan mendapat keredhaan sehingga sanggup menderma dan berkorban untuk perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Kita boleh fahami bahawa mereka yang aktif di dalam parti akan sentiasa terlibat dengan program parti secara langsung tetapi bagaimana golongan yang bukan ahli parti boleh memberikan sumbangan selain daripada berduyun-duyun ke pentas ceramah dan sesekali memberikan undi di dalam pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun. Inilah memerlukan pemikiran ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’ anggota parti yang aktif samada di cawangan atau kawasan supaya sejumlah penyokong bukan ahli parti ini dapat sama-sama berganding bahu dalam menjalankan kerja kemasyarakatan yang akan menjamin dua perkara besar iaitu mengekal atau mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya dan mendapat pahala yang berkekalan di atas khidmat kepada parti yang menjadikan islam sebagai wadah perjuangan. Cuma yang tidak ada pada mereka adalah peluang untuk berbuat demikian kerana kurangnya penerangan dan jemputan secara rasmi atau terbuka kepada mereka. Kita tidak berapa mengenali tetapi banyak cara yang boleh difikirkan dan digunakan untuk mendapatkan khidmat golongan ini.

Pakatan Rakyat (PR) hendaklah menyedari bahawa ruang yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat hendaklah dilakukan secara berbeza daripada Barisan Nasional (BN). Jika PR menganggap apa yang dilakukan oleh BN adalah bersifat politik sempit semata-mata maka tidak perlulah konsep yang sama diteruskan oleh parti gabungan PR dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Percayalah bahawa Parti PAS telah menarik sokongan ramai golongan muda yang beragama islam kerana mereka yakin bahawa menyokong parti ini adalah selaras dengan perjuangan yang benar yang di bawa melalui kepimpinan ulamak. Hanya dengan sedikit usaha ke arah mengajak mereka untuk bersama dalam aktiviti kemasyarakatan sudah tentu akan disambut dengan tangan terbuka tanpa menggunakan lambang parti. Apa yang mereka mahu adalah kerja yang akan dilakukan akan mendapat pahala dan menjamin kuasa ‘ketuanan rakyat’ akan terus kukuh berbanding ‘ketuanan melayu ciptaan UMNO’ yang telah jelas hanya untuk pemimpin mereka semata-mata.

Golongan muda ini pada dasarnya tidak mempunyai daya kepimpinan untuk ke depan dan masih terikat dengan akta-akta tertentu jika mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan ataupun pelajar institusi pendidikan tinggi maka kreativiti dan tindakan daripada pihak parti adalah amat diperlukan untuk menjadi penggerak kepada khidmat untuk masyarakat di setiap pelusuk daerah dan kampung tanpa mengira ideologi mereka. Jika ahli jawatankuasa parti di setiap kawasan tidak membincangkan kehadiran penyokong ini maka apa yang dikhuatirkan ialah mereka mula menganggap PR dan BN adalah sama yang menyebabkan mereka akan mengundurkan diri daripada perjuangan dan secara tidak langsung akan mengurang peratus pengundi PR pada pilhan raya yang akan datang. Mereka mungkin tidak akan memberikan undi untuk BN tetapi memilih untuk berada di mesjid-mesjid dan surau demi mencari pahala bekalan untuk alam yang akan datang. Akhir kata 'Lu fikirla sendiri'

Sunday, November 30, 2008

Seruan Haji

Labbaikallah hummalabbaik .. seruan haji telah tiba lagi. Tepat pukul 3.50 pagi perjalanan ke Kelana Jaya bermula walaupun waktu untuk melapurkan diri adalah pada jam 7.30 pagi. Begitulah senario biasa keluarga Mak Su Wan Mek bila hendak ke Mekah. Sudah tradisinya begitu dan berkebetulan dengan cuti sekolah dan hari minggu menjadikan suasana semacam majlis kenduri dek ramainya ahli rombongan yang menghantar bakal-bakal haji.

Semoga mendapat haji mabrur dan doakan pemergian kami pula untuk menunai rukun kelima. Amiiin Ya Allah. Suara Nazrey bersama raihan kedengaran mengiringi suasana yang semakin pilu apabila masa untuk berangkat telah tiba. Selamat jalan.

Saturday, November 29, 2008

Ronda-Ronda Hari 4 (JB-Rompin)

Babak 1
Sepetang di Danga Bay + makan buah langsat JB he he dan pekena spa ikan di Rumah Limas Danga Bay, geli geleman tapi lama2 orait juga. Siapa yg belum cuba boleh la ikut serta. Sesat dibuetnya JB pada hari ini, dulu lain;sekarang lain. Jalan bersimpang siur sana sini. Nasib baik ambil hotel dekat pusat bandar so banyak sign board.

Babak 2
Makan malam kat Jalan Kg Chat, best juga masakan; ikan jenahak masak tiga rasa dgn sup sayur. Lepas makan kami terus ke Johor City Square dan 'Beast Stalker' menjadi hiburan kami di Cathay. Cerita yang sungguh menyentuh emosi kami berdua. Tahniah Nicholas tse dan kawan2 yg berjaya membawa watak dgn sungguh berkesan termasuk stuntmen.

Babak 3
Bertolak ke Mersing via Kota Tinggi, singgah makan pagi di Kedai Makan Fateha di Kota Tinggi. Masak asam pedas kepala ikan koci begitu enak sehingga kami membungkus untuk makan tgh hari nanti. Nasib baik tak disaman di Mersing kerana menggunakan kupon parking A yg hanya utk JB, Batu PAhat,Muar shj. Rayuan kami diterima dan pelik sungguh. Apasal tak leh guna kupon A , membazir pulak rasanya tak guna lebihan kupon.

Babak 4
Sekarang kami berada di Hotel Seri Malaysia Rompin (Tg Gemuk) sambil ngeteh dan mengingat kembali kenangan minum teh dangdut ketika jadi JU semasa kursus semakan semula KBSM. Rupanya tukang tarik dah takder so minum jer apa ada dan yg penting blog ini diupdatekan sekerap mungkin.

sehingga laporan seterusnya.. bye ( foto tak dapat diupload kerana masalah teknikal..sekadar gprs)

Rintihan Jemaah Tabligh

Orang tabligh...

Wednesday, August 01, 2007

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..
......... sambungan buah fikiran hamba

Nabi dulupun berdakwah juga
mengapa berperang kalau setakat nak berdakwah
Mengapa ada negara islam madinah kalau setakat nak berdakwah
Jom join Parti dan kita boleh laksanakan Islam kerana kita ada negara macam nabi kita ada


Friday, November 28, 2008

Takziah

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Beliau di katakan mati mengejut ketika bermain badminton di Institut tersebut.
Sebagai umat islam dan warga pendidik, kami merakamkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan kehilangan ini merupakan sesuatu yang besar kepada pendidikan di Malaysia kerana namun jasa Allahyarham selama ini mohon diberkati dan mendapat pahala yang berkekalan.
"Patah tumbuh hilang berganti"

Buat Yati Rahman ( Foto Kenyir) valid for two days