Thursday, January 1, 2009

Harapan dan Realiti 2009

Selamat menyambut Tahun Masihi 2009 kepada semua pelayar-pelayar maya yang tentunya mengharapkan penambahbaikan dalam semua hal berkaitan dengan teknologi maklumat. Dipenghujung 2008, banyak suara sumbang yang menukarkan broadband kepada berukband oleh kerana lembabnya mutu dan keupayaan teknologi untuk membantu manusia dalam kerja seharian. Dengan kecanggihan teknologi hari ini maka kita semua umat islam semakin yakin dengan perintah Allah yang terbukti benar. Mengapa Solat Jumaat adalah wajib bagi orang lelaki Islam dapat dijawab dengan tujuan untuk memastikan ada hubungan silaturahim antara sesama makhluk. Dengan teknologi maklumat hari ini, manusia sudah tidak perlu untuk keluar rumah dengan kerap kerana semua ini boleh dilakukan sambil meniarap di rumah. Jika tidak ada perjumpaan pada hari jumaat maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak ada lagi ukhwah.

Harapan 2009 berbeza mengikut individu dan mengimpikan kenyataan yang akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup. Apa yang menjadi harapan setiap insan telahpun dimaklumkan oleh Maha Pencipta dalam AlQuran dalam ayat yang menyatakan tentang kecintaan manusia terhadap beberapa perkara dan sekali lagi menjelaskan kebenaran Islam dan Ajaran yang di bawa Nabi Muhammad saw.

Apakah perlu Hudud menjadi perbahasan lagi dalam kalangan umat islam jika ia juga merupakan apa yang terdapat di dalam Kitabullah ? Harapan atau Realiti .. tanyalah pengundi P036

1 comment:

Jubah hitam said...

Teringat bersama dengan syeikh PCV Honda Accord yang glamour serta banyak berjasa pada hamba."Suatu hari
meronda dengan PCV dan makan nasi beriani kegemaran syeikh PCV lalu lepas makan mahu menunaikan solat Jumaat, tiba2 ramai manusia berbondong keluar dari tempat solat - oh rupanya sudah tersasardengan godaan dunia". Selamat berkhidmat kepada Tuan Baru kepada PCV, mudahan jangan merajuk lagi,teruskan khidmat mu kepada tuan baru di Jelapang Padi