Friday, January 30, 2009

Antara kejayaan dan kecemerlangan

Saya tertarik untuk mengupas apa yang telah ditulis oleh ex-principal yang cuba menjelasbezakan di antara kejayaan dan kecemerlangan. Oleh kerana beliau adalah seorang yang mengemudi organisasi pelaksana dasar maka kita dapat melihat bagaimana beliau berpijak di bumi nyata yang mengimbangkan orientasi nilai yang ada pada diri supaya sejumlah besar pelajar yang berada di hadapan mata yang menjadi amanah untuk ditunaikan hak masing-masing. Kecondongan kepada tugas semata-mata akan menghasilkan arca yang tidak bernyawa. Terlalu mementingkan proses sudah tentu gagal untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menyahut cabaran. Memilih menjaga hubungan manusia akan menyerlahkan cakap-cakap dan angguk-angguk sahaja manakala mementingkan idea besar menyebabkan tertinggalnya gerabak dibelakang.
Jangan membandingkan pelaksana dengan politikus yang membawa idea sebesar gunung dan melambakkan kepada semut-semut untuk meratakan untuk kehidupan yang saksama kepada semua. Ia hanya ibarat membawa sepinggan nasi dan meletakkkannya dihadapan bayi yang berumur seminggu. Bagaimana idea besar itu boleh diterjemahkan oleh pengetua di sekolah untuk memberikan pendidikan yang sama jika ukuran kejayaan telah ditetapkan oleh orang lain.
Jika cendikiawan di negara sendiri kurang mengiktiraf kajian daripada rakan senegara, maka janganlah kita mengambil ukuran politikus untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Saya sangat bersetuju dengan penulis yang menyatakan kecemerlangan adalah untuk jumlah A yang diperolehi namun ia adalah sebuah kejayaan jika semua pelajar lulus dalam peperiksaan. Jangan ada penekanan ala jentolak yang tidak memilih mangsa. Bermula daripada PPD, JPN hinggalah kepada KPM harus ada satu kerjasama menentukan standard yang perlu dilepasi oleh setiap sekolah. Adakah sebuah sekolah di pedalaman yang mampu mengatasi masalah buta huruf memerlukan kayu ukur kecemerlangan yang sama dengan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di bandar?

1 comment:

Jubah hitam said...

Memang betul seperti yang dikata! No comment