Wednesday, November 26, 2014

Kepimpinan Jurulatih dan Perkembangan Positif Remaja 1

Sebagai guru dan lebih-lebih lagi sebagai guru sukan di sekolah menjadi pendorong kepada kajian yang akan dijalankan. Setiap manusia adalah pemimpin dan mereka bertanggungjawab terhadap ahlinya. Guru sukan di sekolah adalah pemimpin yang memainkan peranan besar dalam meletakkan acuan yang sepatutnya kepada atlit yang berada di bawah sukan yang mereka ceburi.

Guru sukan atau jurulatih sukan di sekolah mempunyai tugas untuk mempromosikan perkembangan positif atlit yang meningkat dewasa. Dalam erti kata lain corak kepimpinan jurulatih seharusnya membantu dalam proses kedewasaan atlit. Kunci kajian yang akan dijalankan ini adalah kepada stail kepimpinan jurulatih dan juga ciri- ciri perkembangan remaja yang positif.

Jurulatih yang berpengetahuan tentang perkembangan positif remaja mempunyai kelebihan dalam pembentukan atlit melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Mereka akan melaksanakan program latihan dengan atlit secara berstruktur kerana tujuan mereka melatih atlit di sekolah bukan semata- mata untuk kemenangan tetapi yang lebih penting memastikan remaja yang ada di depan mereka berkembang tumbuh sebagai remaja yang dikategorikan sebagai remaja yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan keintelektualan.

Kajian ini menjadi lebih berguna dengan adanya sekali lagi penekanan KPM kepada aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

No comments: