Tuesday, September 8, 2009

Singgang tulang untuk berbuka

Salam ramadhan,

Bila dah masuk minggu ketiga biasanya makin susah untuk mendapatkan makanan yang membuka selera. Pembaca tranungkite telah bermurah hati menyediakan resepi ini. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahannya:

* sebatang tulang rusuk lembu
* bawang merah satu labu besar
* bawang putih 3 ulas
* halia 1 setengah inci
* sedikit lengkuas
* 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
* rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
* 10 biji lada hitam
* asam keping
* garam
* secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*


Cara-caranya:

1. Tulang direbus hingga empuk
2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

CRoiMan said...

Bulan pose ni kawe tak lalu nak makan la..buka pose ngan air dan buah aje..berat badan kawe pun dah susut sikit...tapi singgang tulang tu macam menyelere aje...kawe nak try buat untuk berbuka...

cikguparizan said...

rindu nak mkn masak tempoyak croiman

ARIN said...

terkenang penangan singgang tulang & kakas dalam d msjd permatang sungkai,memang menyangkut, jelira & menambah nasi...semoga kesinambungan diteruskan lg d 252B.

Jubah hitam said...

Sepatutnya pakwar lebih menekankan berkenaan ibadat yang afdal diakhir ramadhan ini daripada membicarakan tentang lauk pauk yang membangkitkan nafsu makan.

Nana Tanjung said...

Tahun ni tak buat roadshow buka puasa ke?.

Temuk said...

Salam perkenalan Pakwar
Mohon izin singgah. Masakan yg dipaparkan tu nampak mudah, tapi pasti menyelerakan. Elok juga dipaparkan hujung2 Ramadhan ni sebab dah ketandusan resipi. Bukan kira nak makan lebih, tapi mungkin boleh bantu naikkan sikit selera makan sebab dah makin tak bernafsu makan. Makan sahur kan penting, tak? TQ.