Wednesday, September 9, 2009

Asian Food Channel

Dalam perjalanan pulang tengahari semalam, aku sempat singgah untuk membeli sekilo tulang yang kosnya rm13 dan 1/2 kilo daging dengan niat untuk melaksanakan misi singgang tulang. Balik dari solat asar, aku ke kedai untuk mendapatkan lengkuas kerana itulah bahan yang belum ada. Tulang dibersihkan dan kemudian direbus sehingga empuk (foto di bawah)

Sambil itu, aku menyediakan bahan-bahan lain. Tulang untuk berbuka puasa sukar dijangkakan kerana mungkin peminatnya ramai. Jadi, aku dapatkan sedikit daging untuk tempelan.
Setelah agak empuk, ku masukkan semua bahan yang telah ditumbuk dan dimayang kedalam rebusan tulang.
Akhirnya singgang tulang turut menjadi juadah berbuka puasa semalam sehingga ke sahur.

4 comments:

CRoiMan said...

memang sedap singgang tulang...kalau ganti tulang kaki dengan tulang rusuk memang lebih baik...daging yang ada pada tulang rusuk bila dah cukup empuk akan bergentel pada tulang...dan tahun ni waris tak ada peluang nak memasak kerana isteri tersayang memang dah handal memasak...tapi waris dah merasa gulai tempoyak paling best in the world semasa balik kampung dan berbuka puasa hari pertama lagi gulai tempoyak ikan tenggalan sungai Jelai...memang pehhhh!

Yati Wahab said...

hubby dan anak2 kawe memang gilo sup gear box...tiap minggu orang yang jual daging tu memang simpannya lah utk kita. pagi sabtu ni kito nk g beli pagi2 lagi sbb nak dapat tulang rusuk kena awal...kawe nak cuba singgang la pulok...

kawe kalu rebus dari pagi sampai la petang...memang pah tule pun puk jugak..he..he

ingat jah make singgang tulang masa adik kawe nikoh dgn oghe rede byk tahun dok anak dia pun dah besar..dkt doh dgn pasir puteh...

Yati Wahab said...

nak kongsi tips rebus tulang..petua mak kawe...dia kato masukkan sudu..gerenti empuk dengan cepat...kawe memang ikutnya...

oghe sains mesti ada jawapannya kenapa...

Mat Amin said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat moderator HARAPAN DAN REALITI sekeluarga serta kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin.

Yang Ikhlas

Mat Amin
http://matamin02.blogspot.com