Monday, September 7, 2009

Cuti Nuzul Quran

Seperti biasa, setiap tahun beberapa negeri akan menyambut nuzul quran dengan cuti umum manakala ada yang menyambut 1 Ramadhan. Ini semua terletak atas kebijaksanaan dan pemimpin terdahulu kerana cuti ini telah lama dilaksanakan di sleurh negara.
17 Ramadhan kadang-kadang membawa berita sedih. Bukan apa, ketika umat islam sedang mula memasang gear untuk menempuh 10 malam terakhir yang lebih baik daripada 1000 bulan pada salah satu malamnya yang sepatutnya bergegar di sleuruh media samada media bergambar atau bercetak tentang cita-cita besar individu muslim.

Semacam ada yang tidak kena sejak berzaman apabila radio sudah mula memainkan lagu-lagu raya dan sedar tak kita bahawa sesiapa yang membesarkan raya ketika belum masanya seakan melakukan 2 pengkhianatan besar kepada rakan seislam mereka. Pertamanya, mereka membesarkan raya sehingga umat islam lupa cita-cita besar yang wajib dikejar iaitu pembebasan daripada api neraka. Kedua, mereka menjaja raya selama sebulan yang menyebabkan umat islam meninggalkan satu lagi syiar islam iaitu berpuasa enam hari di bulan syawal.

Oleh itu, blog ini mengambil sedikit peranan untuk mengajak umat islam kembali kepada sunnah dengan memperbanyakkan ibadat di sepuluh malam terakhir supaya takbir dan tahmid kita lebih lazat pada malam 1 syawal. INSYALLAH!

1 comment:

Jubah hitam said...

Ambe spot malam ke 23 lailatulqadar kepada yang malas untuk berusaha. Kepada yang rajin tiada masalah. contohnya pelajar sekolah yang rajin tak perlu soalan spot.