Monday, August 24, 2009

Rezeki masing-masing

Bulan Ramadhan sering menjadi bulan untung para peniaga terutama yang melakukan secara tahunan di mana setiap kali ramadhan menjelma , merekalah yang paling sibuk berbisnes samada menjual air tebu dan sebagainya, Setelah masuk hari ketiga, rupamnya hujan sering turun dengan lebatnya dan dikatakan menganggu bisnes para peniaga di bazaar ramadhan. Apo nak dikato, bak kata seorang cina di pekan, tak soh bazir la membeli banyak-banyak, bukan makan pun, nafsu lapar semua benda nak dibeli, lebih baik masak sendiri. Fuh! pemikiran baru dalam suasa anjakan paradigma ini agak berlainan sungguh. Itulah hebatnya bila minda masyarakat lebih terbuka. Bazaar ramadhan bukan lagi pilihan utama tetapi perbelanjaan berhemah menjadikan masyarakat kurang membazir.

Besok juga menentukan rezeki masing-masing apabila kebanyakan pemegang DG akan menghadapi peperiksaan PTK dan jelas sekali, keputusan yang baik akan melonjakkan lagi pendapatan bulanan dan ia tidak mengira siapa anda semasa bekerja, walaupun anda besok demam dan pening kepala. Jika baik anda menjawab anda akan dikira hebat dan layak untuk mendapat kenaikan. Bak kata; rezeki masing-masing.

Malam ini juga menjadi rezeki masing-masing sejak azan maghrib sehingga solat terawih. Ada yang mendapat laba besar dengan memberi makan orang berpuasa, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah, solat terawih 2o rakaat, witir 3 rakaat dan bertadarus. Hebat rezeki mereka. Ada yang kecil sahaja rezeki, berbuka puasa, solat seorang diri maghrib dan isyak, tidak berterawih dan witir dan bersenbang kosong di kedai kopi. Itulah rezeki masing-masing.

1 comment:

Jubah hitam said...

Bila nak dapat rezeki berbuka bubur lambuk masjid Kampung Baru?