Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir

Pada akir tahun 80-an, Permatang Pasir adalah tidak asing bagi sekumpulan anak muda dari Kelantan yang menetap di rumah sewa di Desa Murni , Sungai Dua. Setiap malam mereka akan menaiki motorsikal ke satu simpang yang dipamggil Kedai Olan dek kerana di situ adanya kotak lagu dan lagu Olan, Cinta Bandar Tasik Selatan akan selalu dimainkan sambil menjamah teh tarik. Itulah kawasan Permatang Pasir yang menjadi satu lagi sejarah PRK paling banyak sejak PRU1 sehingga kini.

Hari ini, rakyat Permatang Pasir akan keluar mengundi untuk memilih calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat mereka setelah pemergian YB Datuk Hamdan ke rahmatullah. Beliau menjadi ADUN Permatang Pasir sejak 1999.

Sebagai pemerhati, saya mendapati bahawa kempen kali ini banyak berkisar kepada wibawa calon untuk menjadi wakil kepada rakyat kawasan tersebut dan jelas sekali, 80 % daripada masa kempen BN adalah untuk menjawab dan menjelaskan kenyataan dari pihak PAS tentang kredibilti calon mereka.

Memilih pemimpin adalah penting kerana pemimpin yang adil akan mendapat naungan Allah di hari kiamat nanti. Tersilap memilih bermakna kita akan menurut jejak mereka ke dalam siksaan Allah kerana kita membiarkan pemimpin kita yang dipilih oleh kita melakukan amal munkar dan maksiat kepada Allah.

Bagi pengundi PRK Permatang Pauh, Selamat mengundi dan pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke arah keberkatan dan keamanan untuk kehidupan yang baik di dunia sehingga ke alam akhirat. Wallahua'lam.