Tuesday, August 25, 2009

Sepanjang jalan ke utara

Bermula pukul 4 petang dari KB, kami menggunakan laluan jambatan Salor-Lemal dek kerana kesesakan jambatan Sultan Yahya Petra lama manakala jambatan baru belum tentu masa siapnya. Harapan kami adalah kesempatan untuk ke Permatang Pasir bagi melihat sendiri proses demokrasi berjalan terutama di pusat penjumlahan. Hujan di sana sini merencatkan sedikit perjalanan sehingga ke Jeli. Terlihat banner majlis tadarus dan berbuka puasa di Parlimen Jeli bersama TGNA pada 4 Ramadhan, kekok rupanya bila tarikh masihi tidak digunakan. Sekurang-kurangnya bila Ramadhan tiba, umat islam pasti menggunakan kalendar islam. Singgah solat asar di Batu Melintang sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke utara. Ketika berada di simpang Gerik, SMS diterima daripada rakan yang menyatakan bahawa calon PAS telah menang. Kereta dipecut kerana biasanya pengumuman akan dibuat menjelang 9-9.30 mlm. MAsih sempat untuk tiba di destinasi. Apabila hampir waktu maghrib, kami sudah berada di sebuah kedai di simpang ke Baling. Pada masa yang sama , sekumpulan anak muda masuk ke kedai makan dengan memakai baju 2 tok guru dan mansuhkan ISA. Mereka dalam perjalanan pulang dari permatang pasir. "Menang ?" Majoriti 4000 lebih, "kata salah seorang pemuda.
Teringat kisah sepasang India di Kuala Ketil yang mengambil air di kolah masjid ketika PRU12 kerana kemenangan PR di Kedah. Itulah hebatnya politik di Malaysia.
Berita di TV telah menayangkan pengumuman kemenangan ustaz Salleh Man maka perjalanan terpaksa diubah. Tidak berpeluang ke Permatang Pauh maka perancangan seterusnya adalah untuk berterawih. Apabila azan isyak berkumandang, kami sudah di perkarangan masjid taman ria, sungai petani. Aircond la mesjid zaman sekarang.
Sekitar pukul 10 tadi, kami singgah pekena air kickapoo di RnR Gurun sebelum tiba di Langgar kira-kira pukul 11. Alhamdulillan perjalanan selamat ke utara dan buat Ustaz Salleh Man, tahniah kerana terpilih menjadi YB setelah 6 kali mencuba sebelum ini. Teruskan khidmat kepada rakyat dan insyallah, kemenangan ini menjadi titik tolak kepada gerakan dakwah di muka bumi Malaysia.

2 comments:

Matt Kopikarat said...

Salam Pakwar..saya Deen dari Golden Sand, Kelate. Eh..tak jauh tu. Sy bukan bijak bercakap dlm politik tetapi politik sekarang makin parah. Parah dek pemimpin yang kemarukkan jawatan dan wang. Apa pun kita doakan Melayu tidak akan hilang di telan zaman walaupun Melayu kini ketinggalan zaman.

Deen

Jubah hitam said...

Lepas terawih di utara bolehlah pekena pasembor bersama teh tarik mamak