Thursday, August 20, 2009

Luahan Akhir Syaaban

Ahlan Wasallam! Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi separuh semester kedua selama seminggu. Nampak ada perbezaan menjelang hari terakhir pesekolahan ini.Yang pertamanya, pelajar tingkatan 3 masih sibuk menjawab soalan peperiksaan percubaan maka tidak nampak semangat untuk bercuti bagi mereka. Kedua, oleh kerana cuti bermakna puasa ramadhan akan bermula, keseronokan cuti kurang dirasai kerana kebanyakan manusia hari ini melihat puasa ramadhan sebagai kewajipan yang wajib dilakukan bukannya ibadat yang ditunggu-tunggu, maklumlah berlapar dan dahaga. Umat Islam akhir zaman memang ketara cara sambutan kehadiran bulan ramadhan. Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi supaya kita diberikan gandaan atas amalan kita kerana terlalu banyak fitnah dan godaan dunia. Jika kita ingin menjalankan sesuatu amanah maka kita sering diuji dengan pandangan mata yang melihat manusia lain yang bertindak secara biasa. Aduh ! memang getir cabaran untuk berjaya sebagaimana sukarnya untuk mendapat puasa terbaik. Jika tiada bantuan dari Maha Pencipta, kita hanya layak untuk menjadi orang yang biasa. Buat semua guru dan pelajar sekolah;selamat bercuti dan selepas seminggu, kita akan menjadi manusia yang lebih baik dan lebih beriman. Bila ingin bercakap,tarik nafas sekejap menandakan kita tidak bercakapmelainkan diturunkan pahala dek beranfaatnya percakapan kita. Wassalam

1 comment:

Jubah hitam said...

Teringat berpuasa di Putramas, selepas main gym pergi berbuka bubur lambuk dekat Masjid Firdaus Segambut.