Tuesday, August 18, 2009

Berita malam ini...

Teringin menonton berita untuk mengetahui hal mutakhir ... H1N1 meragut 3 lagi nyawa. Semacam berita biasa didengar tetapi kematian itu akan berakhir samada ke syurga atau neraka. Tiada siapa yang boleh menafikan kesahihan itu selagi kita mengaku beriman dan percaya kepada rukun iman. Pandemik ini dijangka akan menjadi lebih besar pada pusingan kedua nanti yang mungkin berlaku ketika musim hujan melanda. Kita hanya mampu berdoa agar ia tidak merebak dengan cepat.

Berita juga dibacakan tentang kenyataan TG Nik Aziz tentang UMNO dan islam. Pendapat peribadi saya yang juga diambil daripada tok -tok guru adalah bahawa apabila kita berada di padang mahsyar, perlembagaan yang digunakan adalah perlembagaan quran dan hadis. Jika kita melakukan amalan yang sama dengan suruhan Allah melalui RasulNya maka kita akan selamat ke syurga.

Berita juga memuatkan tentang inkues Teoh dan juga kes Gobala (MP Padang Serai). Perkara berlaku akan sukar apabila ada pihak ingin menyukarkannya tetapi jalan penyelesaian akan diperolehi dengan lebih mudah apabila tidak melibatkan orang politik.

2 comments:

Jubah hitam said...

Pagi tadi ambe minum air bersama dgn YB Zawawi (Adun K Berang). Beliau mengulas kenyataan TG Nik Aziz.., "orang islam yang akan masuk syurga dan bukannya orang umno atau pas"

Anonymous said...

orang islam belum masuk syurga, orang beriman akan masuk syurga. Islam belum tentu beriman. Ayat Quran menyebut wahai orang yang beriman...