Wednesday, August 19, 2009

Aktiviti hari ini...

Seawal pukul 5 ptg, pemain bola sepak SMKBJ telah bersedia untuk bermain di peringkat separuh akhir Piala Pengetua menentang pilihan Alor Hijau. Perlawanan berlangsung dengan sengit dan berakhir dengan kekalahan 0-2. Tahniah kepada pasukan lawan yang mara ke pertandingan akhir besok menentang pilihan Tok Ngulu yang turut membariskan bekas pemain negeri.
Malamnya pula, acara bakar ayam serta karaoke turut diadakan sempena perlantikan PK1 dan PKHem. Beginilah caranya kami di SMKBJ meraikannya. Kelihatan Bos No 1 sedang menyanyikan lagu P Ramlee. Ada yang meminta saya menyanyi, saya tolak dengan lemah lembut kerana tidak ada lagu yang sesuai.
Di antara para pembesar yang hadir termasuk pengetua, PK 1, PK Hem , GK dan beberapa rakan sejawat.
Kerja dapur jer malam ni. Seronok membantu para pekerja sekolah menyiapkan hidangan ayam bakar untuk tetamu. Hubungan sekolah -masyarakat agak baik. Lebih kurang 30 tetamu adalah penduduk kampung yang turut meyumbangkan lagu.

2 comments:

ARIN said...

amber rasa en blogger tertinggal satu xtvt utk di uploadkan..."program bersama YB salah satu DUN di parlimen besut"

Jubah hitam said...

Nak jadi pengetua mesti tahu nyanyi(woo-2009)