Saturday, June 6, 2009

Walumatul Urus dan Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah dan kenduri kahwin sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Kebetulan kenduri kahwin kami juga diadakan semasa cuti juga (tetapi cuti raya puasa ). Setiap pasangan dan keluarga yang ingin mengadakan kenduri memang berhasrat untuk menunggu sehingga cuti sekolah dengan harapan semua ahli keluarga dapat berkumpul dan menjadi kenangan yang terindah terutama kepada kedua bakal mempelai. Jangan di sangka semua orang begitu, ada juga pihak yang tidak suka untuk membesarkan atau menghebohkan kenduri mereka secara keterlaluan. Ini semua adalah pilihan. Yang penting adalah keberkatan majlis kerana setiap majlis yang diberkati akan dipenuhi seribu rahmat. Majlis perkahwinan kali ini diadakan di dlaam perkarangan mesjid malah di bawah mesjid itu sendiri. Mungkin keberkatannya sangat tinggi kerana masing-masing pihak sedaya upaya menjaga tertib dan adab supaya sesuai dengan nilai tempatnya, itulah kelebihan rumah Allah. Tidak ada persandingan yang melibatkan renjisan pelbagai air dan tepung dan juga tiada nyanyian lagu dari corong kecuali suara muazzin yang mengalunkan azan zohor menjadi hiburan kepada manusia yang terus menaiki tangga untuk ke tempat solat. itulah rahmat yang dikurniakan di depan mata. Apakah lagi yang akan diberikan kepada empunya majlis, hanya Allah yang mengetahuinya. Dan nikmat yang paling besar ialah nikmat Iman dan Islam.
Dari jauh pengantin perempuan datang, nun di hujung negeri Kelantan mencari sang Suami yang berada di tengah-tengah Semenanjung. Itulah Jodoh dan Pertemuan, tiada siapa yang tahu. Manis dan segak kedua-dua mempelai tanpa mendedahkan aurat menjadikan seri majlis tanpa ada cacat dan cela.
Kenangan mereka di kampus terus disambung hingga ke anak dan insyallah cucu. Itulah pentingnya kawan yang jujur yang tidak mencari kesempatan di atas kebaikan kawan. Tanpa kawan sejati , hati akan sunyi dan kepercayaan adalah penting untuk sebuah hubungan yang berpanjangan. Biar ada cemburu tetapi jangan mencurah-curah, biar ada benci tetapi jangan dibuang rasa sayang, biar ada marah tetapi segera disiram penawarnya, biar ada rindu tetapi ada hadnya. Itulah asam garam kehidupan.
Perlukah adanya Siti Nurhaliza atau Dayang Nur Faizah untuk sebuah majlis perkahwinan. Biarkan mereka menyanyi untuk suami mereka, jejaka mesjid tetap hebat dengan salawat dan nyanyian penghibur hati. Lelaki melihat tidak bergetar lututnya, perempuan mendengar terus mengingatkan saat manis di pelaminan. Mesjid menjadi penyelamat umat sebagimana Masjid di Acheh yang menjadi tempat paling selamat di Muka Bumi Acheh ketika Tsunami dan juga para demonstrasi PPSMI.
Teduh dan redup di bawah teduhan lantai solat menjadi tempat yang paling sesuao ketika mentari terik memancar bumi. Jika hujan yang turun mencurah-curah, tiada siapa yang akan basah kuyup. Semoga kedua-dua mempelai, nazim dan rohana akan berbahagia ke anak cucu. Kepada Encik Ibrahim dan Cik Ani, semoga mendapat menantu yang akan membawa sejuta penghormatan kepada keluarga dan terima kasih di atas jemputan.

2 comments:

Jubah hitam said...

Walimatulurus sekarang sudah menjadi budaya, sekali bersalam (kertas hijau/merah bertukar tangan). Kalau satu hari jemputan 5/7 kali bagaimana dengan golongan kurang berkemampuan, kalau tak bagi malu, Apa pendapat anda?

Pakwar said...

jemputan yang tidak perlu dihadiri:
- bercampur gaul dengan maksiat
-hanya mengundang orang kaya'
-jika kita tidak ikhlas nak memberi, tidur di rumah adalah lebih baik daripada memberi rm10 kerana malu pada tuan rumah kaya berbanding memberi rm 3 kerana mereka orang mskin.