Friday, June 5, 2009

Sekadar bertandang.....

Menaiki komuter dari Putra ke Midvalley agak mencabar kesabaran kerana terpaksa bersesak-sesak dengan ramai orang sempena cuti sekolah. Walaubagaimanapun hati tercuit untuk menonton wayang berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak. Ramai juga rupanya penonton petang Jumaat ni. Watak Hantu Raya (Sam),Toyol (Cat ) dan Orang Minyak (Lan Pet Pet) yang lucu membuatkan audien tertawa terbahak-bahak. Ada saja scene yang seram tapi taklah seram sangat sebab terlajak lucu bila ketiga-tiga bakal penanggung saka tu nak bertukar jadi hantu bila bulan mengambang. Saya bagi 4 bintang
Bolehlah menghilangkan stress. Sekadar suka-suka. Tapi yang tak beberapa suka ialah kesedaran sivik masih kurang dalam kalangan rakyat Malaysia. Menaiki komuter dah lama rasanya rakyat Malaysia tak perlu beratur, main redah dan berebut-rebut jer. Tolak-menolak dan berasak-asak . Nak keluar dan nak masuk pandai-pandaila. Sampah pun mereka buang saja merata-rata walaupun tong sampah ada disebelah. Cubalah jadi macam rakyat di Jepun, abu rokok pun sanggup digenggam sampailah jumpa tong sampah untuk dibuang. Susahkan kalau dari kecil tidak terdidik jangan buang sampah merata-rata !

2 comments:

ARIN said...

kita tak akan dapat ikut jepun,kerana menteri2 jepun akan letak jawatan sekiranya x dpt memberikan khidmat yg terbaik utk rkyt..kita?

Jubah hitam said...

Menonton sambil makan pop corn ke?