Monday, June 1, 2009

Berjumpa lagi....

Hari ini kami berjumpa lagi untuk menyiapkan projek penyelidikan yang kini berada di tahap 70 % secara draft. Penyelia, Dr Sathiamoorthy merupakan pensyarah yang boleh dianggap sebagai the best sifu kerana tidak ada jurang untuk berbincang dan hanya ucapan terima kasih tak terhingga yang boleh diucapkan kepada beliau. Apatah lagi, subjek kurikulum yang diajar juga merupakan minat utama saya. Persetujuan telah dicapai tentang bagaimana dapatan kajian hendak dihuraikan dalam bab 4. Nik, yang baru tiba dari Kelantan dgn membawa selori data mentah juga mula menunjukkan pningkatan. Tahniah untuk Nik kerana telah berjaya mendapat 4,4 dalam PTK, yang bermakna naik gaji lagi rm 500.

Arman, seperti biasa menjadi ahli bersekutu dan menadah telinga untuk mendapatkan maklumat serta Siti yang sedang menunggu giliran untuk perbincangan.

3 comments:

Jubah hitam said...

Tumpang dengar penyelia pakwar sebab penyelia betul bercuti. Frust!

Pakwar said...

patutla nampak mudar mandir tak berapa ceria tadi.

Yati Wahab said...

Sayang saya tak tumpang dengar tadi...
kalau tak tentu banyak dapat ilmu...

anyway tq very much kerana ringan mulut dan lapang dada tolong rakan seperti saya...

hope we will always keep in touch..