Thursday, January 22, 2009

Malaysia 0 UAE 5

Keputusan perlawanan semalam membuatkan para peminat bola sepak di Malaysia mula mencongak apakah keputusan yang akan diperolehi jika Malaysia menentang negara yang berada di ranking teratas. Jarak antara kedua-dua negara dari segi ranking hanyalah di peringkat melebihi seratus namun keputusan ini sukar diterima peminat. Walaupun saya kurang pasti benarnya kerana berdasarkan cakap-cakap orang, 5-0 adalah memalukan.

Teringat pada perbincangan semalam di televisyen di mana Sherbie Singh pelik melihat jadual perlawanan liga Malaysia bertembung dengan EPL sedangkan di mana status pemain negara ini jika hendak dijual bersama Torres, Ronalno, Kaka, Gerard dan sbg nya.

Bagaimana mutu bola sepak negara boleh ditingkatkan?

1. Jangan adakan kejohanan bola sepak peringkat MSSM untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tumpuan kepada kemahiran individu bukannya pasukan sebagaimana yang dilakukan sekarang. Jurulatih mementingkan kemenangan sehingga mengabaikan konsep memberikan ilmu yang bersifat authentik yang membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran dari masa ke semasa

2. Jangan gantikan padang sekolah dengan makmal komputer. Ia hanya menggalakkan kepada ramai pemain bola maya yang tidak membantu Malaysia untuk memenangi Piala Dunia.

3. Bebaskan padang sekolah kepada komuniti supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat bersama-sama menggunakan tanah bumi ini.

4. Perbanyakkan kejohanan, jangan tiru EPL tetapi biar satu kejohanan tamat dalam masa 3 bulan. Dalam setahun, liga Malaysia mempunyai 4 musim dan buat giliran pemain berselang supaya ada masa rehat dan jumlah pemain yang bermaina adalah ramai. Jangan tunggu Safee Sali pencen baru nak bentuk pemain lain. Bila nak maju ?

5. Kanak-kanak yang dilatih perlu diberikan diet yang sesuai supaya boleh membesar secara maksimum dan tulang yang kuat. Tengok bagaimana Jepun dah lakukan. Apa beza pemain bola jepun dengan askar jepun tahun 1941 dari segi ukuran tinggi dan saiz badan.

2 comments:

Jubah hitam said...

Semuanya terserah pada batu jemala guru PJK. Anda perlu lakukan satu research untuk menjawab pertanyaan ini, jangan hanya hentam kromo, mana data? kebolehpercayaan?

ARIN said...

guane jubah hitam loni komen mcm org pertubuhan kebangsaan melayu bersatu jah?ke boleh RM300 br ni?KAH KAH KAH tahniah kpd pasukan bolasepak negara.Bukan ambo x patriotik tp sesuatu perlu dilakukan utk meningkatkan mutu bolasepak negara.Cuma pada pandangan amber kalau padang sekolah digunakan utk mengadakan ceramah parti islam amber yakin tidak akan menjejaskan mutu bolasepak negara.Amber?peminat salim mahmud