Saturday, January 17, 2009

Berita Mutakhir

Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu
Oleh G. MANIMARAN

PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.


[DIKEMAS KINI, 9.30 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.




Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.




Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.


Beliau menang dengan majoriti 2,631




Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.




Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

2 comments:

ARIN said...

akhirnya P036 milik PAS,sekalung tahniah kepada semua pejuang Islam yg bernaung di bawah PAS..Takbiiirr

ARIN said...

Tahniah juga amber ucapkan kepada encik jubah hitam kerana mendapat ahli parlimen dari parti yg sama dgn ahli parlimen amber..cuma sedikit dukacita kerana pada waktu kemuncak pengundian encik jubah hitam berada di dungun.