Wednesday, July 31, 2019

BERKALI -KALI

Semua orang mempunyai niat dan keazaman tersendiri. Ia bukan sahaja melibatkan 1 Januari setiap tahun kerana mudahnya menetapkan sesuatu sasaran dengan masa. Masa juga lah memusnahkan impian seseorang. Masa itu sangat berharga sehingga dikaitkan masa itu dengan emas.

Perkara yang sering cuba dimulakan oleh setiap individu adalah untuk sihat. Dengan kata lainnya ialah untuk berusaha supaya jasmani ini sentiasa kekal muda dan cergas. Cergas boleh ditafsirkan dalam pelbagai definisi mengikut apa yang dirasakan. Ada orang yang mengatakan cergas ini adalah bila dia boleh keluar jogging atau ada yang anggap dirinya cergas bila selalu bermain badminton.

Definisi cergas yang seringkasnya ialah seseorang yang boleh melakukan aktiviti rutin tanpa berasa penat dan pada masa yang sama boleh mengelakkan diri atau meyelamatkan diri dikala berlaku kecemasan.

Keazaman kini bagi diri ini ialah untuk mendapat kesihatan yang optima sesuai dengan usia dan jangkauan kesihatan diri. Mungkin bagi orang yang sedang menikmati kayuhan mingguan 100 km atau larian pagi 10 km di hari minggu mempunyai impian yang berbeza dengan diriku.

Seusai CABG sejak 2017, aku begitu yakin dengan usaha untuk meningkatkan kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal tetapi di saat aku diserang angin ahmar yang minor, aku mula menyedari bahawa kita terlalu lemah tetapi pada masa yang sama aku perlu sedar bahawa kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja.

Berkali-kali aku memikirkan apa yang patut aku lakukan pada masa ini. Akhirnya aku memilih untuk mengubahsuai rutin kecergasan ku. Sebelum ini, setiap hari aku melakukan senaman dengan bermain golf sambil berjalan sejauh 3 km sehari. Kali ini aku ingin kan kelainan.

Bukannya aku tidak biasa tetapi berkali-kali itu juga aku akan memulakan tetapi sentiasa berakhir dalam masa yang singkat.

Aku memilih untuk kembali ke gym. Aku perlu kembali mengangkat besi-besi itu demi diri ini yang masih ingin melangkah jauh. Bayaran bulan ini telah dijelaskan dan aku akan bertahan dulu untuk 30 hari.

Good luck Azhan.

No comments: