Friday, July 26, 2019

RODA YANG BERPUTAR

Aku terjaga dari tidur hari ini seawal jam 5.15 pagi. Dalam keadaan gelap itu tiba-tiba fikiran ku melayang ke kepada dua patah perkataan iaitu equity dan equality. Memang aku biasa mendengarnya tetapi mengapa di waktu gelap dinihari begini?

Aku yang aku lakukan semalam hingga ia menerjah fikiranku. Semalam aku mendengar penerangan berkaitan SSPN plus oleh PTPTN. Adakah ia berkait dengan dengan kelangsungan hidup orang yang ditimpa atau diuji oleh Allah seperti kemalangan atau kematian?

Perkara ini aku tidak pernah berpeluang mendalaminya samada ada hubungan antara aktiviti dengan fikiran yang tiba-tiba datang selepas bangun dari tidur yang nyenyak.

Apa yang boleh aku katakan ialah aku teringat tentang masa depan. Aku terinagt tentang pendidikan korektif. Aku teringat tentang betul atau tidak pekerjaan ku ini.

Aku bayang kan ia bermula dari pilihan. Kita biasa sejak kecil lagi dipilih. Kadang-kadang dipilih oleh ibu dan bapa berbanding adik beradik lain untuk bersama mereka kemana-mana. Selepas kita bersekolah , kita dipilih pula untuk jadi ketua darjah atau tidak.

Selepas mendapat keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, kita dipilih pula untuk mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh atau mungkin ke Kelas Khas di sekolah menengah. Dalam aktiviti sukan, kita juga dipilih atau mungkin tidak dipilih untuk mewakili sekolah, daerah, negeri atau mungkin negara.

Tidak semua orang dipilih kerana tempatnya terhad. Pasukan bola sepak hanya ada 18 orang sahaja. Berapa ramai yang bermain bola sepak tetapi tidak terpilih?

Selepas peperiksaan SPM maka selagi lagi kita dipilih. Ada temuduga dan ada permohonan yang berbagai-bagai tetapi bukan semua yang dipilih. Maka, akan ada yang terpinggir dalam aspek melanjutkan pengajian. Sekagi lagi konsep memilih dan dipilih berlaku dalam masyarakat.

Ada orang teringin untuk belajar di luar negara tetapi dia tidak terpilih maka dia akur dan meneruskan proses menuntut ilmu dalam negara.

Ada juga yang ingin ke universiti tetapi tidak terpilih maka dia sekarang telahpun bersara sebagai bekas tentera.

Hakikatnya hidup ini penuh dengan pilihan tetapi manusia yang menentukan lriteria pemilihan. Dari sinilah bermulanya you know what dan you know who.

Adakah boleh kita sediakan equality kepada semua atau kita perlu memahami maksud equti dengan sebenarnya. Kita biasa dikisahkan oleh ulama dengan hadis yang menrangkan tentang pahala berganda dengan sesuatu amalan. Ia adalah ibarat short cut tetapi sebenarnya itulah equti. Umat akhir zaman yang pendek umurnya dikhasiatkan dengan amalan yang sama banyak pahalanya dengan amalan umat zaman dahulu,

Berbalik kepada fikir ku, apa yang berlaku dalam pekerjaan ku ialah menyediakan dan mencari peluang kepada penghuni untuk mendapat laluan kerjaya dan kehidupan setelah dibebaskan. Betulkah tugas ku ini dengan konsep pilihan. Berapa ramai yang telah kita perhatikan manusia yang sentiasa ditolak permohonan mereka atau dinafikan peluang kerana bukan semua orang akan dapat apa yang mereka inginkan.

Bila terbaca tentang graduan B40 yang tidak mendapat pekerjaan maka bagaimana golongan ini ingin keluar dari aras kemiskinan?

Cuba bayangkan seramai 400,000 calon SPM 2019 yang akan keluar dari sekolah di seluruh negara, Bagaimana ekuiti dan equality hendak kita terjemahkan?

Anda yang sudah bergaji dan akan berpencen mungkin sudah lepas separuh masalah kehidupan. Apakah nasib mereka yang sedang bertungkus lumus belajar sekarang untuk kehidupan mereka 10 20 tahun lagi.

Islam menggunakan konsep zakat sebagai jalan penyelesaian ditambah dengan sedekah dan apakah peranan kerajaan pula untuk menyamaratakan secara adil. Sesungguhnya ekuiti dan equality adalah bersekali bukannya berasingan. RODA AKAN SENTIASA BERPUTAR KERANA MASA YANG MEMUTARKANNYA

No comments: