Sunday, September 9, 2018

Sirih naik junjung

Peluang di depan mata
Luas bak lautan terdampar
Mempersilakan setiap diri
Yang berkeinginan tinggi

Tidak kira di mana jua
Setiap insan tanpa curiga
Mencari jalan untuk dipuja
Kerana indahnya menjadi raja

Aku sirih yang dijunjung
Bukan kaduk seperti katamu
Aku ada harga sendiri
Kau silakan mencari diri

No comments: