Friday, September 7, 2018

Antara 2 batang pen

Nukilan hari ini kecil tetapi besar.  Kecil kerana hanya tentang pen yang kadang2 akan hilang sebelum kehabisan dakwat. 
Ia juga besar kerana ia boleh mematikan peluang orang lain jika ditulis atau ditandatangani.

Kali ini,  dua pen ini berbeza kerana salah satunya adalah milik rakyat dan yang sebatang lagi adalah milik peribadi.

Jika pemimpin dahulu bertukar lilin kerana ingin mengasingkan kerja milik Kerajaan dan peribadi, adakah mereka terlalu alim atau kita ini terlalu jahil dan berdosa kerana menggunakan milik awam untuk kepentingan peribadi.

No comments: