Friday, November 11, 2011

pencuri besi buruk

semasa aidil adha yang lalu, kami telah bergerak untuk mengagihkan daging korban kepada jiran dan juga beberapa kenalan. Ada seorang anak murid isteri yang telah menjadi yatim piatu juga tidak terlepas daripada agihan yang dibuat. Semasa sampai di rumah beliau, saya ternampak 2 buah basikal sedang tersandar di pagar, dalam keadaan berkarat dan sebuah daripadanya sudah tiada tayar hadapan. Saya terlintas betapa ruginya basikal tersebut tidak digunakan sedangkan khasiatnya banyak untuk kesihatan. Saya mohon isteri untuk meminta daripada muridnya. Alhamdulillah! Beliau telahpun menganggapnya sebagai besi buruk. Pagi ini, kami ke rumahnya untuk mendapatkan basikal tersebut. Oleh kerana tuan rumah tiada di rumah, maka dengan satu sms, beliau menyuruh kami untuk mengambilnya... ibarat pencuri besi buruk, kami mengangkat 2 basikal masuk ke dalam kereta dan akhirnya sampai ke kedai basikal untuk dibaiki dan insyallah akan menjadi basikal yang boleh digunakan nanti....

1 comment:

Yati Wahab said...

banyak amalan dan saham akhirat dapat dikutip jika kita jadi cikgukan...