Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama...

1 Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Petang tadi,kelihatan bazar-bazar sedang memperagakan juadah berbuka puasa untuk menarik hamba Allah untuk menhabiskan wang bagi membeli sesuatu yang mungkin tidak sempat dimakan. Itulah suasana hari pertama di Pasir Puteh.Hujan lebat di awal petang tidak menghalang manusia untukkeluar berduyun-duyun. Pesta sudah bermula namun Tuan Imam yang memberikan tazkirah asar menegur sikap umat yang leka sewaktu berkunjung ke bazar yang bersebelahan dengan masjid. Anak gadis memakai baju lengan pendek dan seluar ketat tidak mencerminkan penghayatan agama. Kereta diletakkan di dalam pagar masjid tanpa menghiraukan jemaah yang lebih tua. Itulah dunia hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Ambo petang ni buat lawatan ke Pasar Ramadhan bersebelahan Hospital KT. Selepas ziarah bapa saudara yang terlantar sakit di situ, singgah sekejap di bazar Ramadhan bersebelahan "Kolam Renang". Mengancam juga iman tengok jualan makanan di situ.