Monday, August 23, 2010

Apa tugas PKP sebenarnya...

Di sekolah Penolong Kanan Pentadbiran adalah merupakan pemimpin kedua selepas daripada pengetua. Mereka yang dilantik menjadi PKP biasanya telah berpengalaman menjadi guru kanan bidang dan PK KO serta HEM. Oleh yang demikian, adalah menjadi kebiasaan mereka dilatih untuk berperanan seperti pengetua kerana melalui latihan barulah mereka ini akan cepat menyesuaikan diri apabila dilantik menjadi pengetua suatu masa nanti.
Seorang PKP mengikut pekeliling mesti mengajar sebanyak 12 waktu di mana secara purata beliau akan mengajar 2/3 waktu sehari. Selain daripada itu, PKP adalah orang yang penting dalam segala hal kurikulum dan staf. Masalah yang dihadapi oleh PKP ialah kebanyakan PPD kerap memanggil mereka untuk hadir ke mesyuarat atau taklimat. Hal ini perlu diambil kira kerana banyak tugasan PKP akan terganggu akibat kekerapan keluar daripada sekolah pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tugas PKP dan kekangannya sebagai pemimpin instruksional boleh dibuat kajian untuk melihat ruanglingkup tugas PKP di sekolah.

2 comments:

Jubah hitam said...

suatu idea yang bagus untuk diketengahkan

Yati Wahab said...

Mesyuarat banyak mungkin kerana fonomena transformasi kurikulum dan NKRA yang sedang dilaksanakan.

Tapi KPPM dalam mesyuarat yang dipengerusinya selalu ingatkan jangan dok suka buat itu..ini..yang bebannya guru2 dan pengetua di sekolah.

Selamat hari raya.