Saturday, April 3, 2010

Tiba-tiba terfikir

Semasa waktu zohor, aku telah ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Aku tertinggal satu rakaat (masbuk). Apabila imam memberi salam, aku  bersama beberapa jemaah lain bangun untuk menghabiskan rakaat masing-masing. Imam berwirid secara perlahan namun masuk ke dalam telinga dan menjadi halwa telinga.
Setelah solat, aku terfikir, tidakkah wirid itu tadi adalah gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat ?

1 comment:

Nana Tanjung said...

Imam berwirid secara "perlahan" tetapi masih boleh didengar oleh makmum yang sedang sembahyang. Pelik bila mendengar rintihan ini. Jika benar imam telah memperlahankan suara wiridnya pastilah yang didengar oleh anda ialah suara-suara lain yang sentiasa mengganggu orang ketika solat atau kita perlu lebih berusaha untuk khusyuk dalam solat.