Wednesday, April 21, 2010

KOT kali ke 34

Berlangsung sejak semalam, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke34 merupakan program utama kokurikulum sekolah. Dengan latihan rumah sukan, persiapan unit beruniform dan kursus pembantu pegawai menjadikan program ini kelihatan lengkap dan melengkapi kehendak kurikulum kebangsaan. Ada yang berperanan sebagai JK setiap unit, ada yang menjadi atlit, ada yang belajar menjadi usahawan dan semua ini boleh didapati melalui KOT. Foto di bawah menceritakan semuanya

Pasukan Unit Beruniform membawa bendera kejohanan yang memerlukan kemahiran dan kerjasama. Jika dibiarkan kejohanan sukan tanpa upacara begini maka sukarlah untuk kita perkembangkan bakat-bakat yang ada pada mereka
Latihan ini bukannya sejam atau sehari malah berbulan untuk mencapai keseragaman. 
Kreativiti tidak mengira peringkat umur, jangan dihalang mereka daripada meluahkannya. Ianya tiada di dalam bilik darjah yang berorientasikan peperiksaan.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, ruang untuk mereka belajar bertoleransi boleh dipupuk di atas padang. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
kiri kanan kiri kanan, nanti malam sakit belakang, semangat tidak boleh dijual beli
Ini bukan peringkat MSSK, cuma sebuah sekolah biasa, pelajar biasa cuma bersemangat luar biasa
PIBG berperanan dalam menentukan hala tuju sekolah, jangan menyibuk tetapi cakna......
BPG jangan lupa tips mencari bakal guru, kalau takder rupa camni, jangan layan...

4 comments:

Jubah hitam said...

tak napok pun pakwar!

norhayatirahman said...

seronok bila mengadakan majlis, yg tak seronok selepas majlis bak kata kenduri seronok tp yg letih kendara...mengemas!

norhayatirahman said...

seronok bila mengadakan majlis, yg tak seronok selepas majlis bak kata kenduri seronok tp yg letih kendara...mengemas!

Yati Wahab said...

BPG kena kira juga kriteria fizikal guru dan kebolehan berkomunikasi...ujian personaliti juga perlu ketat...

tapi ada gak cikgu yang mengajar suara pun tak keluar...budak2 bising kat belakang pun tak ambil kisah..