Thursday, March 18, 2010

Thailand Tour - Hari kedua

Nama pekan besar yang disinggah sepanjang malam antara lena dan jaga termasuklah Nakkon Sri Tamarat, Chumpon, Parachuap (semua dapat disebut selepas membeli peta di Bangkok). Pukul 2.30 pagi, kami singgah di Chumpon, wow! tempat bas berhenti untuk penumpang makan dan berehat. Ya Allah! Meriah dengan suara pembantu bas yang memanggil penumpang di setiap meja makan. Canggih dan jauh lebih hebat daripada Merapoh di Gua Musang. Nak buat camno!.. Kat Thailand ni, keretapi kelas 3 percuma untuk rakyat, negara berkebajikan sungguh.

Tidur dan jaga hinggalah tiba di stesen minyak untuk solat subuh. Nama tempat kurang pasti tapi lebih kurang 3 jam daripada Bangkok.
Selepas sarapan di kedai di stesen minyak, perjalanan diteruskan lagi. Bangkok masih tak ketahuan di mana. Seperti jadual, van kami tiba di pasar terapung. Tiada di tempat lain dan istimewa walaupun bukan yang terbaik. Mungkin hasil mereka tidak seberapa tetapi pelancongan bukan perkara main-main. Mcm di tempat kita, ada tempat pelancongan tutup dan tidak terjaga. Bukan barangan yang dijual yang penting tetapi kelainannya menjadikan kemestian untuk dilawati para pelancong.
Bergambar di atas perahu yang membawa kami dengan bayaran 100 Baht seorang. Saya sempat berduet dengan pengayuh perahu lagu yang saya dengar semasa di tingkatan 1 pada tahun 1983. " Sekbaratchan, chan haiman lapinai chak tang, kiat perawat cheng wai, rak tang rak chang, rang lang, mei chi vit, sek bati ranchang ang pang," Banyak sebutan di perbetulkan. Terima kasih Ajam Golok kerana menyanyi lagu ini di malam talentime sekolah dulu.
The Elephant and I adalah tajuk movie yang akan menjadi boxoffice nanti (hehehe). Pelbagai cara siamese mencari rezeki, dari gajah kepada ular sehingga menjual ukiran kayu alat kelamin lelaki. 
'Tabik Tuan'. Polis Thailand menghormati pelancong yang datang ke negara mereka. Banyak yang tidak sama dari segi budaya walaupun kita bersempadan. Banyak sekatan jalan raya berkebetulan dengan demonstrasi baju merah di Bangkok. 
Apa ni? Begini rupanya proses mendapatkan garam. Maaflah, saya tak biasa melihatnya. Kalau tidak digunakan, tawar masakan nanti cuba selera rasa lain macam melihat kerja mendapatkan garam. 

Kami sampai di Bangkok pada waktu tengahari dan mendapatkan bilik di service apartment yang mana pemiliknya adalah muslim Thailand. Murah dan sesuai untuk pelancong berkeluarga dengan 600 Baht sehari. Jika kita tidak mempunyai kenderaan, adalah lebih baik jika mencari hotel dikawasan yang berdekatan kedai-kedai supaya suasana malam menjadi lebih beerti.

Petangnya, merayau-rayau di tempat membeli belah. Bangkok masih belum jelas kerana bandaraya di katakan sepanjang 70 km. Baju merah tak ketahuan duduknya. Makan malam ala food village, KB dengan 140 Baht seorang dan makanlah sepuas hati. 
Badan penat dan letih maka jam 10, kami sudah di ulit mimpi masing-masing.

2 comments:

Jubah hitam said...

Diharapkan pakwar akan bersalin baju pada hari ketiga di Thailand. Jangan pakai baju merah sudahlah nanti balik Malaysia kena ISA. he..he..

norhayatirahman said...

seronoknya!rumah mak mertua kat rantau pjg satu km je dari thai tp sampai sekarang tak sampai2 lg kat seberang tu