Saturday, March 20, 2010

Thailand Tour - Hari ketiga (part 1)

Malam yang sangat berharga ( dapat tidur di atas katil empuk) tidak dipersia-siakan oleh ahli rombongan. Hari ketiga bermula dan kami dijadualkan akan bergerak ke Chak Tu Chak (pasar besar) yang begitu luas dan menjual pelbagai barangan. Ia sesuai untuk semua lapisan manusia dan yang perlu hanyalah kepingan baht untuk menjana ekonomi Thailand.

Mangga dan pulut adalah sinonim dengan Thailand. Pulut yang berlemak dicampur santan serta buah mangga yang lazat menjadikannya istimewa. 60 Bath untuk sebekas pulut dan dua biji mangga adalah memuaskan hati dan nafsu. Antara makanan lain yang disediakan di Kotaraya Bangkok (kedai muslim) ialah nasi kuning ( ala nasi arab) yang memang memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Pasar Chak Tu Chak bukan sebarangan. Kita boleh sesat dan keliru dek terlampau luasnya. Masa 3 jam tidak cukup terutama jika kita berhajat untuk membeli belah. Ada deretan kedai pakaian, perhiasan hingga ke tupai juga turut terjual disini. 

"Thai Silk" adalah antara barangan yang menjadi tumpuan pelancong. Kita mesti menawarkan harga yang rendah dengan syarat kita bersedia untuk membelinya jika mereka bersetuju dengan harga yang ditawarkan. 

Antara panorama pasar yang sempat dirakam ketika matahari terik di atas kepala. 

Usia bukan penghalang dan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki dengan gaya dan cara masing-masing.

Lebih kurang pukul 4 ptg kami bersedia untuk bergerak dan salah seorang ahli rombongan kami telah dimaklumkan oleh saudara beliau bahawa terdapat 30 tempat yang mungkin tidak sesuai untuk dikunjungi terpasuk Pat Pong . Apa lagi , kami sepakat untuk meghubah haluan ke Pattaya, sebuah kawasan hiburan dan bermalam di situ. Jarak 150km sudah dekat jika kita di Bangkok kerana jalan yang luas dan selesa seumpama PLUS.

2 comments:

Yati Wahab said...

emm..menarik...enjoy..

kat pattaya tu..jangan lupa quenn pulak..

Jubah hitam said...

Tomyam so, soup ekor, sayur campur n telur dadar bersama carrot susu. power boh!