Tuesday, March 2, 2010

Maulidurrasul

 
Sambutan Maulidurrasul tahun ini juga disambut dengan beberapa aktiviti kecuali perarakan sama seperti kerajaan pulau pinang, mungkin kami juga dianggap bajingan kerana perkara ini. Bukan tidak ada niat untuk perarakan tetapi kawalan agak menyukarkan dengan perarakan di luar sekolah. Maka, kita telah menjemput seseorang yang membaca sirah nabi dengan menggunakan bahasa yang kita fahami. Alhamdulilah semua terkawal.

 
Kita juga telah memberikan penghargaan kepada pelajar sebagai tokoh maulidurasul.

 
Ini semua adalah tanda kita masih belum lupa dengan nikmat yang kita perolehi dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW.

1 comment:

Nana Tanjung said...

Kasih dan sayang Baginda Nabi kepada umatnya tiada bandingan. Di saat akhir hayatnya tiada nama keluarganya yang diseru sebaliknya nasib umat baginda yang dibimbanginya. Berbanyaklah berselawat kepada Baginda rasulullah semoga kita semua beroleh syafaatnya di akhirat nanti.