Thursday, January 28, 2010

PRU UHTM

Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

4 comments:

Yati Wahab said...

Politik tu kan pengaruh dan kuasa...so takkan ada ahli politik jika tidak cuba mencari pengaruh dan melebarkan kuasa...

Opposition kena wait many many years untuk do the same thing...

tapi dulu masa kami kat u...walaupun disupport kalah gak...

harap2 duit tu bukan untuk lobi dan jual undi...gunakan untuk perbelanjaan pilihanraya dan lahirkan bakal pemimpin negara yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat bukan jaga kepentingan diri...

Nana Tanjung said...

Perkara sebegini sejak dulu lagi berlaku, cuma tidak dijalankan secara terang-terangan. Masa zaman Nana belajar dulupun ada pihak yang ingin menaja rakan-rakan Nana tapi walau bagaimanapun Nana nasihatkan mereka supaya pegang pada prinsip jangan nanti jadi "Lembu dicucuk hidung"

api_ said...
This comment has been removed by the author.
Jubah hitam said...

"Hidup Melayu" kata pak natsir