Monday, November 9, 2009

Semua pakat tak ngaku

Setelah peristiwa tak bermoral di Bukit Jalil semasa Final Piala Malaysia, sudah ramai yang merasakan bahawa bola sepak bukan lagi 1Malaysia tetapi ibu kepada kebejatan moral dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa nak di kato, itulah yang dikatakan bola itu bulat. Ada pihak yang marahkan bookie yang dikatakan membeli pemain=pemain kelantan. Apaupun, dalam game begini, mental pemain sangat penting untuk diperkemaskan. Apabila lawan dah kuasai bola, maka dengan secara langsung kita akan nampak kebodohan pemain kita.
Apa lagi, KAFA kena buat sesuatu daripada sekarang. Cuba tengok sekolah rendah pada hari ini, padang mencukupi atau tidak. bangunan semakin menutup padang sedikit demi sedikit. Perlawanan antara sekolah boleh dikatakan tiada langsung. Kemeriahan sudah berkurang. Pelajar sudah tidak biasa dengan adat kalah menang di sekolah. Bila dewasa, mereka tidak blh menerima kekalahan. Itulah puncanya.

3 comments:

Jubah hitam said...

Guru sekarang mementingkan claim, jadi jika tiada peruntukan maka program koko spt perlawanan permainan antara sekolah tidak dapat diadakan.

Yati Wahab said...

Saya setuju. kita patut hidupkan sekolah seperti dulu...

kembalikan sekolah kepada fungsi yang sebenarnya...

makin banyak peruntukan makin tak cukup dan makin banyak mintak...

tapi ada yang tak tau nak guna peruntukan..

tiba masanya kita kembali mendidik anak-anak dari awal lagi...

murid-murid di ajar apa yang sepatutnya mereka belajar...

pernah juga mengajar PJ..saya lihat...suakatannya sangat bagus ...

kalau semua guru kembali melihat fungsi mereka untuk mendidik saya ingat pasti ramai pemain bola sepak dan lain-lain jagoan sukan yang terbaik boleh dilahirkan

jangan patah hati...tak boleh nak mulakan semua...kita tunjukkan contoh...

smk bukit jawa boleh jemput sekolah yang berdekatan buat perlawanan contohnya...

atau kita boleh buat pertandingan sekolah-sekolah mprinc...campur dgn lawatan sekali...buat pertandingan kat sekolah JH sekolah dia ada asrama...

camna...pasti best...

rusmerah said...

ini blog saya rusmerah-rusmerah.blogspot. Cubalah.